Dunia fana yang kita huni ini mengandungi pelbagai misteri yang belum terjawab termasuk makhluk-makhluk kriptozoologi. Tanyalah sesiapa, mesti ada tertanya-tanya perihal makhluk sebegini seperti Bigfoot , Yeti, raksasa Tasik Loch Ness atau cacing kem4t1an Mongolia. Dalam kes cacing yang dikatakan heboh dalam kalangan warga tempatan ini, ia terus mengundang misteri sehingga hari ini.

Mengikut gambaran penduduk nomad Mongolia, cacing ini dikatakan bersaiz besar sekitar satu meter, berwarna merah terang dan menghuni kawasan selatan Gurun Gobi. Bagaimanapun, di sebalik keterangan ramai saksi, cubaan ramai pakar mengesahkan kewujudan makhluk ini sentiasa berakhir dengan kegagalan.

Selain itu, sesetengah keterangan saksi menggambarkan cacing ini mempunyai mulut terbuka dengan gigi taring menghala ke dalam. Ada juga menggambarkan cacing kem4t1an ini mempunyai tanduk yang tajam, berupaya menyembur asid dan mengeluarkan cas elektrik daripada badan. Cacing ini boleh keluar daripada pasir secara mengejut untuk mendapatkan makanan seperti rodensia dan unta serta manusia!

Jadi, bagaimana Olgoi-Khorkhoi (nama panggilan orang tempatan) mendapat penampilan warna merah berdarah sebegitu rupa? Menurut legenda, penampilan sebegitu diraih selepas cacing ini meninggalkan telurnya dalam perut unta-unta yang dimakannya. Justeru, tidak hairanlah maksud sebenar Olgoi-Khorkhoi ialah cacing usus besar.

Minat pengkaji antarabangsa terhadap spesies kriptozoologi ini timbul selepas ia disebut dalam buku yang dikarang ahli paleontologi Roy Chapman Andrew pada tahun 20-an. Walau bagaimanapun, tidak ramai tahu Andrew sendiri meragui kewujudan cacing bersaiz sebegitu rupa di Gurun Gobi dan menganggap ia sekadar mitos penduduk tempatan.

Rajah 1: Gurun Gobi

Bagaimanapun, itu tidak menghalang ramai pakar dari mencuba. Pakar kriptozoologi Czech Ivan Mackerle menganggap cacing tersebut sebagai wujud dan memberi gambaran lebih terperinci dalam bukunya Mongolské záhady (Misteri Mongolia) walaupun mengakui tidak pernah melihatnya secara nyata:

“Cacing seperti sosej dengan panjang separuh meter, tebal seperti lengan manusia dan menyerupai usus lembu. Kulitnya bertindak seperti rangka luar, mencairkan sesiapa yang cuba meny4kitinya. Ekornya pendek seperti dipotong tetapi tidak runcing. Sukar nak membezakan mana satu kepala, mana satu ekor kerana ia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut yang nyata,”

Rajah 2: Cicak amphisbaenid

Bagi pakar biologi British Dr Karl Shuker, beliau mempunyai beberapa teori tentang makhluk di sebalik cacing kem4t1an Mongolia itu. Walaupun tidak pernah melihat cacing tersebut, beliau merasakan cacing itu mirip kepada seekor cicak tanpa anggota badan bernama amphisbaenid yang tinggal di negara-negara beriklim panas.

Rajah 3: Ular D34th Adder

Ada pula yang mengatakan cacing sebegini lebih mirip kepada ular D34th Adder yang tinggal di Australia dan New Guinea. Ini kerana ciri fizikal cacing itu hampir sama dengan ular sebegini dan D34th Adder berupaya menyembur bisa dalam jarak beberapa kaki.

Walaupun dianggap mitos oleh pengkaji dan komuniti saintifik, bagi penduduk nomad Mongolia yang tinggal di Gurun Dobi, 4nc4man cacing sebegini tetap tidak dipandang remeh. Justeru, bagi para pengembara dan pengkaji yang bekerja di situ, mereka seharusnya tahu walaupun ia masih dianggap misteri, ia masih lagi satu lagi haiwan berb4h4ya yang menghuni gurun berkenaan.

RUJUKAN:

Leafloor, Liz. (2019). Searching for the Terrifying Mongolian Death Worm. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/finding-legendary-mongolian-death-worm-001973


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.