Kalau bukan kerana tukang-tukang ukir yang serba hebat, nescaya hari ini kita takkan tahu wajah manusia prasejarah. Antara tukang yang perlu diceritakan ialah pasangan kembar Kennis yang bernama Adrie dan Alfons.

Nama dua orang ini sudah tidak terasing dengan dunia muzium. Kerana merekalah yang mengukir wajah Cheddar Man.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun nama macam keju, Cheddar Man tiada kena mengena dengan bumi Itali. Asal-usulnya adalah daripada Britain pada zaman Mesolitik, iaitu sekitar 10,000 tahun lalu. Warna kulitnya memang menarik perhatian saintis.

Cheddar Man kelihatan seperti seorang lelaki Afrika Sahara, diberi nama “cheddar” kerana jas.adnya ditemui dalam Cerun Cheddar di Somersert, England.

Penemuan Cheddar Man pada tahun 1903 menimbulkan banyak tanda tanya. Apakah dia bermigrasi daripada Afrika ke Britain?

Atau apakah leluhurnya hanya berkeluarga dengan warna kulit sama saja? Saintis pelik kerana, manusia prasejarah Britain rata-ratanya sudah berwarna cerah selepas bermigrasi 45,000 tahun lalu.

Rangka Cheddar Man.

Tentang Cheddar Man

Manusia pada zaman prasejarah tidak boleh dibandingkan dengan orang hari ini.

Pada masa itu, jumlah populasi tidak ramai. Jadi mereka boleh memungut hasil hutan seperti haiwan liar, kayu pokok dan buah-buahan tanpa perlu fikir tentang imbangan bekalan dan permintaan dan kepentingan alam sekitar. Cheddar Man tidak hidup seorang.

Dia bermuafakat dengan beberapa orang dan memungut hasil hutan secara bersama.

Mereka membµrµ lembu liar (auroch), rusa dan mungkin babi hutan juga. Mereka juga cekap dalam ilmu memancing, pandai cari ikan dalam air tawar. Secara sambilan, mereka akan mengutip kacang dan biji benih untuk disemai.

Inilah diet harian Cheddar Man, direzekikan karbohidrat daripada buah dan kacang dan protein pula daripada daging dan ikan. Tidak perlu fikir pasal cukai, hutang dan sewa. Walau bagaimanapun, Cheddar Man tidak mampu minum susu. Perutnya tidak boleh menerima sebarang unsur laktosa dan akan menyebabkan cirit-birit atau muntah.

Atas sebab yang belum disahihkan, Cheddar Man meninggal dunia pada usia 20-an. Saintis masih berdebat punca kema.tiannya. Dan ramai tertarik pada permukaan aneh di sekitar lubang matanya (orbital bone).

Dia dipercayai terkena jang.kitan kuman pada tulang, yang menyebabkan sa.kit begitu teruk sampai boleh menyebabkan kema.tian. Saintis juga tertanya-tanya pasal kµbµrnya.

Mereka sangat hairan tengok Cheddar Man ditanam seorang, sedangkan manusia prasejarah pada zaman Mesolitik akan tanam di tapak perkµbµran secara beramai-ramai.

Ada hipotesis menyatakan yang Cheddar Man mungkin ma.ti dalam sebuah gua, yang kemudian rµntµh secara sendiri (menyebabkan jas.adnya dikebµ.mikan).

Pakcik Segala British

Cheddar Man mempunyai bahan genetik yang sukar dikaji kerana usia tulang terlalu usang. Namun saintis dapat mengenal pasti bahawa 10 peratus daripada rakyat United Kingdom mempunyai bahan genetik yang sama.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ini menimbulkan dua kebarangkalian: 1) Cheddar Man mempunyai anak atau 2) bahan genetik 10 peratus ini datang daripada ibu atau bapa Cheddar Man. Apa-apa pun Cheddar Man tetap keluarga jauh mereka.

Ada satu eksperimen di Bristol, United Kingdom. 20 warga Bristol menyerahkan DNA diri dengan izin untuk masuk eksperimen ini. Saintis berkenaan kemudian cuba mengenal pasti persamaan antara bahan genetik mereka dengan Cheddar Man. Seorang warga bernama Adrian Targett mendapati bahan genetiknya berasal daripada ibu Cheddar Man. Dua anak gadis berusia 14 tahun turut berkongsi bahan genetik sama dengan Cheddar Man.

Jadi tidaklah melampau kalau kita semua namakan Cheddar Man: “British Great Uncle.”

RUJUKAN:

Lotzaf, K. (n.d.). Cheddar Man: Mesolithic Britain’s blue-eyed boy. Natural History Museum.

Lyall, S. (1997, Mac 24). Tracing your family tree to Cheddar Man’s mum. The New York Times.

Morris, S. (2018, Februari 9). ‘He’s one of us’: modern neighbours welcome Cheddar Man. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.