Kalau sebut casanova, apa korang bayangkan? Mesti terbayang lelaki playboy yang pantang jumpa awek cun, mesti nak try.

Tau tak, casanova ni sebenarnya nama orang. Giacomo Giralamo Casanova. Kalau korang ingat dia ni artis popular macam yang selalu keluar Berita Hairan, korang silap. Jangan terkejut, Casanova ni penulis tau! Penulis sejarah lagi.

Dia pernah tulis berjilid-jilid buku sejarah Poland, terjemahan Iliad. Dekat timur Poland wujud komuniti Slavik. Autobiografi dirinya sendiri pun sempat dia siapkan: Historire de ma vie. Memoir ini memuatkan 50 tahun pertama umur hidup Casanova.

Dia takleh tidur kalau tak menulis. Dekat istana Dux di Bohemia, Casanova kata, “Bila aku tidak tidur, aku kan bermimpi. Dan bila aku penat bermimpi, aku akan menulis. Lepas aku baca balik apa yang aku tulis, banyak yang aku sendiri tak puas hati dengan apa yang pen aku muntahkan.”

Jadi lepas ni, hati-hati ya dengan penulis sejarah!

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Skil apa yang membuatkan Casanova power ngurat perempuan. Buaya bukan sebarang buaya, ni buaya Bujang Senang ni. Petik je jari, 10 yang mari. Kalau kita baca, benda ni ada kaitan dengan cara Casanova membesar.

Walaupun besar tak jadi artis, Casanova adalah anak seni. Literally pasal mak bapak dia terlibat dengan seni teater. Bapaknya, Gaetano Casanova berpindah ke Venice dan jatuh cinta dengan pelakon remaja bernama Zanetta Farussi yang 11 tahun lebih muda. Diorang berdua kahwin dan tinggal kat rumah belakang teater San Samuele. Kira dekat dah dengan tempat kerja. Teater belakang rumah je, hari-hari berlakon.

Masa dia kecik, Casanova pernah sakit. Hidung dia menitis darah. Jadi mak dia bawa berjumpa dengan sorang dukun (une sorciere) perempuan. Zaman ni, sape je amalkan black magic boleh dihukum mati. Mak dia minta rahsiakan benda ni. Apa dukun tu buat? Casanova dikunci salam sebuah peti magic sambil dukun tu baca jampi serapah. Habis je dia dikeluarkan dari peti, dukun tu sapu minyak. Magic betul, sakit Casanova jadi baik. Hidung berdarah terus berhenti.

Dari pengalaman masa kecilnya ini, dia mengenal dunia lakonan dan mistik yang bakal mempengarusi usia dewasanya. Teater mengajarkannya sandiwara dan magic mengajarkannya ilusi. Dua seni terhebat memikat anak dara juga janda.

Setelah bersekolah di Padua, merantau ke Dresden dan masuk universiti Kristian, dia pulang ke kampung halamannya sebagai seorang Abbot. Bahasa mudah, lebih kurang paderi gareja la. Ya, anda tak salah baca. Pencinta wanita ni dulu pernah jadi orang agama! Kerjayanya sebagai Abbot di gereja San Samuele membuat dia disegani. Orang pun lagi respect dia. Macam tok imam masjid la. Umurnya masa ni baru 16 tahun.

Pasal membesar dekat teater, Casanoca juga pandai bercakap penuh dramatik dan retorik. Ni skill yang dia belajar dari mak ayahnya berlakon teater. Jadi setiap syarahan agama Casanova, mesti sedap dengar. Lagi satu, dia siap hafaz puisi Horace yang berbicara tentang cinta dan falsafah. Memang sembang kemas la!

Walaupun dari kelas pertengahan, etika dia high class. Casanova bukan asal orang senang, tapi dia boleh masuk dengan orang kaya. Kota Venice sebenarnya ada jurang kelas miskin-kaya. Tapi, walaupun beza B40 dengan T20, diorang saling memerlukan dan bersosial kat jalanan. Orang senang atau susah pun makan benda sama, macaroni, ikan goreng, sup belut dan makanan laut.

Paradox Venice: komuniti ini mengagungkan bangsawan padahal bergantung dengan titik peluh orang susah dan inisiatif dari orang kaya (bourgeoise). Kalau zaman sekarang ada BR1M, di Venice orang kaya akan sponsor hidup orang susah yang dia suka. Jadi tak semua orang senang yang bukan main sombong tu, memang kaya dengan duit sendiri. Boleh jadi duit tan sri mana ntah. Dengan budaya sosial macam ni, ada peluang B40 naik jadi T20 kalau dapat sorang orang kaya yang sponsor hidup dia. Casanoca tunggu je peluang ni!

Satu hari, dia ambil keputusan, “Aku nak berhenti kerja gereja.” Dia pun letak jawatan Abbot. Casanova buat confession, “cinta aku berbahaya, kerana tumbuh darinya dua skandal cinta, yang mewujudkan banyak lagi skandal. Sebab ni aku dah tak sesuai bertugas kat gereja.”

Well, at least Casanova tak tunggang agama untuk menggoda ukhti.

Masa kecilnya di teater dan masa remaja di gereja menjadikan perwatakannya unik. Dia mahir bersandiwara dan yakin bercakap-cakap dengan sesiapa saja. Mungkin ada orang yang menggeletar kalau bercakap dengan perempuan cantik. Tapi tidak bagi Casanova. Skill dia berlakon dan pengalamannya ceramah agama menjadikan lidah Casanova manis bak cherry dan bibirnya lazat bak tebu!


Poland ni sebenarnya terletak dalam blok Slavik. Bahasa Poland itu sendiri bahasa Western Slavic. Kalau korang berminat nak tahu pasal Slavik, inilah masanya nak baca buku HUJAN EMAS DI TANAH SLAVIK: https://bit.ly/slavikshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply