Salafussoleh sungguh-sungguh mencintai al-Quran. Kalau nak buat perbandingan, macam mana kita melekat dengan iphone, macam tu lah mereka melekat dengan al-Quran. Tak lekang-lekang membacanya siang malam.

Orang yang mencintai al-Quran pasti dilimpahi kebahagiaan. Di antara kelebihan mengkhatamkan al-Quran kata ulama, doanya makbul pada hari itu.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Ibnu Abbas menceritakan bahwa suatu hari, ada seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW.

”Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, ”Al-hal wal murtahal.” Orang ini bertanya lagi, ”Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”Yaitu yang membaca Alquran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.” (HR Tirmidzi).

Oleh itu, salafussoleh berusaha mengkhatamkan al-Quran sekerap mungkin. Ada yang mengkhatamkan Quran setiap Jumaat, seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit, Ibn Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab. Abdullah bin Amr pula diarahkan Rasulullah untuk mengkhatamkannya seminggu sekali.

Ibnu Umar berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, dalam tempoh berapa lama, saya boleh mengkhatamkan al-Quran?” Baginda menjawab: “Khatamkan sekali sebulan.” Aku berkata: “Saya masih mampu lebih daripada itu.”

Lalu soal jawab itu berlangsung hingga Rasulullah SAW mengurangkannya kepada 25 hari; 15 hari, 10 hari dan akhirnya lima hari. Apabila Ibnu Umar mengatakan masih mampu, Rasulullah SAW tidak memberikan keringanan lagi. (HR Baihaqi)

Mansur Zaadan seorang tabiin mengkhatamkan setiap hari di waktu Zuhur dengan Asar. Sekali lagi pula pada waktu Maghrib dengan Isyak.

Imam Syafiee mengkhatamkan 60 kali sepanjang Ramadhan.

PERTAMA

Saidina Uthman khatamkan al-Quran seminggu sekali dengan satu kaedah:

Sahabat Nabi ini membahagikan surah-surah kepada 7 bahagian. Dimulakan pada Jumaat malamnya dan khatam pada khamis malamnya.

Jumaat: Surah al-Fatihah sehingga Surah al-Maidah

Sabtu: Surah al-Anam sehingga Surah al-Maidah.

Ahad: Surah Yusuf sehingga Surah Maryam.

Isnin: Surah Thoha sehingga Surah al-Qasas.

Selasa: Surah al-Ankabut sehingga Surah Shad.

Rabu: Surah Zumar sehingga Surah Rahman.

Khamis: Surah Waqiah sehinggan Surah an-Nas.

KEDUA

Cara lain, dengan memanfaatkan juz, hizb & maqra.

Jikalau kita baca 1 juz sehari; maka sebulan sudah cukup. Jika 1 hizb sehari; 2 bulan diperlukan. Jika 1 maqra sehari; 8 bulan diperuntukkan untuk khatam. Tepuk dada tanya selera. Mana yang sesuai dengan masa dan tekad usaha.

KETIGA

Kaedah yang lebih ringan untuk orang awam seperti kita, adalah membacanya semuka selepas solat.

Mudah nak ingat insyaAllah sebab kita dah set masa. Kalau kita baca satu muka setiapkali lepas solat, bermakna kita dapat baca 5 muka sehari. Bila seminggu dah sejuzu’ lebih. Sebulan dah 7 juzu lebih. Mushaf Uthmani mempunyai kurang lebih 604 mukasurat. Jika kita konsisten membaca semuka setiap kali lepas solat, InsyaAllah berjaya mengkhatamkan al-Quran selepas 4 bulan. Alhamdulillah.

Bagaimana pun cara yang kita pilih, mulakanlah dengan yang mudah. Agar kita dapat istiqamah. Ingatlah amal yang dicintai Allah ialah yang berterusan meskipun sedikit.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Di bulan Ramadhan, untuk kita kuat istiqamah, ikutilah majlis tilawah beramai-ramai. InsyaAllah tidak cepat putus asa kerana kita tidak sendirian. Bahkan pahala digandakan berkat berjemaah. Ramai dah khatam setiap tahun dengan cara paling popular ni.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak faqih (faham) sesiapa yang membaca (khatam) Quran kurang dari 3 hari.” (HR Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

RUJUKAN:

Imam al-Ghazali. Ihya Ulumiddin.

Teladani ulama, aulia kerap khatam al-Quran. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/05/561946/teladani-ulama-aulia-kerap-khatam-al-quran

Khatam sebulan sekali. http://mengajidisini.com/cara-khatam-al-quran-sebulan/

Pahala Khatam Alquran, Berapa Kali Sebaiknya Kita Khataman? https://republika.co.id/berita/qdo66b320/pahala-khatam-alquran-berapa-kali-sebaiknya-kita-khataman


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.