Sejak beberapa lama, masih ada yang ingin mempertikaikan jasa Chin Peng. Kata mereka, Chin Peng begitu berjasa kepada negara satu ketika dulu. Setelah diabaikan, itu yang menyebabkan dia merasakan golongan mereka yang kononnya memperjuangkan pembebasan negara daripada Jepun tidak dihargai. Oleh kerana itulah dia mengetuai orang-orangnya memberontak terhadap British dengan menjadikan rakyat lain sebagai mangsa.
Memang Chin Peng telah menerima pingat penghargaan daripada British iaitu Burma Star dan 1939-45 Star, tetapi bukan dia seorang sahaja. Turut menerima adalah:
Liew Yau
Chan Yeung Pan
Liao Wei-Chunng
Tan Fook Lung
Lau Wng Chen Tian
Lin Chang, Chuan Seng
Siew Lit
Wei Chye Sin
Tan Sian Yau
Wang Siang Pu
Che Yeop Mahidin
Bahari
Abdullah B Thani.
Acara pengurniaan pingat telah dijalankan pada 6 Januari 1946 oleh Lord Louis Mountbatten kepada mereka yang terdiri daripada pasukan MPAJA, Kuomintang Cina, Delta Force dan Wataniah. Chin Peng juga sepatutnya menerima pingat OBE tetapi ia telah ditarik balik kerana ia sampai hanya selepas Darurat diisytiharkan iaitu pada 16 Jun 1948. Jadi, di mana persoalannya apabila ada yang mengatakan jasa Chin Peng diabaikan sehingga dia merasa ada keperluan untuk memberontak? Kalau nak dikatakan dia begitu penting dan berjasa, harus diingat bahawa dalam Perarakan V Parade di England bagi menghargai mereka yang terlibat semasa Jepun menawan Malaya, kontinjen MPAJA tidak diketuai oleh Chin Peng sebaliknya oleh seorang komander lain iaitu Liew Yau.
Di dalam perarakan tersebut, wakil daripada semua pasukan yan telah terlibat di Malaya telah dibawa dengan kapal SS Orontes ke Southhampton dan tiba pada 17 Mei. Mereka kemudian dibawa ke Kensington Garden. Mereka yang terlibat mewakili Malaya adalah :
Senarai Detasmen Dari Malaya untuk Perarakan Victory di England:
FMSVF (Pasukan Sukarela Persekutuan Malaya-Singapura)
Mjr W. Stubbs MC
Cpt R.V Karlakandan
Cpt Mohd Ali
RSM S. Ponnapalam
CSM A. Howe
Sgt TR Marks
Gnr EL Schubert
Sgt Tan Teik Hoe
SSI Mohd Arus Othman
Sgt A Arokiasamy
Cpl Suleiman Mat
Sgt Lee Mun Yui
Cpl Mohd Isa Abbas
CSM Yaakob Abdul Latiff
Pte C Rajadurai
CSM Abdul Aziz Din
Kelantan Volunteer Force
L/Cpl Abdullah Mahmood
Kedah Volunteer Force
Sgt Sheriff Salleh
Cpl Murad Kasa
Johore Volunteer Force
Cpl Mohd Hussain Merican
Force 136 ( rujuk artikel di : “Force 136 Dan Komunis” https://thepatriots.asia/archives/4181)
Mjr Ibrahim Ismail
Pte Yakin Long
Wataniah
Mjr Yeop Mahidin
Pte Ahmad nanyan
Johor Military Force
Capt A. Jabar Jaafar
Cpl Ali Awang
L/Cpl Ahmad Abdullah
Pte Othman Ibrahim
CSM Osman Daud
RAMC
Pte MP Lazaroo
Pte Low Kong Chong
Pte CH Dorall
RASC
Pte Othman Mohd Suki
Cpl AR Baba
Royal Engineers
L/Cpl Chin B Din
Polis Malaya
ASP Yoep Osman
CSI Sher Mohd
Sgt Mohd Amin (Johor)
L/Cpl Ali
Local Defense Corps
G/Warden Choon Wan Chan
Sub Off Tye Foong Sum
Tukang Masak
Cook B Arokiasamy
MPAJA
Cdr Liew Yau
Cdr Chew Yoong Ping
Cdr Teng Fook Loong
Cdr Chen Ten
Cdr Liow Wei Choong
Cdr Wang Cheng
Cdr Soong Wen Ching
Cdr Pai Shi Mook
Pte Wang Chin Wah
Pte Ah Yiew
Pte Lau Mah
Rejimen Melayu
Lt Ibrahim Altadita
Lt Abbas Abd Manan
CSM Mohd Din Kassim
RQMS Mohd Noor
CSM Abdul Manan Jaafar
CQMS Abdul Ghani Haji
CQMS Ishak Hassan
Sgt Raja Tepap Raja Abas
Sgt Khalid Mohd Yassin
Sgt Ismail Abdul Hamid
Sgt Abdul Hamid Bidin
Sgt Mohd Desa Mohd Rashid
Sgt Ali Hashim Hashim
Sgt Noordin Kohat
Kpl Abdul Rani Mohd Hussin
Cpl Hassan Din
Cpl Abdul Wahab Salim
Cpl Osman Hassan
Cpl Abbas Budin
L/Cpl Hussein Lokek
L/Cpl Hassan Yusof
Drm Mohd Zain Hassan
Pte Abdul Aziz Talib
Pte Mohd Shariff Ahmad
Pte Chik Samsuddin
Pte Pun Abdul Majid
Pte Ariffin Pandak
Pte Osman Abdullah
Pte Ismail Yamin
Pte Isnamil Ibrahim
Pte Musa Awang Ahmad
Tambahan
L/Cpl HW Orchard
Cpl Hee Swee Nijan
Pte md Salleh
Simpanan
RQMS Loh Chin Choon
Malacca 4th Battalion SSVF
Lt AS Machado
CSM Md Ali Salleh
Sgt Lim Keng Watt
=WRA=
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
Assalamualaikum Admin. Boleh berikan nama penuh ayat singkatan yang ditulis ?