Pengislaman rakyat Jerman moden boleh kita kesan dari Perang Dunia I. Pernah tengok gambar ada imam Palestin yang edar risalah Islam pada tentera diorang? Kalau perasan, Jerman dengan Turki Uthmaniah bersekutu dalam Central Powers. Hari ini, lebih puluhan ribu muallaf baru lahir di Jerman.

“Islam juga kini menjadi sebahagian daripada Jerman,” ni ucapan Presiden Jerman tahun 2010. Cakap sikit ni je, majalah Stern terus buat karikatur ejek dia. Mana diorang boleh terima. Pasal Jerman ni tradisi diorang Judeo-Kristian.

Lepas kalah perang terutamanya setelah Perang Dunia II, diorang perlukan buruh ramai untuk bangunkan balik negeri yang dah jadi padang jarak padang tekukur. Mana diorang import buruh? Turki la. Kan dah ada sejarah diplomasi lama. Sejak tu, komuniti muslim Turki berkembang di Jerman ditambah polisi kerakyatan tahun 2000 yang lebih terbuka.

Tembok yang memisahkan Jerman Timur dengan Jerman Barat runtuh pada November 1989.

Sehubungan dengan itu, masuk Islam bagi orang Jerman Timur membawa makna pembebasan. Pasal dulu kan Jerman Timur tu komunis yang tak percayakan Tuhan. Jadi pada diorang, bila masuk Islam dan percayakan Tuhan ni, takde dah dikotomi Jerman Timur atau Barat. Cuma ada warganegara Jerman yang muslim. Bebas daripada dogma komunis. Kalau korang tengok sudut ni, diorang angkat enlightenment macam Immanuel Kant: Aufklarung yang menyokong toleransi.

Kita lahir kat Malaysia untung la. Lahir-lahir dah Islam. Kalau kat Jerman sana, diorang berhadapan Islamofobia dan xenofobia. Dipanggil pembelot dan musuh dalam selimut tu biasa. Kalau ingat lagi, kan karikatur yang hina Islam banyak dari Jerman. Jika di Malaysia ada salah faham yang cakap masuk Islam tu masuk Melayu, kat Jerman sana ada tuduhan kata masuk Islam tu masuk “Timur”. Orang Jerman anggap bangsa diorang la paling superior dan rasional, tak perlu follow yang lain.

Tahun 2021, ALJAZEERA melaporkan muslim di Jerman berjumlah 5.5 juta.

Rujukan:

Esra Ozyurek. Kekal Jerman Menjadi Muslim.

Selain daripada Jerman, ada masyarakat eropah lain yang menerima pengaruh Islam dari Turki. Bosnia-Herzegovina, negeri eropah di zon Slavik yang pernah diduduki Turki Uthmaniah selama lebih 400 tahun. Kenalinya dengan lebih dekat dalam Hujan Emas Di Tanah Slavik. Dapatkan di https://thepatriots.store/store/books/sejarah-dunia/hujan-emas-di-tanah-slavik/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply