Captain Cold atau lebih dikenali sebagai Leonard Snart adalah musuh yang tidak asing dalam The Flash. Digelar sebagai Blue Iceman, The Man Who Mastered Absolute Zero, dan Citizen Cold mempunyai senjata yang digelar sebagai Cold Gun. Senjata kriogenik yang mampu membeku sesuatu sasaran. Dingin dan sentiasa membuat perkiraan dalam melakukan jenayah, itu adalah cara terbaik untuk Captain Cold melakukan jenayah.

Dalam sejarah supervillain, Captain Cold memegang kod etika – Code of Honor iaitu tiada dadah, tiada keganasan melampau dan tidak membunuh wanita atau kanak-kanak. Kod tersebut dipatuhi di dalam kumpulan supervillainnya – The Rogues. Dianggotai Captain Cold sebagai ketua, Trickster, Heat Wave, Weather Wizard, Golden Glider dan juga Captain Boomerang mematuhi etika tersebut. Mereka mengikut etika tersebut dengan harapan merendahkan risiko hukuman di Iron Heights Penintentiary.

Captain Cold didorong melakukan jenayah atas tiga perkara iaitu wang, wanita dan juga keinginan untuk menewaskan The Flash. Berbekalkan naluri dan Cold Gunnya, sepanjang karier jenayah Captain Cold berjaya mengubahsuai senjatanya :

  1. Cold beam yang membekukan sepantas kilat.
  2. Mencipta cold field di mana pergerakan diperlahankan.
  3. Membekukan musuh dalam keadaan sedar tanpa rasa kebas dan sakit.
  4. Menembak permukaan tanah supaya menjadi licin.
  5. Mencipta stalagmit yang tajam pada tanah untuk menyeksa musuh.
  6. Mencipta peledak ais yang mampu membeku keadaan sekeliling.
  7. Mencipta mirage melalui Cold Gun.
  8. Menggunakan suara untuk mengawal Cold Gun.

Ketika peristiwa Gorilla Warfare, Captain Cold dan The Rogues menyelamatkan tebusan yang ditangkap oleh Gorilla Grodd. Cold berjaya mencipta struktur ais yang besar bagi membolehkan Mirror Master menyelamatkan tebusan ke dalam dunia cermin. Tebusan diselamatkan setelah mereka ‘dirompak’.

Captain Cold sewaktu kecil telah dibesarkan oleh ayahnya yang kaki pukul bersama adiknya, Lisa Snart. Setiap masa mereka berdua didera dan yang sering menjadi masa ialah Cold kerana dia melindungi Lisa.

Trauma yang dialami oleh Cold menyebabkan dia mencipta Code of Honor. Konsep ini jika dilihat sebenarnya adalah untuk kepentingan peribadi. Satu Code of Honor berbeza dari kod undang-undang yang lain. Juga tersirat dan tidak jelas serta bersifat objektif. Kemungkinan pandangan setiap orang berbeza. Kebiasaannya Code of Honor mengandungi unsur seperti keberanian, kejujuran dan belas kasihan. Boleh dikatakan juga Code of Honor adalah maruah bagi seseorang.

Secara asasnya, Code of Honor adalah bertujuan untuk melindungi. Code of Honor seringkali meletakkan piawaian yang cukup tinggi untuk sesuatu kumpulan, sekiranya anda tidak dapat mencapai piawaian minimum, maka anda akan dikategorikan sebagai liabiliti untuk sesuatu kumpulan kerana tidak mematuhi Code of Honor. Seseorang yang gagal mematuhi Code of Honor juga akan kehilangan hormat dari ahli yang lain, hak untuk menghormati sebagai seseorang yang setara. Code of Honor juga diibaratkan sebagai ‘kad keahlian’. Untuk mendapatkan ‘kad keahlian’, maka anda perlu mengikuti sesuatu kriteria. Kegagalan mematuhi piawaian akan menyebabkan anda gagal menyertai kumpulan tersebut.

Tidak dinafikan lagi, Captain Cold memegang etika Code of Honor tidak boleh dikatakan sebagai satu perlambangan yang baik. Ia tidak boleh dikuatkuasakan sebagai cara hidup kerana ia dilakukan atas nama jenayah. Sejak kecil kita didedahkan dengan cara hidup yang berbeza dengan orang lain. Dan prinsip yang anda pegang selama ini mungkin adalah Code of Honor anda tanpa anda sedari. Jika prinsip yang anda pegang tidak melanggar etika dan agama, itu sudah cukup buat anda.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.