Afrika pada zaman pertengahan mempunyai sejarah yang gemilang. Saat dunia mengenali bandar-bandar besar seperti Edo, Beijing, Agra, Istanbul, Venice, dan Tenochtitlan, benua Afrika bermegah dengan Timbuktu.
Timbuktu merupakan pusat pemerintahan Empayar Mali (1240-1645 M). Kedudukannya sebagai pusat kebudayaan, keilmuan, perdagangan, dan pemerintahan dalam dunia Islam adalah setanding dengan Cordoba di Andalus dan Baghdad di Timur Tengah.
Perpustakaan-perpustakaannya menyimpan sebanyak 700,000 manuskrip dan pada zaman kemuncaknya, ia diperintah oleh raja terkaya di dunia iaitu Mansa Musa I (1312-1337 M). Sehingga hari ini, nama Mansa Musa dan Empayar Mali diingati sebagai salah satu kegemilangan Afrika.
Berganjak sedikit ke selatan, terdapat sebuah lagi kerajaan yang tidak kurang hebatnya iaitu Kerajaan Kongo (1390-1914 M). Wilayah naungannya merangkumi negara Angola, Republik Demokratik Congo, dan Republik Congo. Dengan populasi seramai 2 juta orang, Kerajaan Kongo menempa kekayaan menerusi perdagangan gading, tembaga, garam, kulit lembu, dan h.am.ba sahaya.
Perdagangan ha.mba secara khusus mengalami pembelonan selepas berlaku interaksi dengan Portugal. Portugal pada pertengahan kurun ke-15 sememangnya sedang sibuk meneroka pantai barat dan selatan Afrika dalam rangka mencari jalan laut ke India. Sebelum Bartolomeu Dias men.awa.n Tanjung Harapan pada 1488, Portugal sudah pun menghantar beberapa ekspedisi awal.
Contohnya pada 1469-1472, mereka menjumpai Pulau São Tomé dan Pulau Principe yang berjarak kira-kira 200 km dari pantai paling di Afrika. Penemuan tersebut memacu interaksi antara Portugal dan Kerajaan Kongo, dengan mubaligh Kristian mula memasukinya sekitar tahun 1491. Semenjak itu, raja-raja Kongo mula menukar agama. Raja pertama yang berbuat demikian ialah Raja Affonso I (1506-1543).
Katolikisme kemudian dijadikan agama rasmi golongan atasan. Pusat pemerintahan juga ditukar nama menjadi San Salvador. Gereja-gereja dibina dan Affonso malah menerima kelulusan dari Paus untuk melantik paderi Kongo yang tersendiri. Hari ini, agama Kristian menjadi agama dominan di Angola dan Republik Demokratik Congo dengan peratusan masing-masing adalah 79% dan 95% dari populasi keseluruhan.
Menerusi interaksi sedemikian, berbagai-bagai inovasi dan komoditi dibawa masuk ke Kongo. Antaranya termasuklah kain kapas, sutera, cermin kaca, dan tanaman-tanaman dari benua Amerika seperti jagung, ubi kayu, dan tembakau di samping teknologi sen.ja.ta api.
Hubungan tersebut bagaimana pun mula renggang apabila Portugis mula menunjukkan belang. Mereka bukan sekadar mengeks.ploi.tasi lombong-lombong tembaga milik raja Kongo, malah turut melakukan s.era.ngan dan penc.uli.kan ke atas populasi tempatan bagi mendapatkan bekalan h.am.ba sahaya – tidak lagi menerusi urus-niaga seperti biasa.
Perubahan sikap ini berkesinambungan dari penemuan Brazil yang dilakukan secara tidak sengaja oleh seorang peneroka Portugal bernama Pedro Álvares Cabral. Penemuan Brazil bererti Portugal memperoleh satu lagi koloni untuk dieks.ploi.tasi sumber alamnya. Tanah Brazil yang luas lantas dikhususkan untuk tujuan penanaman tebu. Untuk mengusahakannya, banyak tenaga kerja diperlukan justeru ha.mba-ham.ba dari koloni di Afrika dijadikan s.asa.ran.
Sepanjang kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Brazil menerima seramai 4 juta orang h.am.ba dari Afrika. Jumlah tersebut adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding jumlah kemasukan ham.ba di koloni-koloni benua Amerika yang lain. Setiap kurun, pembekalnya berbeza – pada kurun ke-16 kebanyakan ha.mba datang dari Senegambia, kurun ke-17 dari Angola dan Congo, kurun ke-18 dari Benin, dan kurun ke-19 dari Yoruba.
Kemasukan ham.ba dari Afrika ini sedikit-sebanyak mengubah demografi tempatan dan ia melahirkan populasi kacukan Afro-Brazil yang mewakili hampir separuh populasi keseluruhan (sekitar 91 juta orang, menurut bancian tahun 2010). Kacukan seperti ini membawa kepada percampuran budaya dan ia jelas ketara dalam tradisi capoeira yang berasal dari ngolo.
Ngolo adalah sejenis tarian kebudayaan masyarakat Angola. Ketika ham.ba-ham.ba dari sana diangkut ke Brazil, tarian ngolo turut dibawa bersama. Ia kemudian dikembangkan menjadi satu seni bela diri, terutama oleh ham.ba-ha.mba yang melarikan diri dari ladang lalu membuka petempatan mandiri (disebut quilombo) di ceruk hutan atau di pergunungan.
Antara quilombo terbesar ialah Palmeras, yang menampung seramai 10,000 orang ham.ba. Dari quilombo-quilombo sebeginilah capoeira atau versi lanjutan bagi ngolo disebarkan dan dijadikan alat pen.enta.ngan terhadap Portugis. Sedikit demi sedikit, ham.ba-ham.ba Afrika berjaya dilarikan ke quilombo berhampiran.
Lantaran keberkesanan capoeira sebagai seni bela diri, Portugis lantas mengha.ramkannya dan mengenakan h.uku.man bagi sesiapa yang mengamalkannya. Bagi mengaburi pihak atasan, ham.ba-ham.ba yang masih terikat di bawah majikan kemudian mengamalkan capoeira sebagai satu tarian dan hiburan. Dengan demikian, ia dapat terus bertahan dan memasuki fasa selanjutnya dalam sejarah.
Menjelang pertengahan kurun ke-19, pekan-pekan di Brazil mengalami urbanisasi. Populasi berkembang namun tanpa diseiringkan dengan perancangan bandar. Akibatnya, kes gelandangan meningkat. Ini ditambah lagi dengan populasi dari quilombo-quilombo yang mus.nah akibat Pe.rang Paraguay 1864-1870.
Kemiskinan, kekurangan pekerjaan, dan ketiadaan tempat tinggal akhirnya menyumbang kepada peningkatan kadar je.nay.ah dengan capoeira menjadi modus operandi utama. Justeru, ia diha.ramkan sekali lagi pada tahun 1890 – dua tahun selepas perham.baan dilupuskan di Brazil.
Walaupun diha.ramkan, capoeira masih diamalkan secara sembunyi. Menerusi usaha seorang capoeirista (pengajar capoeira) bernama Mestre Bimba yang menekankan signifikasi kebudayaan tarian tersebut berbanding sisinya sebagai sen.jata jen.ayah, akhirnya penghar.aman ke atas capoeira dibatalkan pada tahun 1937. Semenjak itu, sekolah-sekolah capoeira tumbuh pesat dan melahirkan dua aliran utama – capoeira regional (lebih konvensional) dan capoeira angola (lebih tradisional).
Tahun 1972, ia diangkat sebagai sukan kebangsaan dan pada tahun 2008, capoeira diiktiraf sebagai warisan budaya Brazil sekali gus memasyhurkannya di peringkat antarabangsa sampaikan ia diserap sebagai gaya la.wan bagi dua watak dalam francais permainan video Tekken, iaitu Christie Monteiro dan Eddy Gordo.
RUJUKAN
Borrega, Juan Goncalves. (21 September 2017). How Brazilian Capoeira Evolved from a Martial Art to an International Dance Craze. Smithsonian Mag.
Sleiman, J.Y. (1 August 2021). Capoeira: How (ditapiskan) Fought Against Their Masters. History of Yesterday.
Smith, Andrew Kingsford. (8 July 2021). Disguise in Dance: the Secret History of Capoeira. The Culture Trip.
Lunow, Clara. (15 September 2015). Capoeira – From (ditapiskan) to a National Symbol. Medium.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih