Apabila memikirkan konsep keperwiraan yang dihormati oleh orang Eropah zaman pertengahan, sudah tentu imej pahlawan berkuda dan berperisai besi muncul di minda.
Apakah yang menyebabkan pahlawan Eropah dahulu layak mendapat penghargaan besar seperti ini?
Pendek kata, mereka berpegang kepada konsep ‘noble chivalry’ atau pahlawan berpekerti mulia, bukan sahaja pada pemerintah bahkan kepada masyarakat secara umumnya.
Chivalry merujuk kepada orang suruhan raja dan merupakan seorang askar yang memiliki satu kod penghormatan yang tinggi dan biasanya seorang Chivalry mempunyai kuda perang sendiri.
Idea ini menetapkan bahawa pahlawan yang dilatih dengan baik juga harus mematuhi piawai etika peribadi. Ini memaksa mereka untuk menunjukkan keberanian, kemahiran mempertahankan diri dan kebaikan kepada semua
Konsep Kepahlawanan Inggeris
Naratif sejarah Inggeris tradisional tidak ketinggalan meromantiskan perspektif chivalric ini yang popular sekitar Eropah pada abad ke-13.
Ahli-ahli sejarah Inggeris menjangkau asal-usul kesatria tradisional ini hingga abad ke-11 Masihi. Bagaimanapun dari segi kelas sosial, chivalry tergolong dalam kelas pertengahan atau lower nobility, iaitu jika menurut hierarki aristocrat yang meletakkan raja pada kelas tertinggi di atas kerabat diraja dan golongan bangsawan, manakala golongan pertengahan seperti kesatria/pedagang dan terakhir ialah petani.
Konsep wira asalnya tidak wujud di England dan ia tiba ke Eropah Barat pada abad ke-11 hingga ke-13 dari Semenanjung Iberia, khususnya dari negeri-negeri moden Sepanyol dan Portugal.
Hubungan dan kaitan ini jelas pada konteks kebangkitan kepahlawanan di England dan dapat dilihat semasa kehadiran orang Arab/Afrika Utara di Semenanjung Iberia.
Memiliki etika peribadi yang mulia dalam konteks keperwiraan semuanya jelas terdapat dalam budaya Arab sejak sekurang-kurangnya awal abad ke-6 M.
Perkataan Inggeris “chivalry” yang berakar dalam bahasa Eropah lain seperti “cheval” Bahasa Perancis untuk kuda, ialah terjemahan langsung perkataan Arab yang secara kolektif merujuk sebagai “furusiyyah” yang membawa maksud kepada kesateria, perkataan Arab untuk kuda ialah “faras(فرس)” dan perkataan Arab untuk “wira/pahlawan” ialah “Fares(فارس)”.
Terjemahan literal “Penunggang Kuda” bagi bahasa Perancis ialah “Chevalier” dan bahasa Sepanyol “Caballero”. Tambahan lagi, banyak perkara yang datang ke Eropah secara sejarah terbukti berpunca daripada hubungan orang Arab dan Afrika Utara di Semenanjung Iberia.
Kepahlawanan Zaman Pra-Islam
Sifat perwiraan yang mulia wujud di kalangan orang Arab jauh lebih lama semasa zaman pra-Islam seperti yang dimiliki oleh Imru’ Al Qais dan Antarah ibn Shaddad. Selain itu Salem Al Zeer juga dikenali sebagai “Salem the Companion” agak kurang dikenali namun daripada ketiga-tiga tokoh ini, yang paling hampir dengan ciri-ciri kesatria sejati ialah Antarah ibn Shaddad.
Ketiga-tiga lelaki ini adalah kesatria sejati dan tokoh yang memberi inspirasi pada tradisi kesatria.
Namun secara kebetulan, kedua-dua Salem dan Qais dilahirkan dalam keluarga aristokrat.
Al Qais dilahirkan sebagai putera raja manakala Salem dilahirkan sebagai seorang bangsawan dan akhirnya menjadi seorang putera raja apabila abangnya menduduki pemerintahan.
Antarah Ibn Shaddad lain pula ceritanya. Walaupun disanjungi oleh kedua-dua belah pihak, dia dilahirkan sebagai hamba.
Antarah ibn Shaddad kadangkala dipanggil “al fares al kamel”. Mungkin di sinilah asal usul perkataan ” kesatria yang sempurna” di Eropah. Sebab anda mungkin mengenali ungkapan tersebut dipopularkan di dalam filem Kingdom of Heaven.
Antarah Ibn Shaddad – Perhambaan Kesatria Yang Sempurna
Antarah ibn Shaddad dilahirkan dalam keluarga seorang ketua kaum Banu Abs. Ibunya seorang gundik dan merupakan puteri Afrika yang diambil sebagai hamba semasa serbuan ke atas Kerajaan Axum.
Nama lahirnya tidak diketahui. Hasil daripada warisan bercampur ini, Antarah dilahirkan sebagai status hamba. Antarah akan kekal sebagai hamba sehingga bapanya mengakui dia sebagai anak lelaki.
Hamba-hamba di wilayah Arab datang dari pelbagai latar belakang kaum dan etnik, kerana orang Arab mempunyai adat memperhamba tawanan tanpa mengira asal usul etnik mereka. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja hamba diambil, terdapat pelbagai sikap stereotaip dan diskriminasi yang membentuk kehidupan mereka. misalnya hamba dari Afrika didiskriminasikan lebih berbanding hamba lain.
Kesatria Arab ‘Berkulit Hitam’
Walaupun Antarah berdarah campuran suku Arab dari kelas bangsawan dengan hamba berkulit hitam, beliau berkembang menjadi seorang pahlawan yang luar biasa.
Kekuatan dan kemahiran Antarah tiada tandingannya, selain mahir dalam semua seni mempertahankan diri; turut mahir menggunakan tombak, pedang, dan kuda. Menjadikan Antarah seorang pahlawan yang digeruni.
Antarah terlibat dalam banyak p3rang suku dan berjaya merampas banyak harta rampasan perang, walaupun secara teorinya Antarah boleh saja menyimpan cukup harta untuk membeli kebebasannya sendiri daripada “bapanya” di mana sistem adat masih lemah dan boleh dieksploitasi tapi dia tidak melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.
Kebencian Antarah terhadap keengganan ayahnya yang mengakui dia sebagai anak ditunjukkan dalam puisi yang dibacakan di mana dia sangat berbakat. Beliau dianggap antara penyair Arab terhebat dalam sejarah kesusasteraan Arab. Akhirnya, kebencian terhadap statusnya yang tidak adil sebagai hamba memuncak.
Antarah enggan memperjuangkan sukunya, Sebaliknya, beliau menjaga kawanan ternakan bapanya. Puisi pada masa itu adalah medium yang hebat untuk menyebarkan perkataan dan perasaan.
Antarah berasa kecewa lalu melepaskan pedangnya dan meneruskan bacaan puisi sambil puak-puak lain mendengarnya. Ini adalah peluang terbaik bagi musuh Bani Abs untuk meny3rang mereka.
Apabila musuh Bani Abs tiba, bapa Antarah mendesaknya untuk memperjuangkan kehormatan sukunya, dan Antarah membalasnya dengan sesuatu yang bermaksud bahawa jika dia bukan anak Shaddad, maka Bani Abs bukanlah sukunya. Bapanya seterusnya menggesanya lalu dijawab oleh Antarah.
“Saya hanyalah hamba tuanku, dan hamba tidak dibayar untuk itu. Hamba layak menggembala kambing dan memerah susu kambing saja.” Dengan rasa geram, bapanya menjawab, “Kalau begitu dakwalah sebagai orang bebas!”
Selepas bapanya membebaskannya, Antarah menghalau semua musuh secara berseorangan. Kehebatan yang luar biasa itu mengejutkan ramai puak.
Maka konsep ‘a perfect knight’ di Eropah yang disanjungi selama ini sebenarnya dipengaruhi banyak idea keperwiraan tokoh-tokoh zaman pra-Islam abad ke-6.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih