No. 1: SM Faliq anak pengasas Naza Group melamar teman wanitanya Chryseis Tan Sheik Ling (anak Vincent Tan). Reaksi orang kita selain ada yang dengki, tak kurang juga ustaz dan ustazah jadian yang menegur Faliq melutut sebelah kaki “macam Kristian”.
No. 2: papan iklan (not even a patung) “Gadis Shell” ditarik balik oleh pengurusan Shell kerana ramai jantan tak guna buat perangai tak senonoh mencabul papan tersebut. Buat malu lelaki sahaja.
Sebenarnya dua kes ini boleh dibaca secara bersama. Dua-dua ada kaitan dengan “chivalry”.
Faliq melutut bukan mengikut gaya Kristian, tapi mengikut gaya chivalry dalam budaya Barat. Cara Faliq melutut pun betul iaitu guna lutut kanan.
Dan salah satu sebab lelaki kita kurang rasa hormat terhadap wanita adalah kerana ketiadaan budaya chivalry dalam budaya Timur. Itulah kelebihan Mat Saleh yang patut kita belajar.
Chivalry berasal dari kod kehormatan (“code of honour”) golongan “chevalier” atau “knight” yang merupakan golongan satria/pahlawan di Eropah pada zaman “Middle Ages” (lebih kurang abad ke-8 hingga abad ke-15) dahulu. Mereka bersumpah setia kepada raja dan tuan-tuan feudal.
Pendek kata, chivalry merupakan tuntutan kepada seorang knight dalam memberi layanan kepada wanita. Sebagai golongan yang mempunyai kekuatan, haruslah knight menjadi pelindung dan pembela kepada wanita yang dianggap lebih lemah. Tanggungjawab knight terhadap wanita adalah sama beratnya seperti tanggungjawab mereka terhadap agama dan raja.
Amalan melutut sebelah kaki depan wanita pun berasal dari adat knight menghadap raja perempuan (“queen”) dan wanita aristokrat (“princess”). Melutut adalah untuk keselesaan wanita agar mereka tak perlu mengangkat kepala untuk memandang knight. Knight tak melutut guna kedua-dua lutut kerana itu adalah simbol pengabdian. Knight pun nak jaga akidah dia orang.
Semasa melutut, posisi kepala lelaki adalah sama paras dengan posisi rahim wanita. Ini adalah untuk mengingati lelaki tentang asal usul mereka iaitu rahim wanita. Wanita adalah terlalu mulia dan suci untuk dicemari kehormatannya.
Disebabkan knight sangat menghormati wanita, mereka diberi amanah untuk menjaga wanita aristokrat dalam perjalanan jauh dan orang tak perlu risau mereka akan buat perkara tak senonoh. Malah tak kurang juga kisah wanita aristokrat jatuh cinta terhadap knight. Gila tak goyang dengan lelaki macho setia sopan yang melutut depan awak sepanjang masa. Istilah “romantic” juga berasal dari “romance” iaitu kisah-kisah tentang kehidupan Middle Ages terutamanya kisah-kisah tentang knight.
Jadi, “chivalry” “romantic” dan “melutut” adalah saling berkaitan. Amalan orang Barat melutut semasa melamar tiada kena mengena dengan Agama Kristian. Ia hanya ekspresi chivalry. “You are the queen of my heart” gitu. Tak perlu sampai kaitkan dengan soal akidah.
Lama-kelamaan, chivalry menjadi kayu ukur kelelakian atau kejantanan (“manliness”) dalam budaya Barat. Berkasar dengan wanita itu tak jantan namanya.
Seorang lelaki yang “chivalrious” digelar “gentleman”. Seorang gentleman akan sentiasa mendahulukan wanita (“ladies first”).
Dia akan membukakan pintu untuk wanita.
Dia akan menarik kerusi untuk wanita.
Dia akan membuka jaketnya dan sarungkan pada badan wanita yang kesejukan.
Dia akan korbankan keselesaan diri demi keselesaan kaum wanita.
Cuma di zaman sekarang, budaya chivalry pun semakin berkurangan di Barat. Selain budaya aristokrat semakin tak relevan, feminisme ekstrim juga membuat lelaki takut untuk menjadi chivalrious. Kalau membukakan pintu, bersiap sedialah kena sound “kau ingat aku tak ada tangan?”. Kalau sarungkan jaket, dapat hamun free “are you trying to patronize me?”. Susah.
Dalam budaya Timur tak wujud chivalry. Di Korea, lelaki menampar wanita itu biasa. Di Jepun, lelaki anggap membuka pintu menarik kerusi semua tu merendahkan martabat diri. Di Malaysia, ramai jantan suka buat lawak lucah b*doh (maaf tercarut).
Lelaki yang chivalrious memuliakan wanita. Mereka tak akan buat perangai chimpanzee dan baboon gatal mencabul patung dan papan kertas. Rasanya chimpanzee pun tak buat macam tu.
Rasulullah SAW pun seorang yang sangat gentleman terhadap golongan wanita. Kesantunan terhadap wanita dan kewanitaan itu sebahagian daripada akhlak.
Gustave Le Bon dalam bukunya Islamic Civilization ada menulis tentang “chivalry acts” di kalangan lelaki Muslim yang ketika itu menduduki Andalusia. Wanita dalam wilayah Islam ketika itu telah diletakkan pada tempat selayaknya, dihargai dan dihormati, sama seperti apa yang diajarkan oleh Islam.
Wanita Eropah ketika itu umumnya perlu menunggu beberapa abad lama lagi untuk berada dalam kedudukan yang sama. Hanya apabila budaya menghormati wanita ini menjadi amalan meluas di Andalusia (Sepanyol moden), barulah ianya dikembangkan ke seluruh Eropah seiring dengan keluarnya Eropah dari kegelapan, juga atas cahaya yang dibawa Islam.
Pilihan di tangan anda nak jadi lelaki sejati yang chivalrious atau jantan tak guna.
(kalau nak rasa dilayan seperti queen atau princess, bolehlah pertimbangkan untuk jadi kekasih penulis yang chivalrious ini)
Rujukan:
Roger Boase, “The Origin and Meaning of Courtly Love”
Joseph Jacques, “Chivalry-Now”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih