Pepatah orang Argentina ada menyebut : “Tengo una remera del Che, y no sé por qué,”  Secara kasarnya ia diterjemahkan kepada

“Saya memakai t-shirt Che, tapi saya tidak tahu mengapa.”‘

Pepatah itu mencerminkan bahasa sinis yang merujuk pada kalangan masyarakat Argentina bahawa anggapan tentang salah seorang tokoh lelaki kegemaran mereka, pejuang revolusi Marxism, Ernesto ‘Che’ Guevara, telah disalahgunakan oleh para oportunis berfikiran kapitalis serta BBNU (budak-budak baru nak up) yang hanya tahu mengikut trend di seluruh dunia.

Imej ikonik Che, dengan rambut beralun paras bahu yang dipakaikan beret hitam bersama simbol bintang, telah dipergunakan secara salah untuk menghasilkan beratus-ratus jenis produk kepada golongan yang acah-acah pember0ntak, dengan penjualan T-shirt dan poster yang mungkin menduduk tempat teratas dalam senarai produk.

Seorang pejuang gerila yang menjadi sebahagian daripada pemerintah tertinggi semasa Revolusi Cuba, Ernesto Che Guevara berkelulusan di dalam bidang perubatan, akan tetapi cita-cita komunisnya mula dibentuk selepas pengalamannya dalam pengembaraan bermotosikal yang terkenal melalui beberapa kawasan-kawasan termiskin di Amerika Selatan.

Bagaimanapun, begitu banyak perkara yang diketahui atau dipercayai tentang Che Guevara telah diekstrak dari sumber sejarah sebenar dan ditapis untuk kegunaan awam dalam proses merekayasa mitos dan teori konspirasi.

Untuk membantu memperbetulkannya, penulis akan membentangkan sebahagian dari perkara yang mungkin anda tidak pernah ketahui berkenaan salah seorang tokoh yang paling kontroversi pada abad ke-20, Che Guevara.

Dalang Utama Terhadap Ribuan Eksekvsi

Sebuah syarikat yang menaja lawatan ke Cuba memetik Penjara Kubu La Cabaña sebagai tempat di mana “Che membantu menyatukan kemenangan revolusi”. Ahli sejarah menganggarkan Che “menyatukan” nyawa manusia berjumlah seramai 2,000 orang.

Che Guevara adalah seorang pember0ntak yang sedang mencari hala tuju apabila dia bertemu dengan Fidel dan Raul Castro pada tahun 1955, di Mexico. Sebagai seorang askar, dia menunjukkan keupayaannya berjuang di bawah matlamat Fidel Castro, dia mengadaptasi dirinya dengan cepat dan dinaikkan pangkat menjadi comandante.

Fidel Castro

Di pergunungan Sierra Maestra dia menguatkuasakan dasar sifar toleransi terhadap sesiapa sahaja yang melarikan diri dari perjuangan dengan menghantar sepasukan skuad eksekvsi untuk memburu mereka, tanpa mengira apa jua alasannya.

Setelah berkuasa, Che Guevara dilantik sebagai ketua La Cabaña, di mana ia beroperasi sebagai salah satu pusat keadilan yang ‘paling sederhana’ , atau tidak keterlaluan jika kita gelarkan ia sebagai mahkamah kanggaru.

Dia melaksanakan tugasnya untuk membersihkan Cuba dari pengaruh para loyalis Batista dengan mengambil peranan sebagai hakim, juri dan algojo secara “bidan terjun”. Kelakuan beliau ketika itu mengingatkan penulis tentang keganasan Stalin’s Great Terror pada tahun 1930-an. Di sini lah Che mendapat nama jolokan The Butcher of La Cabaña.

“Penyatuan” populasi penduduknya diteruskan untuk tahun berikutnya, ketika dia menyelia pembinaan kem konsentrasi Guanahacabibes. Seperti yang dinyatakan oleh Alvaro Vargas Llosa dalam The New Republic, Guanahacabibes menetapkan asas untuk yang terinspirasi dari konsep NAZl iaitu kem yang berbentuk sebagai kurungan terhadap sesiapa sahaja yang mereka tidak ingini di wilayah Camagüey dari tahun 1965 dan seterusnya.

Che Guevara Dipuja Sebagai Saint Ernesto

Pada 8 Oktober 1967, seorang renjer Bolivia yang terlatih oleh Amerika Syarikat, menangkap Che di sebuah lembah berhampiran bandar Bolivia di La Higuera, dan keesokan harinya dia terus dihukum bunvh di sebuah asrama persekolahan tempatan.

May4tnya kemudian dipindahkan ke kota Vallegrande yang berdekatan dan dipamerkan secara umum untuk petugas media di dalam sebuah bilik dobi. Keadaan fizikal may4t 1nya telah digambarkan oleh pengikut kultus beliau dengan perbandingan yang goyah kepada Kristian, pihak media menganggap keadaan m4yat Che Guevara ketika itu seumpama Jesus Christ. Malahan bilik dobi itu sendiri seolah-olah telah menjadi kiblat para pentaksub datang dan pergi.

Sebenarnya, kedua-dua bandar itu berada di sepanjang “Ruta del Che” atau Che Guevara Trail, di mana dengan sedikit bayaran, pelancong boleh berjalan kaki betul-betul di dalam langkah-langkah mengikut laluan tepat kaki revolusioner itu.

Walau bagaimanapun, di beberapa buah gereja penganut Katolik di beberapa bahagian di La Higuera, imej Che Guevara berada di bahagian depan dan tengah bersama-sama imej ikonik gereja seperti Virgin Mary dan Paus John Paul II, penduduk tempatan juga sering berdoa kepadanya dan mereka percaya bahawa darjat Che telah diangkat sebagai “Saint Ernesto,” walaupun gelaran ini tidak rasmi dan tidak diakui oleh pihak Vatican.

Tangan Che Guevara Dip0tong Dan Diawet

Selepas pelaksanaan eksekvsi hukuman m4ti terhadap Che Guevara, may4tnya dan apa saja benda peninggalannya yang ada telah dir0mpak oleh pembunvhnya.

Ejen CIA, Felix Rodriguez, yang menyiasat Che Guevara, pernah merancang untuk mengambil paip Che yang terkenal tetapi akhirnya terpaksa membenarkan askar yang menemb4k Che untuk mengambilnya sebagai hadiah, Rodriguez pula hanya mampu memiliki lebihan tembakau tinggalan Che.

Operatif CIA kelahiran Cuba, Gustavo Villoldo memotong seikat rambut Che. Beliau menunggu selama 40 tahun supaya nilainya sentiasa meningkat, akhirnya setelah 40 tahun berlalu, beliau membuka bidaan untuk lelongan pada tahun 2007, di mana ia menetapkan rekod lelong untuk harga tertinggi yang dibayar untuk seikat rambut: kira-kira $100,000.

Ada orang lain yang mendapat jam Rolex mahal dipakai Che, (Che dan kebanyakan pemerintah Cuba yang tinggi memakai jam tangan Rolex). Walau bagaimanapun, yang paling penting ketika itu adalah misteri pemotongan kedua belah tangannya dari paras pergelangan tangan, ia bertujuan untuk dijadikan bukti sekiranya ada kemungkinan Fidel Castro akan menafikan kem4tian Che Guevara kemudian mungkin mendakwa bahawa may4t itu bukanlah Che, dan dia masih hidup. Ini berpotensi menaikkan lagi moral pejuang-pejuang gerila Komunism

Tak jadi hal lah, dalam mereka kelam kabut dan tergesa-gesa hendak meyakinkan dunia bahawa kem4tian Che Guevara adalah benar, mereka telah mencipta kronologi kisah-kisah legenda dan mitos tentang Che Guevara.

Algojo Pelaksana Hukuman Che Disumpah

Kem4tian Che Guevara melahirkan sejumlah mitos yang masih berterusan hingga saat ini. Berikut adalah salah satu yang paling popular iaitu para pelaksana hukuman m4ti Che dikatakan telah terkena “Sumpahan Che”.

Agen CIA, Felix Rodriguez menerima perintah dari Kerajaan Amerika Syarikat untuk membawa Che Guevara ke Panama, tetapi permintaan itu dihalang oleh pegawai-pegawai tenter4 Bolivia, dimana, perintah pelaksanaan eksekvsi segera ke atas Che Guevara dianggap datang dari Presiden pada waktu itu, René Barrientos.

Oleh itu, apabila Che ditawan oleh Kapten Tenter4 Bolivia, Gary Prado, yang merupakan sebahagian daripada divisyen di bawah perintah Jeneral Joaquin Zentano, Che Guevara dihukum m4ti. Ia dilihat sebagai satu kesilapan besar.

Pada tahun 1969, presiden Barrientos terk0rban dalam nahas kemalangan helikopter. Enam tahun kemudian, Jeneral Zentano dibunvh di Paris. Dan pada tahun 1991, satu kemalangan bersenj4ta telah melumpuhkan Prado hingga terpaksa bergerak dengan bantuan kerusi roda.

Seperti setiap dakwaan sumpahan, dalam kes ini juga, orang ramai dengan mudahnya mengabaikan unsur-unsur yang tidak konsisten, antaranya seperti berpuluh-puluh orang lain yang terlibat dalam penangkapan dan eksekvsi Che, mengapa mereka masih meneruskan kehidupan seperti biasa? Istilah sumpahan merupakan sebahagian daripada mesin mitos, dan mereka membenarkan para penunggang mitos hidup dalam fantasi lebih lama untuk menafikan hakikatnya.

Jurufoto Che Guevara Tidak Dapat Hak Royalti

Ketika ditangkap, Che Guevara dilaporkan telah berteriak, “Aku ini Che Guevara! Dan saya lebih bernilai jika hidup berbanding m4ti!”

Malangnya, Che Guevara ternyara salah dan gagal menilai harga dirinya sendiri. Tujuh tahun sebelum kem4tiannya, sekeping gambar Che telah dirakam dari sudut yang cantik ketika menghadiri satu majlis pengebumian oleh seorang jurugambar akhbar bernama Alberto Korda.

Pada masa itu, hanya Korda sahaja yang terlintas idea untuk merakam dari sudut begitu, beliau menggantungkan gambar hasil kerjanya itu di dinding pejabatnya, di mana ia terus berada di situl sehingga lah seorang wartawan Itali melihatnya dan bertanya adakah dia boleh memilikinya, dan Korda mengizinkan.

Che Guevara meninggal dunia tidak lama kemudian, dan gambar itu muncul pada poster di Itali. Selama 40 tahun yang mendatang, imej itu akan menjadi simbol penentangan, bantahan, pember0ntakan dan revolusi, yang sangat ikonik bagi sesetengah orang.

Bagi sesetengah pihak, imej tersebut adalah wajah syaitan totalitarianisme yang kejam dan pembunvh ribuan nyawa manusia, namun bagi pihak yang lain pula, imej tokoh Komunis Marxisme itu menjadi fenomena yang membuka ruang pemasaran kapitalis global.

Sedih gila kot, masa hidup, dialah pejuang Marxisme ke arah negara Komunisme yang menentang sistem kapitalis. Tetapi selepas m4ti, gambarnya dijadikan sumber kekayaan kapitalis. Bukan Che sahaja yang bernasib malang, insan yang bertanggungjawab melahirkan imej itu pun langsung tidak mendapat sebarang imbuhan.

Pada tahun 2007, Korda akhirnya terfikir satu kaedah berbeza namun dalam cara royalti yang sama, iaitu dia telah menyaman agensi pengiklanan British, yang menggunakan imej Che Guevara untuk menjual vodka. Dia memenangi kira-kira $ 50,000.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.