ARAK, IRAN -- JUNE 19, 2025: 04 Maxar Satellite Imagery shows a close-up of the Arak reactor building after the airstrike. The top portion of the dome has collapsed, indicating a direct impact on the reactor core structure. Please use: Satellite image (c) 2025 Maxar Technologies.
Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini menjadi semakin tegang apabila isu serangan terhadap kemudahan nuklear Iran dibangkitkan. Dua kuasa besar seperti China dan Rusia tampil mempertahankan Iran, menjadikan rejim Isr**l berasa tidak selesa.
Wakil China menegaskan Iran ada hak untuk guna tenaga nuklear bagi tujuan damai dan menolak sebarang tindakan ketenteraan. Beliau mendesak agar semua pihak kembali ke meja rundingan dan menyatakan serangan luar seperti ini melanggar semangat Resolusi 2231 yang dibawa masuk sewaktu Perjanjian Nuklear JCPOA 2015.
Rusia pula membangkitkan persoalan penting iaitu bagaimana Isr**l boleh kekal dalam rundingan nuklear sedangkan negara itu tidak menandatangani NPT, tidak sertai JCPOA, dan enggan diperiksa dibawah IAEA? Kenyataan ini dibaca ramai sebagai sindiran halus terhadap Isr**l, yang dipercayai memiliki senjata nuklear sejak 1970-an tetapi tiada pengiktirafan rasmi .
Walaupun dikenali sebagai satu-satunya kuasa nuklear di Asia Barat, negara itu tidak pernah membenarkan pemeriksaan IAEA dan tidak pernah mengaku secara rasmi.
Beberapa badan pemantau bebas menganggarkan Isr**l memiliki antara 80 hingga 90 kepala peluru nuklear, malah ada anggaran lebih tinggi. Tapi sehingga hari ini, tiada satu pun tindakan atau tekanan dikenakan terhadap mereka. Satu lagi bukti wujudnya standard berganda dalam sistem antarabangsa.
Iran pula menegaskan mereka tidak melancarkan serangan awal dan masih patuh kepada IAEA. Mereka mendakwa serangan terhadap loji nuklear mereka melanggar Resolusi 487 Majlis Keselamatan .
Mesyuarat itu berakhir tanpa sebarang resolusi tegas. Kenyataan penutup pun longgar, tanpa tindakan susulan. Ia sekali lagi menunjukkan bagaimana sistem antarabangsa terkunci oleh veto dan kepentingan kuasa besar.
Parlimen Iran bertindak pantas pula dengan terus menangguhkan kerjasama teknikal dengan IAEA dan menuntut siasatan terhadap Ketua IAEA, Rafael Grossi, atas dakwaan berat sebelah .
China sekali lagi mengkritik Barat kerana asyik menyalahkan Iran, tapi menutup mata terhadap tindakan provokatif Amerika dan Isr**l. ‘Krisis ini bermula sejak AS keluar dari JCPOA pada 2018 dan mula tekan Iran habis-habisan,’ kata wakil China.
JCPOA atau “Joint Comprehensive Plan of Action” ialah perjanjian nuklear yang dimeterai pada 2015 antara Iran dan enam kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Rusia, China dan Jerman. Tujuannya adalah untuk mengehadkan aktiviti nuklear Iran sebagai pertukaran kepada pengurangan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara itu.
Isr**l pula terus mendesak Washington agar beri sokongan terbuka. Tapi Amerika dilihat agak berhati-hati kerana bimbang imej mereka tercalar, terutama selepas laporan satelit mendakwa serangan bermula dari arah Tololviv sendiri.
Iran tampil dengan cabaran terbuka. Jika Isr**l yakin mereka bersih, mereka sepatutnya berani buka semua fasiliti nuklear untuk pemeriksaan IAEA. Rusia menyokong cabaran itu dan menegaskan bahawa ketelusan perlu berlaku di kedua-dua belah pihak.
Beberapa media antarabangsa turut mula mempertikai keberkesanan undang-undang PBB. Walaupun rekod pelanggaran Isr**l jelas, layanan terhadap mereka masih terlalu istimewa.
China beri amaran paling tegas dalam mesyuarat itu. Kalau sikap pilih kasih ini terus dibiarkan, keyakinan dunia terhadap PBB dan sistem antarabangsa akan runtuh sedikit demi sedikit.
Iran pula tutup kenyataan mereka dengan amaran terakhir. Jika Majlis Keselamatan terus membisu, mereka sendiri akan ambil tindakan untuk pertahankan maruah dan kedaulatan negara.
Dunia hari ini asyik bercakap soal undang-undang dan hak asasi. Tapi bila kuasa besar langgar peraturan, semua diam. Bila negara kecil pertahankan diri, mereka pula dituduh sebagai ancaman. Dunia tahu siapa mula, tapi siapa yang sanggup bersuara?
Apa yang kita boleh belajar dari episod ini ialah, sistem antarabangsa hari ini sangat bergantung kepada kuasa dan pengaruh, bukan prinsip keadilan. Bila undang-undang hanya ditegakkan secara terpilih, dunia jadi tempat yang semakin sukar untuk golongan tertindas dapat pembelaan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.