Sebut tentang chaebol, pasti ramai yang tahu tentang istilah ini. Kebanyakan Kdrama dan rancangan Korea yang kita tonton juga sering memvisualkan chaebol ini dengan ciri-ciri mereka yang tersendiri. Tapi, secara realitinya, tahukah anda bagaimana chaebol ini mempengaruhi rangsangan ekonomi di bumi kimchi ini?

Ini adalah kisah tentang satu golongan yang sangat terkenal di Korea Selatan. Chaebol (재벌) adalah kumpulan konglomerat perindustrian besar Korea Selatan yang dikendalikan dan dikawal oleh individu atau keluarga tertentu. Chaebol selalunya terdiri daripada beberapa ahli gabungan, dan dikawal oleh seseorang atau kumpulan.

Kenapa chaebol ini berperanan penting dalam ekonomi Korea?

Ada yang cakap, untuk memahami ekonomi Korea Selatan, seseorang perlulah terlebih dahulu memahami chaebol. Sejak tahun 1960-an, iaitu pasca merdeka, dan ketika pemulihan ekonomi sedang giat berlangsung di Korea, ia telah didorong oleh strategi pembangunan yang dikuasai oleh chaebol.

Terdapat dua pendapat yang bertentangan tentang chaebol. Dari sudut positifnya, chaebol adalah tunjang utama pembangunan ekonomi Korea dan menjadi ‘wira’ dalam industri eksportnya. Produk berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh chaebol menguasai pasaran global dan jenama mereka adalah ikon untuk status tinggi Korea di mata dunia. Daya saing mereka yang kuat dalam pasaran yang mendorong peningkatan berterusan dalam eksport serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Namun, secara negatifnya, ada yang berpendapat bahawa kuasa monopoli yang dimiliki chaebol ini telah mendesak firma-firma kecil dan sederhana untuk melakukan transaksi yang tidak adil dengan mereka. Pengerusi chaebol pula dikatakan membuat keputusan sewenang-wenangnya dengan mengawal lembaga pengarah secara menyeluruh.

Malah, keinginan chaebol dalam mengembangkan perniagaan mereka menyebabkan golongan ini mampu ‘menelan’ perniagaan berskala kecil melalui kuasa modal tinggi yang mereka miliki. Keadaan ekonomi yang dikuasai chaebol ini sebenarnya turut menyebabkan peningkatan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin di Korea.

Walaupun chaebol ini tidak dinafikan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, namun mereka juga menjadi penyebab kepada beberapa masalah ekonomi dan sosial. Dalam krisis ekonomi Korea Selatan 1997, chaebol menjadi puncanya. Malah, kegiatan penyelewengan dan jenayah ekonomi bagi keluarga yang mengawalnya telah dikritik secara terang-terangan oleh masyarakat.

Namun, chaebol terus menguasai ekonomi Korea Selatan.

Peraturan pertama berkait dengan chaebol telah diperkenalkan dalam Peraturan Monopoli dan Akta Perdagangan Adil pada tahun 1986, tetapi ia mempunyai kelemahan. Kemudiannya, ia disemak semula dan pada tahun 2014, Peraturan Monopoli dan Akta Perdagangan Adil memperkenalkan peraturan baharu mengenai urus niaga pihak berkaitan chaebol, tetapi peruntukan undang-undang yang tidak mencukupi bermakna urus niaga  yang tidak adil masih belum dihapuskan.

Secara keseluruhannya, chaebol memang satu saingan yang kuat dalam pasaran dunia, dan kumpulan ini juga adalah penerima manfaat utama daripada pembangunan ekonomi Korea serta penggerak kejayaan ekonomi Korea.

Di sebalik semua kejayaan, kritikan terhadap chaebol tetap wujud, terutamanya apabila berlakunya krisis mata wang. Memandangkan chaebol masih mengawal sebahagian besar sumber ekonomi negara, mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa mereka masih berperanan utama dalam menentukan naik turun ekonomi Korea Selatan.

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply