“Semasa aku diberikan tawaran untuk berlakon dalam ‘Rise of the Planet of the Apes’, aku sentiasa memainkan Caesar sebagai watak manusia dalam tubuh beruk.”

– Andy Serkis

Dua filemnya iaitu ‘Dawn’ dan ‘War’ memaparkan peperangan antara beruk dan manusia. Kedua-duanya mempunyai motif yang sama iaitu kelangsungan hidup.

Menariknya waktu manusia diancam kepupusan, kemanusiaan manusia turut diancam kerana ditelan ketakutan.

Tapi, dalam kalangan beruk pun begitu. Sewaktu Koba memimpin kerajaan beruk, dia menyerang manusia kerana takut manusia menghapuskan mereka.

Caesar ini adalah satu-satunya watak yang menhidupkan kemanusiaan pada waktu krisis dan ketakutkan.

Pada masa krisis, orang sanggup buat apa saja untuk memastikan dirinya selamat. Pada waktu takut, orang sanggup membunuh untuk meneruskan hidup.

Kedua-dua kumpulan sama ada dari beruk mahu pun manusia, sanggup membelot keluarga sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Winter sanggup mendedahkan tempat persembunyian Caesar untuk memastikan dirinya selamat dan Kolonel sanggup membunuh anak sendiri untuk kelangsungan hidup juga.

Banyak konflik yang timbul, Caesar menunjukkan sifat yang sangat mulia dan rasional sebagai seorang pemimpin.

Walaupun ada manusia yang membunuh rakyatnya, Caesar tetap berfikiran tidak semua manusia begitu.

Caesar sangat terbuka dalam perbincangan. Dia seorang pendengar yang bagus. Dia membuka semua jenis idea-idea yang dilontarkan, kemudian barulah dia membuat keputusan.

Ini tak berlaku dalam kawanan beruk saja, malah dalam kalangan manusia sendiri. Malah, dengan musuhnya pun Caesar berikan peluang untuk memberikan penjelasan sebelum mebuat apa-apa keputusan.

Caesar dambakan keamanan. Dalam filem yang kedua dan ketiga, dia sampaikan mesej kepada manusia bahawa dia tak mahukan peperangan.

Dia berikan belas kasihan pada tawanan. Lepaskan tawanan untuk sampaikan mesej.

Tapi Caesar tetap bertegas. Kalau mesej keamanan itu diabaikan, dia tetap bersedia untuk berperang.

Dia dihormati dalam kalangan beruk. Dia ditaati bukan kerana ditakuti, tetapi kerana karisma dan hormat.

Dalam belas, dia tunjuk juga tahap ketegasan. Pada waktu ada beruk mahu melawan perintahnya, dia akan betul-betul tegas.

Caesar menunjukkan sifat apa yang Aristotle panggil sebagai ‘courageous’. Apa yang dipanggil sebagai pemimpin yang ‘virtue’.

Aku tak guna perkataan keberanian untuk ‘courageous’ sebab maknanya tak membawa konsep yang betul.

Individu yang ‘courageous’ mempunyai kepekaan dan sensitiviti yang jitu untuk mengenalpasti tindakan apa yang sesuai. Tidak terlalu berani dan tidak pula pengecut.

Caesar seorang yang berani, tapi dia juga ada belas untuk memastikan keberanian itu tidak membahayakan orang lain.

Dia menunjukkan kebijaksanaan yang praktikal (practical wisdom).

Pada aku, dia sayangkan komuniti beruk. Dia tak sanggup beruk-beruk ini mati dibunuh walaupun mereka boleh lawan manusia semula.

Caesar sangat mementingkan rakyatnya pada waktu manusia lebih mementingkan periuk nasi sendiri. Dia ambil peka akan keadaan rakyatnya.

Masa waktu semua beruk ditangkap di kem tentera, dia bangun untuk membela rakyatnya yang tak diberikan makan dan minum untuk buat kerja.

Waktu nak melarikan diri, dialah beruk yang terakhir yang melarikan diri daripada kem. Dia nak pastikan semua rakyatnya berjaya melarikan diri daripada kekejaman manusia.

Masa waktu krisis ini, Caesar cuba untuk menanamkan kemanusiaan. Pada waktu kepupusan ini, Caesar cuba untuk mengembalikan semula kehidupan yang lebih bertamadun.

“Apes Together Strong.”
– Caesar


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply