Hari demi hari, kita sering dikelirukan dan tertanya-tanya bilakah sebenarnya Islam datang ke Alam Melayu. Adakah benar hanya pada abad ke-15 sahaja Islam mula masuk apabila wujudnya Melaka, Acheh dan Bentan? Adakah masyarakat Melayu mula masuk Islam semasa kejatuhan kerajaan Majapahit? Tidak. Sebenarnya Islam sudah berada di Alam Melayu semenjak kerajaan Srivijaya masih ada lagi.
Walaupun Islam begitu mendominasi di negara-negara Asia Barat, namun begitu ianya kelihat begitu samar-samar dalam membawa pengaruh ke dalam masyarakat di Srivijaya. Namun begitu, dalam cacatan sejarah pengembara-pengembara Islam dari Tanah Arab sudah sampai ke Srivijaya semasa abad ke-7 Masihi lagi.
Ianya dibuktikan dengan catatan pengembara dari China pada tahun 674 Masihi melihat sudah ada penempatan masyarakat Arab Islam di kawasan persisiran pantai di kawasan kepulauan. Walaupun wujud perselisihan faham waktu sebenar kadatangan Islam seperti kata Mufti Johor, Syed Alwi yang menyatakan Islam sudah sampai zaman Amirul Mukminin Uthman Bin Affan, namun majoriti pengkaji menyatakan sememangnya Islam sudah ada sekitar abad ke-7 pada zaman pemerintahan Yazid Bin Muawiyah, zaman Bani Ummaiyah. Kedatangan mereka telah membawa serba sedikit perubahan kepada srtuktur pemerintahan, ekonomi dan sosial di Srivijaya.
1. POLITIK
Semasa kemerosotan kerajaan Srivijaya, kedatangan pengaruh Islam mula bertapak namun pada skala yang kecil. Kedatangan mereka tidaklah membawa pengaruh yang besar sebagaimana gama Hindu-Buddha. Srivijaya dinyatakan sebagai sebuah kerajaan pelopor kepada penyebaran agama Buddha di seluruh Sumatera dan Tanah Jawa sehingga di Minagkabau.
Namun begitu, Islam dilihat pada ketika itu hanya dari sudut hubungan diplomasi antara kerajaan Srivijaya dan Bani Ummaiyah ketika itu. Buktinya dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz di mana seorang raja dari Srivijaya iaitu Sri Indravarman mengutuskan surat kepada Umar atas urusan penyebaran agama Islam ke Srivijaya. Ibnu Abd Rabbih menyatakan bahawa surat itu berbunyi:
من ملك الأملاك الذي هو ابن ألف ملك, والذي تحته ابنة الف ملك, والذي في مربطه ألف فيل, والذي له نهران ينبتان العود والألوة والجوز والكافور, والذي يوجد ريحه على مسيرة اثني عشر ميلًا, إلى ملك العرب الذي لا يشرك بالله شيئًا.
أما بعد, فإني قد بعثتُ إليك بهدية, وما هي بهدية ولكنها تحفة, قد أحببتُ أن تبعثَ إليَّ رجلا يعلمني ويفهمني الإسلام.
Maksudnya: Daripada raja sekalian para raja yang juga adalah keturunan ribuan raja, yang isterinya pun adalah cucu dari ribuan raja, yang tamannya dipenuhi dengan ribuan ekor gajah, yang wilayah kekuasaannya terdiri dari dua batang sungai yang mengairi tanaman gaharu, rempah wangi, pokok pala dan kapur barus yang bau keharumannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya.
Kepada Raja Arab (Umar Bin Abdul Aziz) yang tidak menyembah tuhan-tuhan lain selain Tuhan yang satu. Aku telah mengirimkan kepada engkau hadiah( buku) sebagai tanda persahabatan. Aku harap sudi mengutuskan seseorang untuk menerangkan ajaran Islam dan segala hukum-hukumnya kepadaku.
Walaupun di dalam penulisan tersebut ianya ditulis sebagai seorang pemerintah dari Wilayah Hindu, tetapi pendapat S.Q. Fatimi menyatakan bahawa yang menulis itu sebagai penguasa dari Srivijaya, bukannya dari Wilayah Hindu. Beliau juga menyatakan bahawa raja Srivijaya yang mengutuskan surat tersebut merupakan Sri Indravarman serta wilayah yang dinyatakan dalam surat tersebut adalah wilayah Muara Takus. Sebagai balasan, Umar bin Abdul Aziz mengutuskan ulama’ Islam ke Srivijaya di zaman pemerintahan beliau.
Walaupun wujudnya surat di atas seperti menunjukkan ada bukti bahawa Islam sudah bertapak di Srivijaya pada abad ke-8 Masihi, namun tiada sebarang pembuktian bahawa Srivijaya merupakan negara Islam secara keseluruhan. Ianya juga tidak dapat dipastikan apakah pengaruh Islam yang sebenar-benar tersebar dalam masyarakat Srivijaya dari sudut politik selain adanya hubungan diplomatik diantara kedua-dua buah negara.
2. EKONOMI
Dari sudut perkembangan ekonomi, kerajaan Srivijaya menerima pengaruh daripada kedatangan Islam ke alam mereka amat sedikit sekali. Semasa perkembangan Islam di Asia Barat sewaktu zaman kerajaan Abbassiyah, pemerintahan serta perkembangan ekonomi umat Islam telah sampai ke negara China. Perhubungan diantara kerajaan China dengan Abbassiyah begitu utuh menyebabkan laluan perdagangan di Selat Melaka menjadi tumpuan kepada para pedagang.
Para pedagang ketika itu walaupun dikhabarkan sudah memiliki kawasan mereka tersendiri di kawasan persisiran pulau Srivijaya, namun begitu mereka lebih gemar untuk meneruskan perjalanan mereka ke Canton, Tiongkok. Hamka perbendapat bahawa orang-orang Arab telah meletakkan sendi-sendi daerah perniagaan mereka pada beberapa kepulauan Melayu pada masa itu, sebagaimana yang mereka lakukan di tempat-tempat yang lain di masa-masa permulaan itu.
Walaupun begitu, keadaan masyarakat di Srivijaya ketika itu tidak menerima kedatangan Islam secara keseluruhan. Hal ini menyebabkan tidak ada pengaruh-pengaruh yang kukuh dapat dilihat. Namun begitu, wujudnya kerjasama ekonomi diantara kedua-dua kerajaan dan terdapat beberapa kota perlabuhan yang dapat dilihat menarik perhatian para perdagang ini ke Srivijaya. Antaranya adalah Zabaj, Palembang dan Kalah, Utara Malaysia.
BIBLIOGRAFI
F.M. Schnitger,1964, Forgotten Kingdoms in Sumatera, Museum of Palembang.
Hamka, 1981, Dari Perbendaharaan Lama ,Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Hamka, 2016, Ayahku, PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Hamka, 2016, Sejarah Umat Islam, PTS Publishing House Sdn. Bhd, Selangor.
Nik Hassan Shuhaimi & Zuliskandar Ramli, Hubungan Asia Barat dengan Alam Melayu Berdasarkan Bukti Arkeologi Abad ke-9 hingga ke-14, diakses pada [13 December 2019]
الفقية أحمد بن محمد الأندلسي, 328, العقر الفرير, المكتبة العصرية
Artikel dikirimkan oleh Shaikh Afiq untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih