Era P3r4ng Dingin boleh dianggap sebagai era tipu helah. Ini kerana dalam sesetengah insiden yang dilabel kem4l4ng4n biasa, tersembunyi pelbagai rahsia yang tidak didedahkan kepada umum selama bertahun-tahun. Tujuannya ialah menjaga rahsia negara masing-masing kerana jika didedahkan, ia sudah pasti mengundang malu tak bertepi kepada pihak-pihak yang terlibat.
Dalam kes hubungan Kesatuan Soviet-Sweden, contoh mudah ialah insiden kehilangan pesawat pengangkut DC-3 T3nt3r4 Udara Sweden pada 13 Jun 1952. Pesawat itu yang membawa lapan krew dikatakan hilang semasa menjalani misi latihan biaa sekitar Laut Baltik. Tetapi apabila Sweden memohon bantuan Moscow dalam mencari pesawat tersebut, pihak Soviet menolak permintaan Stockholm dan menafikan penglibatan mereka dalam kehilangan pesawat berkenaan.
Sweden kemudiannya menggerakkan usaha pencarian besar-besaran di Laut Baltik. Tetapi usaha tersebut terpaksa digantung seketika gara-gara satu lagi insiden yang hampir-hampir mer4n4pkan hubungan diplomatik Stockholm-Moscow. Pada 16 Jun. dua pesawat MiG-15 kepunyaan Soviet men3mb4k jatuh pesawat laut PBY-5 Catalina Sweden yang terlibat dalam usaha pencarian berkenaan.
Pesawat tersebut terpaksa mendarat di atas air dan lima krew yang terselamat diselamatkan oleh krew sebuah kapal dagang Jerman Barat. Berikutan insiden tersebut, protes besar-besaran diadakan di hadapan Kedutaan Soviet di Stockholm. Dan kedua-dua negara saling menuduh siapa yang mencetuskan insiden berkenaan.
Pihak Soviet menuduh pesawat Catalina itu telah menceroboh kawasan ruang udara Soviet di Baltik. Manakala Sweden pula menuduh pihak Soviet cuba mencetuskan insiden antarabangsa dengan men3mb4k jatuh pesawat di ruang udara antarabangsa. Hasil siasatan mendapati pesawat Catalina Sweden itu sebenarnya telah menceroboh ruang udara Soviet secara tidak sengaja dengan menghampiri salah satu pulau Estonia yang dikawal mereka.
Sedar mereka jauh tersasar dan menceroboh ruang udara Soviet, pesawat Catalina diarah berpatah balik dan kembali ke ruang udara antarabangsa. Tetapi selepas pesawat Sweden itu cuba berpatah balik, dua juruterbang MiG-15, Ilya Yatsenko-Kosenko dan Nikolai Semernikov diarah men3mb4k jatuh pesawat berkenaan. Tindakan tersebut menyebabkan mereka dianugerahkan pihak Soviet pingat Orders of the Red Banner.
Selepas kejatuhan Tirai Besi pada tahun 1990-an, kisah sebenar Catalina terbongkar dan kedua-dua negara didapati berbohong dalam hal berkenaan. Pesawat DC-3 yang hilang itu sebenarnya ialah pesawat pengintip lengkap dengan peralatan elektronik yang dibekalkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pesawat yang diberi kod “Huginn” itu ditugaskan meninjau dan mengintip stesen radar Soviet di Liepaja, Latvia.
Menariknya, nama Huginn itu sendiri dianggap pengintip menurut mitos Norse. Dalam mitos Norse, Huginn ialah seekor burung raven yang digunakan oleh Dewa Odin untuk terbang ke seluruh dunia dan memberitahu hasil peninjauan kepadanya. Dalam kalangan lapan orang krew, kesemua mereka merupakan staf teknikal dan pegawai Kementerian Pertahanan Sweden dengan satu teori menyatakan kelibat wakil NATO dari Amerika Syarikat menaiki pesawat berkenaan.
Bagi Stockholm, sekiranya pesawat tersebut dijumpai bersama dengan kelengkapan elektronik NATO, sudah pasti ia bakal menconteng arang di muka. Justeru, bila mereka mendapat tahu laporan pesawat Catalina dit3mb4k jatuh pihak Soviet, ia dianggap satu berita baik.
Bagi pihak Soviet pula, mereka sememangnya bertanggngjawab atas kehilangan pesawat itu. Ini sebagai tindak balas terhadap pesawat-pesawat Sweden yang sering mengintip ruang udara mereka walaupun Moscow mengemukakan banyak bantahan terhadap isu berkenaan. Pesawat tersebut dit3mb4k jatuh semasa menghampiri sempadan ruang udara Soviet dan bangkai pesawat dijumpai di utara Pulau Gotland pada tahun 2003.
Pihak Soviet sebenarnya sudah lama tahu tentang Huginn dan projek rahsia Sweden-NATO sejak tahun 1948. Walaupun dikenali sebagai sebuah negara neutral, Sweden bersedia mengintip pihak Soviet bagi pihak NATO sebagai tukaran kepada pembelian kelengkapan dan aset pertahanan negara itu.
Tiga tahun selepas itu, kedua-dua pihak sedar mereka sebenarnya berbohong antara satu sama lain berkenaan isu Catalina. Justeru, menerusi satu perbualan telefon yang dirahsiakan, Nikita Khrushchev menjelaskan apa yang berlaku terhadap Perdana Menteri Sweden Tage Erlander. Rahsia berkenaan bertahan selama 40 tahun dan hanya diketahui selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 90-an.
RUJUKAN:
Egorov, Boris. (2020). Why did the USSR sh0ot down two Swedish aircraft?. Russia Beyond. https://www.rbth.com/history/332820-why-did-ussr-sh0ot-down-swedes
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih