Takkan boleh kita bincang tentang sejarah Rusia tanpa melibatkan Catherine the Great, seorang maharani paling agung yang pernah berkuasa di bumi tersebut.
Sesungguhnya Catherine adalah pemimpin wanita paling lama berkuasa di Rusia, iaitu selama 34 tahun antara 1762 hingga 1796. Dan baginda bukan berbangsa Rusia pun.
Malah baginda bukan warganegara Rusia asalnya. Titik permulaan Catherine adalah di Poland, dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan yang miskin dengan nama Sophie.
Kalau tengok politik Poland ketika itu, keluarga Sophie hanyalah penyokong (vassal) penguasa Jerman (Holy Roman Empire). Jangankan kuasa, duit pun belum tentu ada (Rounding, 2006).
Takdir menentukan Sophie bertemu dengan seorang putera Rusia iaitu Charles Peter Ulrich ketika berusia 10 tahun. Sophie cukup benci pada Charles kerana terlalu pucat dan suka minum arak.
Tetapi yang benci inilah jadi jodoh. Ibunda Sophie bekerja keras untuk memastikan “anak bangsawan bawah” boleh jadi “Maharani Rusia”.
Pucuk dicita, ulam mendatang – malam-malam pakat menumbuk sambal. Sophie pandai ambil hati mertuanya. Rakyat Rusia pun suka padanya, kerana pantas belajar bahasa ibunda sampai tengah malam.
Bertutur saja tidak cukup. Sophie tukar nama dan agama sekali. Gadis ini tinggalkan Poland sebagai “Sophie beragama Lutheran Christian”. Gadis ini sampai Rusia sebagai “Yekaterina beragama Christian Orthodox”.
Jelmaan Kuasa Yang Tidak Disangka
Perkahwinan antara Charles dan Catherine tidak sama sekali berbunga. Catherine tidak berhenti membenci Charles. Malah Catherine juga didakwa seorang gadis yang sangat miang sampai ke ranjang.
Anak sulung Catherine pun didakwa bukan anak Charles. Tetapi ini tidak mengubah apa-apa. Dan selepas kemangkatan ibundanya, Charles naik takhta menjadi Maharaja Peter III. Secara rasmi, Catherine naik takhta menjadi maharani. Rancangan keluarga “Sophie” benar-benar menjadi.
Namun mereka tidak sangka… Catherine akan berkuasa secara tunggal.
Kerana Maharaja Peter terlalu rapat dengan Raja Frederick (Prussia), walhal Prussia baru saja menewaskan Rusia dalam sebuah peperαngan tujuh tahun.
Hubungan akrab ini menyebabkan ramai dalam kalangan bangsawan membenci Peter. Lagi ramai naik muak apabila Peter mengatur rancangan untuk berperαng dengan Denmark… sekutu rapat Rusia.
Melihat perkembangan ini (diulit pula dengan kebencian pada suami sendiri), Catherine membuat keputusan hebat. Baginda melaksanakan suatu rampasan kuasa yang berjaya menggulingkan Peter daripada tampuk pemerintahan.
Pengaruh bangsawan lain (katanya lelaki simpanan Catherine sekali) memainkan peranan penting, kerana seluruh blok tentera Rusia berpihak pada baginda. Peter terus dipenjara dan dibunuh secara sulit.
Selama beberapa minggu, kuasa sebenar Catherine dipersoalkan: baginda bukan maharani, bukan pemangku dan bukan perampas. Baginda seolah-olah mengeksploitasi grey area yang tidak dapat dipertikai sesiapa.
Pemasyhuran Sang Masyhur
Rusia seolah-olah mendapat rezeki tidak disangka. Seorang anak Poland menjadi maharani yang bukan main hebat. Sepanjang pemerintahan, baginda meluaskan saiz empayar dengan menewaskan kuasa-kuasa di sempadan seperti Novorossiya, Crimea, Kaukasia, Ukraine dan sebagainya.
Komanwel Lithuania dan Empayar Uthmaniyah tidak mampu menewaskan Catherine dalam peperαngan yang berlangsung. Kerajaan Catherine dikatakan terlalu cekap sampai tanah 520,000 kilometer persegi “meloncat masuk dalam Rusia”.
Dua kali Uthmaniyah berperαang dengan Catherine, dengan bala tentera 200,000 (1768-74) dan 280,000 anggota (1787-92). Kedua-duanya gagal dengan teruk, merugikan Uthmaniyah yang terpaksa berdamai (Harris, 2014).
Walau bagaimanapun, ulasan-ulasan ini kelihatan terlalu romantis. Catherine meskipun berjaya boleh kata setaraf dengan ahli politik berjanji bulan dan bintang.
Dasar luar negara Catherine diisytihar tidak jujur, oleh cucunya sendiri iaitu Nicholas I kerana 1) gagal mencapai matlamat dan 2) kejayaan tanpa strategi jangka panjang. Dasar dalam negara pula kekok dan dangkal kerana Rusia menggunakan sumber semulajadi sampai tercetusnya kebuluran teruk yang menjadi sinonim dengan sejarah Rusia (dan Ukraine).
Kerajaan Catherine juga terlalu banyak mengawal ekonomi (state regulation). Dalam bahasa marhaen, kerenah birokrasi telah melunturkan segala potensi negara. Inilah punca kenapa Catherine gagal membentuk dinasti sendiri, dan kuasanya kembali pada tangan Romanov.
Kalau anda berminat dengan sejarah Rusia, kami nak cadangkan buku biografi terbaru kami, Putin: Tsar Moden Russia untuk pembelian di: http://bit.ly/PutinTsarModenRussia
RUJUKAN:
Harris, C. (2014, Mac 4). When Catherine the Great Invaded the Crimea and Put the Rest of the World on Edge. The Smithsonian Magazine.
Rounding, V. (2006). Catherine the Great: Love, Sex and Power. Hutchinson. Halaman 7-8.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih