Baru-baru ini, kumpulan ahli paleontologi (mengkaji haiwan-haiwan purba) di China menemui fosil yang dipercayai adalah spesis baru badak sumbu purba dari kumpulan genus Paraceratherium iaitu kumpulan badak sumbu gergasi dan tidak bertanduk.
Badak sumbu Paraceratherium biasa ditemui di Asia, berkemungkinan pernah bermaharajalela di kawasan dulunya dikenali sebagai Eurasia. Berkenaan spesis baru ini, nama saintifiknya ialah Paraceratherium linxiaense.
Nama umum bagi spesis badak sumbu ini ialah Badak Gergasi Linxia, dinamakan oleh ketua penyelidik bernama Deng Tao dari Institute of Vertebrate Paleontology and Paleoanthropology (IVPP).
Menurut Deng, fosil haiwan yang biasa ditemui oleh ahli paleontologi tidak begitu sempurna dan berkecai sehingga cebisan-cebisan kecil. Tetapi fosil Badak Gergasi Linxia ini yang ditemui pada tahun 2015 mempunyai tengkorak yang sempurna dengan kehadiran rahang.
Tengkorak badak purba Linxia yang penjangnya 3 meter ini ditemui di lembangan Linxia, wilayah Gansu. Kajian ke atas fosil badak ini menunjukkan haiwan ini mempunyai berat sebanyak 24 tan dan saiz badannya bersamaan 6 ekor gajah. Tinggi badak purba ini pula adalah 8 meter.
Jika tinggi badak ini dibandingkan dengan tinggi zirafah, tinggi zirafah jantan cuma 5 meter saja manakala tinggi zirafah betina ialah 4 meter. Deng memberitahu kepada berita CNN bahawa spesis badak sumbu purba ini adalah haiwan mamalia terbesar dunia pernah hidup.
Tambahan beliau, badak ini menetap di China, Mongolia, Kazakhstan, dan Pakistan. Haiwan ini juga dian daikan menetap di Eropah Timur.
Badak sumbu gergasi pertama kali menetap di bahagian utara lembah Tibetan pada 31 juta tahun lalu sebelum bermigrasi ke Kazakhstan dan Pakistan. Badak Gergasi Linxia pula berasal dari Pakistan dan haiwan ini perlu melintasi lembah Tibetan untuk tiba di Linxia. Jadi, Deng beranggapakn lembah tersebut adalah rendah berbanding sekarang sehingga memudahkan migrasi populasi badak ini.
Tambah beliau, migrasi badak sumbu gergasi ini dipengaruhi oleh perubahan iklim. Kehadiran Badak Gergasi Linxia ini adalah bukti untuk mengkaji perubahan iklim dan geografi China pada zaman megafauna bermaharajalela.
Sehingga bulan September 2020, kumpulan ahli arkeologi China menemui fossil lengkap iaitu spesis dinosaur yang berusia 125 juta tahun dulu di Jinzhou, wilayah Liaoning. Salah satu spesis dinosaur ini ialah Changmiania liaoningensis, spesis baru dinosaur bersaiz kecil yang dipercayai dikubur akibat letusan gunung berapi.
RUJUKAN:
Wang, Zixu and Guy, Jack. (18 June 2021). This giant prehistoric rhino was the biggest land mammal to walk the Earth. CCN.
Charles, K. (17 June 2021). Giant rhino unearthed in China was one of largest mammals ever to live. New Scientist.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih