Bercakap tentang Vietnam sekitar 1970-an, mesti ramai akan kenang balik pasal penglibatan Amerika Syarikat. Tetapi bukan semua orang tahu bahawa China pernah bertegang urat dengan Vietnam zaman itu.

Mereka tidak berperαηg sekali dengan Amerika Syarikat. Andainya dua kuasa ini berganding bahu, entahnya Vietnam Selatan akan menang. Sepanjang Perαηg Vietnam, pihak China banyak menjauhi.

Tetapi empat tahun selepas Vietnam Utara menang, mereka mengisytihar perαηg.

Hubungan antara dua negara komunis ini mula berantakan sebaik sahaja Nikita Khrushchev menjadi penguasa Kesatuan Soviet. Khrushchev mengimarahkan sebuah idea yang dianggap munafik, syirik dan murtad di sisi agama komunis.

Senyum tapi benci.

Beliau mahu bekerjasama dengan blok kapitalis dengan idea “peaceful co-existence”. Mao Zedong amat bengang dengan pendekatan ini. Kemudiannya anak ikan China di Vietnam iaitu gagasan pembebas Viet Minh pula sudah tidak berkiblatkan Beijing.

Viet Minh kelihatan seolah-olah ingin menyendiri dibawah kepimpinan Wei Guoqing. Apabila China dan Soviet bergaduh, pihak Viet Minh masih menyendiri (tidak sokong Beijing).

Maka selepas berjaya menewaskan Vietnam Selatan, pihak Vietnam Utara membentuk kerajaan tunggal sambil membawa bagasi diplomasi sebegini. Hubungan Chima dan Vietnam Tunggal menjadi keruh akibat kemelut di Kampuchea.

Pada 25 Disember 1978, Vietnam melancarkan sebuah pencerob.ohan besar-besaran di Kampuchea sampai tµmbαηgnya kerajaan Khmer Rouge sana.

Pol Pot yang berkuasa di Kampuchea.

Ketika ini politik China sudah berubah. Zedong sudah pergi buat selamanya. Pucuk kepimpinan pula dirangkul Deng Xiaoping yang sekufu (tetapi bersengketa) dengan pemikiran Khrushchev. China berpihak pada Khmer Rouge. Manakala Soviet pula berpihak pada Vietnam.

Maka tindakan Vietnam dianggap suatu kesalahan, sepertimana Xiaoping berkata pada Jimmy Carter pada 1 Januari 1979: “budak kecil semakin nakal. Dah tiba masa dia dirotαη.” (Jones, 2021). Tetapi Xiaoping mengisytiharkan suatu “peperαηgan terhad”.

Konsep ini adalah tunggangan sebenar Xiaoping. Kesatuan Soviet membantu Vietnam sepanjang tempoh persengketaan ini. Akan tetapi mereka hanya boleh menghantar kapal laut dan peralatan sahaja.

Sokongan anggota memang mustahil kerana terlalu jauh. Satu-satunya cara adalah untuk memulakan kemelut sempadan dengan China. Vietnam memang penting… tetapi tidak cukup penting untuk memulakan suatu peperαηgan besar. Tambah pula Xiaoping cakap terhad saja.

Deng Xiaoping.

Bagi pihak China pula, diamnya Moscow adalah bukti mungkir janji yang Vietnam takkan dibantu Soviet (Quang, 2017). Jadi matlamat sebenar China di sini agak mengelirukan: 1) sama ada benar-benar ingin merotαη Vietnam atau 2) mencontengkan arang pada wajah Soviet. Lagi mengelirukan apabila operasi China di Vietnam hanya 27 hari sahaja. Mereka berperαηg antara 17 Februari hingga 16 Mac pada tahun 1979.

Vietnam menggunakan strategi fortress. Mereka tidak mengerahkan angkatan utama. Seramai 300,000 anggota ditempatkan di Hanoi. Sama seperti Amerika Syarikat, pihak China menanggung kerugian kerana taktik gerilα. Lapan divisyen dihantar Beijing sampai jatuhnya wilayah Lang Son dan kota Sa Pa.

Lang Son.

Tetapi pada 6 Mac, China mengumumkan bahawa pintu ke Hanoi sudah terbuka luas. Dan misi pertama mereka telah dijayakan. Dalam perjalanan kembali ke sempadan China, mereka telah memµsηαhkan segala infrastruktur tempatan sekali gus menjejaskan ekonomi Vietnam.

Jadi kedua-dua pihak mengaku menang. China berkata, mereka berjaya memαtαhkan pihak Vietnam. Manakala Vietnam pula berkata mereka berjaya menghalau China. Dari satu sisi, memang betul – kedua-dua pihak menang.

China ingin merotan Vietnam. Dan memang mereka merotan. Tetapi tujuan sebenar adalah untuk mengαibkan Soviet… dan mereka berjaya. Apa yang berlaku jelas suatu perαηg saraf yang mendedahkan keretakan dalam kalangan blok komunis.

Seperti biasa, komunis gaduh dengan komunis… bulatan kapitalis tepuk tangan.

RUJUKAN:

Jones, S. (2021). Three (ditapiskan) Men: Russia, China, Iran and the Rise of Irregular (ditapiskan). W.W. Norton & Company.

Quang, N. (2017, Februari 23). The Bitter Legacy of the 1979 China-Vietnam (ditapiskan). The Diplomat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.