Catalonia baru saja mengisytiharkan kemerdekaan pada 27 Oktober 2017. Adakah Catalonia kini sebuah negara?

Soalan nampak mudah. Dah merdeka, negara lah kan?

Sebenarnya definisi “negara” (statehood) adalah subjek yang rumit dalam kajian hubungan antarabangsa, boleh bentang sampai 400 muka surat. Untuk pendekkan cerita, Catalonia belum lagi mencapai status negara (state). Kenapa?

Dalam undang-undang antarabangsa, ada 2 cara bagi Catalonia untuk menjadi sebuah negara: satu ialah secara “de jure” (“by law”), satu lagi ialah secara “de facto” (“in fact”).

Dari segi “de jure”, sebuah entiti yang digelar sebagai “negara” haruslah diiktiraf oleh negara berdaulat (sovereign state) yang lain. Prinsip ini digunapakai sejak “Peace of Westphalia” tahun 1648 lagi dan disemadikan dalam “Montevideo Convention on the Rights and Duties of States” tahun 1933.

Itu sebabnya selepas Tunku mengisytiharkan kemerdekaan, negara-negara seperti US dan Jepun terus menghantar telegram sebagai tanda pengiktirafan mereka terhadap kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu.

Dunia sekarang mempunyai 193+ negara berdaulat. 193 buah negara yang menganggotai United Nations (UN) menikmati “universal recognition” kecuali Israel (tidak diiktiraf oleh 33 anggota), China (tidak diiktiraf oleh 20 anggota), Cyprus (tidak diiktiraf Turki), Korea Utara (tidak diiktiraf Korea Selatan, Perancis, Jepun), Korea Selatan (tidak diiktiraf Korea Utara) dan Armenia (tidak diiktiraf Pakistan). Selain daripada 193 negara ini, Vatican City juga menikmati universal recognition. Jadi mereka ni semua adalah negara berdaulat secara “de jure”.

Selebih itu ialah negara-negara yang hanya diberi “partial recognition” atau “states with limited recognition”. Itu termasuk Palestin, Kosovo, Republic of China di Taiwan, Abkhazia, South Ossetia, Western Sahara, Artsakh (Nagorno-Karabakh), Northern Cyprus dan Transnistria. Walaupun kebanyakan negara-negara ini nama pelik-pelik, tapi mereka diiktiraf oleh sekurang-kurangnya 1 negara anggota UN. Mereka dikira sebagai negara “de facto” kerana mereka masing-masing mempunyai kawalan secara berkesan (effective control) ke atas wilayahnya.

Kalau tak diiktiraf oleh mana-mana negara pun (seperti Somaliland), sesebuah entiti dikira sebagai negara selagi ia mempunyai kawalan secara “de facto” ke atas kawasannya.

Tapi dalam kes Catalonia, ia bukan sebuah negara secara “de jure” mahupun secara “de facto”. 3 hari sudah Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan, masih tiada negara yang mengiktiraf Catalonia. EU tak mahu, Perancis tak mahu, Jerman pun tak mahu. Kesemua kuasa-kuasa besar termasuk US, Rusia dan China pun tidak mengiktiraf Catalonia.

Secara “de facto”, Catalonia tidak mempunyai tentera atau militia tersendiri yang boleh mengawal kawasannya untuk menghalang kemasukan kerajaan Sepanyol, jadi ia tidak mempunyai kawalan secara berkesan ke atas wilayahnya.

Kalau Catalonia nak bawa kes ini ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) pun akan kalah, kerana agak sukar bagi Catalonia untuk membuktikan wujudnya “colonialism”, “foreign invasion” atau “gross discrimination and abuse of human rights” yang menjadi alasan tuntutan “self-determination”. Catalonia telah pun diberi status autonomi, dan punca perbalahan Madrid dan Barcelona kali ini adalah isu cukai yang sebenarnya boleh dibawa runding.

Jadi, status Catalonia sekarang adalah lebih kepada “secessionist state” seperti Donetsk Republic di Ukraine, dan tidak jauh berbeza dengan Daesh.

Krisis Catalonia ini berpunca daripada pemimpin-pemimpin

yang kurang bijaksana. Ketua kerajaan Sepanyol, Mariano Rajoy mengguna kekerasan sehingga menyemarakkan lagi sentimen pemisahan penduduk Catalonia. Ketua kerajaan Catalonia, Carles Puidgemont pula tidak menghormati Perlembagaan, keputusan Mahkamah dan pandangan sebahagian rakyat Catalonia yang tidak menyokong pemisahan dengan mengadakan referendum yang tidak telus dan tidak demokratik.

Mereka yang rasa “inspired” dengan perkembangan di Catalonia harus mengambil iktibar. Jangan bertindak melulu sehingga menggadaikan masa depan negeri dan kebahagiaan rakyat.

Bagi mereka yang selalu keliru antara “negeri” dan “negara”, sila hadam betul-betul undang-undang antarabangsa untuk menghindari diri daripada menjadi lawak antarabangsa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply