Hari demi hari, berita tentang bunuh diri atau cubaan bunuh diri makin kerap kedengaran di dalam negara kita. Di samping kita mempersoal apakah yang membuatkan mereka membunuh diri, pernahkah kita terfikir bagaimana cara yang kita boleh guna untuk membantu mereka? Di sini saya akan berkongsi caranya.

“Carilah mayat aku”

“Aku rasa putus asa”

“Hidup aku ni semakin tidak bermakna”

“Hari ini hari terakhir kita berjumpa”

“Aku dah tak mampu nak tanggung semua bebanan ini”

Ingat, kata-kata begini semua adalah satu ‘red flag’. Ya, ia amaran untuk kita! Jika ada seseorang yang meluahkan perasaan begini pada kita, jangan sesekali abaikan dan biarkan dia keseorangan. Cuma orang yang dipercayai sahaja akan menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. Dalam keadaan ini, idea-idea membunuh diri itu datang bertali arus ke dalam kepala mereka.

Mereka juga ketika ini sangat tidak stabil untuk berfikir secara rasional, lebih-lebih lagi dalam hal membuat keputusan. Jika kita anggap luahan mereka itu cuma satu gurauan atau ‘main-main’ dan biarkan mereka tanpa bimbingan, kita sebenarnya sudah meletakkan mereka di dalam keadaan yang amat bahaya. Ya, mereka perlukan kita. Semua luahan keinginan membunuh diri perlu diambil serius. Jangan ambil risiko untuk fikirkan kemungkinan lain kerana ini melibatkan nyawa seseorang.

Antara perkara yang perlu kita elakkan adalah jangan sesekali kita mempersoal tahap keimanan mereka. Kita takkan dapat tahu tahap keimanan seseorang. Tidak dinafikan ada kes bunuh diri yang berpunca dari rasa putus asa pada Tuhan. Tetapi, masih ada satu lagi sudut yang perlu kita bincangkan, iaitu dari sudut kesihatan mental mereka. Isu bunuh diri ini isu sensitif, terutama bagi orang Islam. Jadi, kita perlu bercakap hal ini dengan perbincangan yang paling kritikal, perlu diperhalusi dari semua perspektif. 

Kalau boleh biarlah kita bersangka baik terlebih dahulu, bantu mereka keluar dari masalah dan bantu buang keinginan mereka untuk membunuh diri, apabila mereka sudah stabil, barulah adil jika mahu bicara hal keimanan mereka. Elakkan menjadi terlalu keras, gunakan kaedah yang lebih hikmah.  

Tuan-tuan, orang yang normal emosinya tidak sesekali akan bercakap tentang keinginan untuk mati, sama ada kata-kata itu secara ‘direct’ atau ‘indirect’. Apakah orang yang ada keluarga sempurna emosinya tanpa sebab akan luahkan keinginan untuk mati? Tidak. Itu tidak logik.  

Seperti saya saya katakan di atas, dalam kes ini, apabila seseorang meluahkan keinginan membunuh diri, tanpa ragu lagi kita wajib mengesyaki beliau sedang mengalami ketidakstabilan emosi atau kecelaruan psikologi (mental). 

Di sini saya ingin berkongsi kaedah yang betul untuk membantu mereka.   

Ingat 5 huruf ini, C-A-K-N-A 

  1. Cari

Cari maklumat atau yang berkaitan dengan masalah mereka. Sebagai contoh, jika mereka menyatakan hasrat untuk mati, cari maklumat bagaimana cara untuk membantu mereka. Dapatkan maklumat dari inte net, rakan-rakan atau hunungi 999

  1. Ambil Tahu

Jangan biarkan mereka atau pesakit keseorangan! Jika mereka sudah nyatakan hasrat untuk mati, anda perlu ambil tahu perubahan emosi mereka dari semasa ke semasa

  1. Komunikasi

Rata rata mereka yang mengalami ketidakstabilan emosi atau kecelaruan emosi amat ‘fragile’. Jangan sesekali bandingkan situasi mereka dengan sesiapapun. Jangan marah, hina dan yang paling penting jangan tuduh mereka kurang iman. Di dalam keadaan kecelaruan psikologi begini, orang yang paling warak pun boleh hilang fungsi kewarasan akal dan boleh hilang pertimbangan. Cari kaedah berkomunikasi yang betul, banyak sumber di internet.

  1. Nilai

Untuk mengenalpasti tahap risiko seseorang yang berpontensi membunuh diri, ia tidak memerlukan kita untuk menjadi psychiatrist atah psychologist, orang biasa juga boleh menilai jika kita tahu caranya. Andai seseorang meluahkan keinginan untuk membunuh diri, tanya dia apa rancangan dia untuk membunuh diri. Jika dia dapat jelaskan dengan tertib dan tersusun semua rancangan dia seperti apa alat untuk di bunuh diri hari itu, dia mana dia akan lakukan,bila dia akan lakukan, itu bermakna dia sangat serius dan ia adalah satu amaran kepada kita.

  1. Ajak

Apabila kita sudah menilai tahap risiko mereka, kita perlu ajak mereka untuk dapatkan rawatan dan bantuan profesional. Seseorang yang rapat perlu berkomunikasi dengan baik dan pujuk mereka. Jika keadaan mendesak, bawa mereka ke jabatan kecemasan di hospital. Tahap keutamaan itu perlu dinilai oleh kita. Jika tidak terlalu serius, bawa ke klinik kesihatan, pusat kaunseling atau klinik psikiatri.  

Semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan kita semua tentang kaedah yang betul untuk membantu mereka yang disyaki mengalami kemurungan, ketidakstabilan emosi atau kecelaruan psikologi. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak kelahiran Taiping ini bercita-cita untuk melihat Malaysia sebuah negara yang rakyatnya sihat dari sudut mental dan psikologi. Berkelulusan Diploma Pembantu Perubatan. Ingin menjadi seorang Psikologis di masa akan datang, beliau kini sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di UKM. Beranggapan setiap orang perlu ketawa jika ingin memiliki mental yang sihat. Pencetus page Si Rashid.

Comments are closed.