Sejak kematian penyanyi utama Linkin Park, Chester Bennington ramai yang membincangkan tentang isu kemurungan (depression). Walaupun kematiannya masih lagi dipersoalkan – sama ada dibunuh atau bunuh diri, depresi dalam hidup Chester Bennington memang berlaku.
Memetik kata-katanya dalam sebuah temuramah pada tahun 2009;
“This is just who I am, this is what I write about, what I do, and most of my work has been a reflection of what I’ve been going through in one way or another.”
Chester sendiri akui ciptaan asal lagunya adalah inspirasi dari kehidupannya – depresi.
Di sini saya lebih menggunakan kata pinjam ‘depresi’ berbanding ‘kemurungan’ kerana perkataan asal depresi adalah unik untuk menerangkan jenis atau tahap kemurungan yang kronik, manakala ‘kemurungan’ sekiranya diterjemahkan boleh membawa maksud yang berbeza-beza, contohnya ‘moody’, ‘sadness’, ‘feeling down’.
Sekiranya kita meninjau kehidupan yang dilalui oleh Chester, agak sukar sekali kita membayangkan seorang yang begitu popular dan kaya masih lagi terperangkap dalam depresi. Jadi untuk lebih jelas kita memahami konteks depresi ini mengikut Beck’s Cognitive Model, depresi menjadikan seseorang itu memandang negatif terhadap :
- Masa depan
- Dunianya
- Diri sendiri
Mengikut apa yang dikaji oleh pengkaji psikologi yang khusus dalam bidang depresi ini, depresi itu membentuk perspektif yang negatif akhirnya menjurus kepada kehilangan motivasi.
Mari kita meninjau kembali satu lirik lagu “Heavy”, antara lagu yang baru dikeluarkan pada tahun ini (2017) oleh Linkin Park (feat. Kiiara)
I don’t like my mind right now
Stacking up problems that are so unnecessary
Wish that I could slow things down
I wanna let go but there’s comfort in the panic
And I drive myself crazy
Thinking everything’s about me
Yeah, I drive myself crazy
‘Cause I can’t escape the gravity
I’m holding on
Why is everything so heavy?
Holding on
So much more than I can carry
I keep dragging around what’s bringing me down
If I just let go, I’d be set free
Holding on
Why is everything so heavy?
Kemudian satu lagi lagu, yang saya amat minati zaman 2000-an dahulu – “Somewhere I belong”,
(When this began)
I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
(I was confused)
And I let it all out to find
That I’m not the only person with these things in mind
(Inside of me)
But all the vacancy the words revealed
Is the only real thing that I’ve got left to feel
(Nothing to lose)
Just stuck, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own
I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I’ve felt so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I wanna heal, I wanna feel like I’m close to something real
I wanna find something I’ve wanted all along
Somewhere I belong
Sekiranya anda perasan, lirik yang dinyanyikan ini menggambarkan perspektif seseorang itu menyalahkan diri sendiri dan tidak mempunyai kekuatan atau motivasi.
Perkara ini mengajar kita tentang satu perkara – kejayaan dan nama masih boleh menjadikan seseorang itu berselimut dalam depresi. Kebahagiaan bukan penentu untuk menjadikan seseorang itu kalis depresi.
Bak kata seorang ahli psikologi yang lain;
“Kebahagiaan itu bukanlah lawan bagi depresi. Daya tahan (resilience) adalah lawan sebenar”
KESIHATAN MENTAL ADALAH KESIHATAN PENTING
Ya, kesihatan mental tetap menjadi penting dari aspek kesihatan. Puncak kepada permasalahan depresi ini adalah bunuh diri – merasakan diri sendiri lebih baik tidak ada.
Depresi juga tidak semestinya berlaku atas faktor luaran, kerana ia juga boleh berlaku atas faktor biologi. Namun faktor biologi boleh bertambah berat sekiranya faktor sekeliling tidak membantunya untuk melawan masalah ini.
Kebanyakan orang yang mengalami depresi selalunya berseorangan, sekiranya ada perkara yang membahagiakannya, dia akan rasa itu adalah seolah-olah seperti bayangan. Lama-kelamaan keadaan ini menambahkan lagi perasaan negatif dalam dirinya.
Bukan senang untuk mengubati masalah depresi ini. Ia selalu berlaku di sekeliling kita. Mungkin rakan, mungkin ahli keluarga sendiri, atau mungkin anak kita sendiri sedang mengalami depresi! Sekiranya ada dalam kalangan orang terdekat kita jenis yang kurang berkomunikasi, suka berseorangan dan jarang keluar, mungkin itu adalah tanda-tanda depresi.
Salah satu cara yang paling terbaik untuk mengubati depresi ini adalah melalui psikoterapi, iaitu kita menjadi seorang pendengar. Tunjukkan yang kita amat peduli terhadapnya, walau tanpa perlu mengutarakan solusi.
Jika anda sendiri yang mengalami depresi, beritahu masalah anda kepada orang lain. Sama ada sedikit, atau berat, masalah depresi ini tidak boleh anda tanggung seorang diri. Depresi ini meranapkan pemikiran, dan tak sepatutnya wujud dalam otak anda,
Kalau lirik lagu dari Linkin Park,
“In the end, it doesn’t even matter”
Tapi bagi kita,
“Before it ends, everything matters!”
RUJUKAN
Anxiety and Depression Association of America (ADAA), slide deck – “Psychological Models of Depression”
Beck, Aaron T. “Cognitive models of depression.” Clinical advances in cognitive psychotherapy: Theory and application 14.1 (2002): 29-61.
Coyne, James C. “Depression, biology, marriage and marital therapy.” Journal of Marital and Family Therapy 13.4 (1987): 393-407.
Krishnan, Vaishnav, and Eric J. Nestler. “Linking molecules to mood: new insight into the biology of depression.” American Journal of Psychiatry 167.11 (2010): 1305-1320.
Harvard Health Publication, “What causes depression?”,http://www.health.harvard.edu/mind-and-mood/what-causes-depression
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih