Chap Goh Mei yang bermakna “malam ke-15” dalam dialek Hokkien merupakan perayaan yang meriah diraikan oleh masyarakat Cina, khususnya di Malaysia, dua minggu setelah sambutan Tahun Baru Cina.
Perayaan ni juga dikenali sebagai Pesta Tanglung atau Yuan Xiao Jie yang bertujuan untuk menyambut musim bunga dan berdoa untuk dapat hujan yang mencukupi bagi pertanian.
Asal usul perayaan Chap Goh Mei dikaitkan dengan pelbagai legenda dan mitos, termasuk kisah dua wanita bujang yang membuang buah oren ke sungai dengan harapan menemui jodoh.
Tradisi ni berakar dari zaman Dinasti Han di China, di mana Chap Goh Mei adalah hari penghormatan kepada Dewa Thai Yi, dewa tertinggi langit. Namun, selepas zaman Dinasti Han, perayaan ini menjadi lebih terbuka kepada masyarakat umum.
Salah satu tradisi yang menonjol semasa Chap Goh Mei adalah amalan melontar buah limau Mandarin ke sungai, di mana nama dan nombor telefon ditulis pada buah tersebut sebagai cara untuk mencari jodoh.
Dipercayai bahawa sesiapa yang menemui dan mengambil buah tersebut akan dapat peluang untuk mendapat jodoh yang baik.
Perayaan Chap Goh Mei disambut dengan upacara sembahyang besar-besaran, pembakaran colok besar dan makanan besar bersama keluarga dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah.
Walaupun tak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, Chap Goh Mei adalah satu-satunya perayaan yang dinantikan oleh komuniti Cina.
Di Pulau Pinang, perayaan ni disambut dengan pesta besar-besaran yang menampilkan pelbagai aktiviti seperti persembahan budaya, permainan, dan perarakan tanglung serta tarian naga.
Tradisi muzik Dondang Sayang juga kekal dikekalkan, menambahkan lagi keceriaan suasana perayaan ini. Turut disajikan, perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar ‘Chingay’.
Dengan makanan enak yang disediakan di sepanjang jalan serta persembahan seni dan budaya yang menghiburkan, Chap Goh Mei menjadi satu perayaan yang memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan budaya dalam masyarakat Cina di Malaysia.
Yang orang main mercun malam semalam tu sebab Chap Goh Mei ke?
Bukan, tu sebab Pai Ti Kong. Esok saya akan ceritakan pasal ni pula.
Oleh: Azizul Farhan
___
Alang-alang bulan Tahun Baharu Cina ni, korang boleh belajar banyak lagi mitos-mitos Cina yang lain bersama KITAB TAMADUN CINA. Dapatkan segera! Rugi kalau habis!
https://shope.ee/509e6bR1FY
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih