Penulis terpanggil untuk menjawab tuduhan seorang pengguna facebook ini, dimana beliau telah melaporkan satu cerita yang tidak ada kesahihan, malahan tidak masuk akal kerana subjek yang dikemukakannya adalah sangat jauh terpesong dari sumber-sumber asli yang pernah dibaca penulis.

Menurut pengguna facebook tersebut, beliau mendakwa bahawa terdapat sebuah gereja atau chapel yang dibina menggunakan tulang dan tengkorak milik umat Islam yang dizalimi selepas kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol, membuat kenyataan bahawa ia milik orang Islam yang dizalimi adalah salah. Tengkorak-tengkorak itu ada sejarahnya yang tersendiri.

SEJARAH

Apabila berbicara tentang seni reka bentuk dalaman rumah-rumah ibadat, terutamanya bagi agama Kristian Katolik, secara lazimnya pasti terdapat patung-patung simbolik keagamaan, lukisan peristiwa keagamaan yang penting, mungkin ada tingkap kaca patri yang berwarna warni dan altar atau ruang yang dibina sebagai mewakili tempat menyembah ‘Tuhan’.

Tetapi amat jarang kita dengar tentang rekaan dalaman rumah ibadat yang dihiasi dengan tulang temulang dan tengkorak manusia, bahkan mungkin bunyinya kedengaran mustahil kerana itu kan rumah ibadat?

Sebenarnya memang ada, segelintir pereka menganggap senibina di sebuah gereja chapel ini sebagai ‘kreatif’, malahan ada yang memuji mereka yang terlibat dalam merancang dan mencipta hiasan yang begitu buruk lagi menakutkan untuk sebuah chapel Katolik di Portugal.

Capela dos Ossos (yang diterjemahkan sebagai ‘Chapel of Bones’) adalah sebuah chapel yang terletak di Évora, di bahagian tengah selatan Portugal. Rumah ibadat ini mula digunakan pada abad ke-16, dan merupakan sebahagian dari Igreja Real de São Francisco (‘Gereja Diraja St. Francis’).

Chapel ini didirikan oleh pengikut Franciscans, salah satu ajaran perintah agama dalam Gereja Katolik, dan dinding dalamannya dihiasi dengan tulang dan tengkorak manusia, sesuai dengan namanya. Hari ini, Capela dos Ossos adalah salah satu monumen terkenal dan paling popular di Évora.

Sejarah Capela dos Ossos bermula pada abad ke-16. Dalam tempoh itu, terdapat sebanyak 42/43 tanah perkuburan di Évora. Ini bermaksud bahawa terlalu banyak tanah yang sangat berharga disia-siakan dan hanya dijadikan tempat mengebumikan m*yat manusia yang sudah meninggal dunia berbanding digunakan untuk kegiatan yang lebih produktif, misalnya pertanian, atau pembangunan.

Sebidang tanah ini sahaja telah digunakan hanya untuk menguburkan orang yang telah m*ti. Pada suatu hari, satu keputusan telah dipersetujui bersama bahawa beberapa lot tanah perkuburan ini harus dimusnahkan, dan digunakan kembali untuk tujuan lain yang lebih produktif.

Akibatnya, para biarawan Fransiskan pada waktu itu nekad mahu mengumpulkan sisa-sisa tulang-temulang setiap m*yat-m*yat dari perkuburan itu, kemudian mengebumikan mereka sekali lagi di tempat yang lain, agar roh-roh si m*ti itu dapat bersemadi dengan tenang.

Dalam sesetengah budaya tertentu termasuklah Islam, pemindahan tanah perkuburan dengan menggali dan mengangkut tulang sim*ti untuk dikebumikan sekali lagi di tempat lain adalah amalan yang biasa dilakukan.

Walaupun para biarawan Fransiskan boleh saja menguburkan kembali semua tulang yang digali secara senyap-senyap, namun mereka memutuskan untuk
melakukan sesuatu yang sangat berbeza.

Selama abad ke-16, Kontra-Reformasi sedang dilaksanakan di tahap ayunan secara penuh dalam struktur Katolik Eropah, pelbagai jenis sekte dan perintah agama memainkan peranan di dalamnya.

Golongan Fransiskus Évora, di atas dasar semangat Kontra-Reformasi, memutuskan untuk membawa masuk tulang-tulang dari perkuburan ke dalam buah gereja chapel di mana tulang temulang ini akan dipamerkan untuk tontonan semua orang.

Golongan Fransiskus bertindak sedemikian dengan harapan dapat memprovokasi pengunjung chapel itu untuk berfikir dan merenungkan bahawa sesungguhnya dunia dan kehidupan ini hanyalah sementara sahaja, serta mengambil iktibar terhadap nilai kerapuhan hidup manusia dan kem*tian yang tidak dapat dielakkan.

Ia secara tidak langsung memberikan mereka satu lagi kaedah terbaru menangani masalah sosial kerana sebelum itu mereka amat bimbang melihatkan kejatuhan nilai-nilai sosial penduduk di kota tersebut.

SIAPA PEMILIK TULANG-TULANG INI?

Difahamkan bahawa reka bentuk Capela dos Ossos ini pada asalnya diilhamkan dari gereja San Bernardino alle Ossa di Milan, Itali, gereja yang amat terkenal dengan hiasan tengkorak.

Untuk membina Capela dos Ossos, kira-kira 5000 m*yat digali dan dikeluarkan, kemudian digunakan oleh golongan Fransiskus untuk menghiasi dinding di chapel.

Jika kita yang tiada kena mengena dengan mereka ini tiba-tiba mahu menjadikan orang Islam sebagai ‘mangsa’ kezaliman, mereka sendiri juga ada kisah-kisah mereka sendiri, malahan ada yang lebih tahyul daripada kita.


Menurut legenda, tulang-tulang ini merupakan milik anggota tentera yang m*ti dalam pertemp*ran besar, atau rakyat yang terkorban kerana wabak.

Namun hakikatnya, tulang-tulang ini hanyalah milik orang-orang biasa yang dikebumikan di perkuburan asal yang kemudian dibangunkan padq abad pertengahan di Évora. Tulang dan tengkorak mereka ini disusun dalam pelbagai corak dan bentuk.

Selain tulang, terdapat beberapa ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan di Capela dos Ossos. Salah satu darinya adalah penulisan yang dipercayai memiliki mesej tersirat yang dipaparkan di chapel.


Tulisan yang paling terkenal di sini boleh pada bahagian atas pintu masuk chapel, ia dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang memasuki melalui pintu hadapan. Mesej yang ditulis dalam bahasa Portugis ini berbunyi
“Nós ossos que aqui estamos, pelos vossos esperamos”, dan diterjemahkan sebagai ‘Kami pemilik tulang temulang berada di sini menunggu tulang anda’.

Satu lagi perkara lain dalam Capela dos Ossos yang menguatkan lagi rasa ingin tahu adalah dua m*yat yang telah pun dikeringkan, satu m*yat orang dewasa, dan satu lagi adalah seorang kanak-kanak, kedua-duanya berada dalam kedudukan tergantung pada tali yang disangkut pada dinding.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kedua-dua individu ini. Menurut salah satu dari versinya, kedua-dua m*yat itu adalah milik seorang wanita dan anaknya. Mereka dikatakan telah disumpah oleh orang yang berkuasa sehingga m*yat mereka tidak diterima bumi semasa hendak disemadikan selepas mereka meninggal dunia, dan akhirnya mereka ditempatkan di chapel tersebut.

Manakala menurut kisah yang lain, m*yat dewasa itu adalah milik seorang lelaki yang berzina, dan anak itu adalah anaknya yang baru dilahirkan dimana kedua-duanya disumpah oleh isterinya yang marah.

IKLAN: Klik gambar untuk terus ke Shoppee kami bagi buat pembelian.

Anehnya, ini bukan satu-satunya rumah ibadat yang dipenuhi dengan tulang manusia yang terdapat di Portugal. Satu lagi terletak di selatan Faro yang juga dihiasi dengan tengkorak manusia mengikut cara yang sama tetapi hanya dengan menggunakan tulang-tulang milik para biarawan dan boleh dikatakan ia jauh lebih mengerikan dari banyak-banyak gereja tengkorak.

RUJUKAN:

A Capela Dos Ossos in Évora, Portugal : https://youtu.be/7Ly1oDE9Tkg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.