Sebut saja kerajaan lama Korea, ramai membayangkan sama ada kerajaan Joseon atau Silla. Hakikatnya, terdapat satu lagi kerajaan di mana namanya merupakan asal-usul nama Korea hari ini. Kerajaan yang dimaksudkan ialah kerajaan Koguryo/Goguryeo dan ada satu Tapak Warisan Dunia yang ada kaitan dengan kerajaan ini.

Kawasan yang dimaksudkan penulis ialah tapak tiga bandar lama dan 40 makam yang ada kaitan dengan kerajaan itu. Ia terletak di dua lokasi iaitu pertama, Bandar Pergunungan Wunu di Huanren, Liaoning. Kedua, Bandar Pergunungan Wandu dan Bandar Guonei serta 40 makam di Ji’an, Jilin. Kesemua tapak ini direkodkan sekitar abad pertama SM sehingga abad ketujuh Masihi.

Pada abad-abad awal penubuhan kerajaan Koguryo, ia hanya merupakan sebuah kerajaan biasa dan dianggap kuasa di peringkat wilayah. Justeru dalam tempoh itu, Bandar Pergunungan Wunu, Bandar Pergunungan Wandu dan Bandar Guonei berperanan sebagai ibu kota semasa era awal dan pertengahan kerajaan itu.

Bandar Pergunungan Wunu dibina sekitar 37 SM dan merupakan ibu kota Koguryo yang pertama. Bagi mengelak ia daripada diceroboh, para jurutera Koguryo membina tembok pertahanan yang diperbuat daripada batu pada tiga bahagian dengan satu lagi bahagian ialah tebing tinggi. Ini mengakibatkan mana-mana kerajaan yang mahu menyerang Wunu harus berfikir masak-masak sebelum berbuat demikian.

Dalam tembok itu pula terdapat banyak bangunan seperti istana, menara peninjau, rumah-rumah, gudang-gudang dan kem tentera. Sementara Guonei pula yang dikelilingi oleh bandar moden Ji’an hari ini dibina di kawasan lembah dengan tembok pertahanan yang diperbuat daripada batu. Bagi mengelak penye-rang berjaya menye-rang pemerintah Koguryo, kawasan kediaman dan istana dipisahkan.

Sementara Wandu pula merupakan satu-satunya kota Goguryeo yang menjadikan istana raja sebagai nadi utama kota itu dalam pelan lantainya. Bandar pergunungan ini menggabungkan budaya Koguryo dengan elemen-elemen semulajadi dengan baik sekaligus menjadikan ia sebagai bandar kebudayaan kerajaan tersebut.

Semasa zaman kegemilangannya, Wandu dan Guonei memainkan peranan sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan kerajaan Koguryo selama ratusan tahun. Malangnya, Guonei kemudiannya menjadi sasaran amarah kekanda Raja Sansang[1], Balgi[2] pada tahun 197 kerana dipinggirkan dalam soal pewarisan takhta.

Akibatnya, Balgi melancarkan kempen pembero-ntakan terhadap Sansang dengan bantuan sokongan keten-teraan dari puak-puak di China. Bagaimanapun, kempen tersebut berakhir dengan kegagalan apabila baginda menghantar adindanya, Gyesu mematahkan pembero-ntakan tersebut. Malu dengan kegagalannya, Balgi mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri.

Selain Guonei, Wunu tidak terlepas daripada menjadi sasaran kemus-nahan kerajaan-kerajaan yang iri hati dengan kemakmuran kerajaan Koguryo. Kedua-dua kota tersebut dibina semula beberapa kali akibat pepera-ngan termasuk konflik puak-puak China yang berselisih seperti diceritakan dalam cerita epik Romance of Three Kingdom.

Selepas dibina semula, Guonei tersebut berperanan sebagai ibu kota sokongan kerajaan Koguryo terutama selepas Pyongyang dipilih sebagai ibu kota baru kerajaan itu pada abad kelima Masihi. Guonei juga merupakan antara beberapa kota lama Koguryo yang masih mempunyai tinggalan tembok pertahanannya yang masih wujud sehingga hari ini.

Makam salah seorang jeneral perang.

Para pemerintah dan bangsawan Koguryo dimakamkan di sebuah kawasan khas yang dipanggil Kawasan Pemakaman Lama Donggou di Wandu. Bagi makam 12 raja Goguryeo termasuk Sansang, makam mereka ialah sebuah piramid bertangga dan ia diperbuat daripada batu. Manakala ruang yang menempatkan makam pula dipasang jubin-jubin yang diperbuat daripada tanah liat.

Sesetengah ruang dalaman makam diisi dengan simen kapur dan mempunyai sistem salirannya sendiri. Ini bertujuan melindungi ruang makam daripada elemen alam semulajadi dan mengelakkan kerosakan air pada struktur bangunan. Sementara bahagian lantai piramid disimen menerusi campuran kapur, tanah, batu kerikil, arang dan pasir serta dilitupi oleh mor-tar kapur.

Sesetengah piramid mempunyai satu ruang makam dan ada juga yang mempunyai ruang tambahan yang dipisahkan dengan ruang makam utama. Pintu masuk piramid selalunya akan membawa ke ruang makam utama atau ruang tambahan. Pada peringkat awal, makam diletakkan di atas platform batu bagi mengelak ia terkena bahagian lantai sebelum digantikan oleh meja yang disalut dengan kapur.

Dalam sesetengah makam yang ditemui para pengkaji, mereka turut menemui sebuah meja batu dipercayai digunakan untuk meletakkan objek keagamaan. Selain itu, terdapat ruang pembakar tradisional yang digunakan semasa upacara pemakaman. Apabila upacara pemakaman selesai dijalankan, makam raja Goguryeo ditutup dengan pintu yang diperbuat daripada batu.

Bagi golongan bangsawan pula, ma-yat akan diletakkan dalam ruang makam yang diperbuat daripada batu sebelum ia ditimbun oleh tanah. Dalam kebanyakan makam raja dan bangsawan Koguryo, makam akan dihias dengan lukisan dinding tentang kehidupan harian, naga, makhluk halus, sukan, memburu, dewa-dewi dan alam semulajadi.

Ini dapat dilihat dengan jelas pada makam Raja Haotaiwang[3] yang bertarikh abad kelima Masihi. Antara lukisan dinding yang menghiasi makam berkenaan ialah kisah bagaimana kerajaan Goguryeo ditubuhkan.

Sebut pasal artifak, makam-makam Goguryeo mempunyai artifak menarik seperti dilihat dalam mana-mana tamadun lain. Tetapi tidak seperti sesetengah tamadun yang memasang perangkap atau mengenakan sumpahan bagi melindungi khazanah si ma-ti, perkara tersebut tidak berlaku dalam era Goguryeo.

Memandangkan pintu batu ruang makam boleh dibuka dengan mudah, ini menarik perhatian kelompok tidak bertanggungjawab untuk merom-pak makam-makam ini. Begitupun, ada artifak yang terselamat daripada penjarahan sebegini. Antara artifak yang ditemui ahli arkeologi seperti mahkota bersadur gangsa dan barang kemas yang dianggap penanda kehalusan hasil kerja orang Goguryeo.

Hari ini, dua tapak yang ada kaitan signifikan dengan kerajaan Koguryo itu diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) pada tahun 2004.

NOTA KAKI:

[1] Raja Ke-10 Koguryo

[2] Putera Raja Ke-8 Koguryo, Sindae. Gagal meraih takhta selepas balu adindanya Raja Gogukcheon, Puteri U memilih berkahwin dengan Sansang sekaligus memastikan kedudukannya sebagai permaisuri tidak terjejas.

[3] Nama China untuk Raja Ke-20 Koguryo, Jangsu. Semasa era ayahandanya, Raja Gwanggaeto dan eranya, ia dianggap sebagai era kegemilangan Koguryo. Mangkat pada tahun 491 Masihi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.