Ini bukan isu ‘tersilap bintang’. Ini dikira tersilap bendera terus. Sebab dalam gambar tu, memperlihatkan bendera dengan bintang pecah 5 dan 11 jalur.

Bendera begitu sebenarnya memang wujud dalam sejarah. Selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengadakan pertandingan mencipta bendera negara dengan persetujuan Majlis Raja-Raja pada tahun 1949. 373 reka bentuk telah dipertandingkan. 3 bendera dipilih bagi undian akhir.

Bendera pertama adalah bendera biru dengan dua keris merah bersilang dikelilingi 11 bintang putih secara bulatan. Bendera kedua adalah bendera biru dengan dua keris merah bersilang dikelilingi 11 bintang putih secara berbintang. Bendera ketiga adalah rekaan Mohamed bin Hamzah. Beliau menghantar dua rekaan iaitu bendera hijau dengan keris biru dikelilingi 15 bintang putih dan bendera 11 jalur biru putih dengan gabungan unsur bendera Turki Uthmaniyyah di sisi. Namun, bendera kedua beliau dipilih sebagai cadangan ketiga bendera negara.

Bendera rekaan Mohamed bin Hamzah diundi sebagai pemenang dengan sedikit pindaan awal. Sultan Kedah mencadangkan bintang berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan Raja-Raja Melayu. Kemudian, jalur ditukar menjadi Merah Putih bagi melambangkan unsur Nusantara. Kemudian, sekali lagi pindaan dilakukan dengan bintang pecah lima diganti menjadi bintang pecah 11 kerana tatkala itu logo bintang pecah lima amat sinonim dengan Komunis.

Bendera selepas pindaan ini mula digunakan pada 1950. Maka, bendera rasmi bagi kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 adalah dengan bintang pecah 11 dan 11 jalur sebagai lambang jumlah negeri dalam Tanah Melayu. Tapi dengan kemasukkan Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, bendera negara sekali lagi dipinda menjadi bintang pecah 14 dan 14 jalur.

Bahkan nama negara pun bertukar dari Tanah Melayu (Sebutan British : Malaya) menjadi Malaysia, yang turut membawa erti ‘Tanah Melayu’ menurut suffix Latin/Greek (Malay + sia/σία). Walaupun Singapura berpisah dengan Malaysia pada 1965, namun ciri bendera ini tetap dikekalkan dengan bucu bintang dan jalur ke-14 diwakili oleh Wilayah Persekutuan pada 1974. Kemudian pada 1997, bendera ini dinamakan sebagai Jalur Gemilang.

Walaupun bendera yang ‘dikibarkan’ dalam program anjuran MABA ini memang wujud dalam sejarah, namun ianya telah lama tidak digunakan. Bahkan, kalau kita Google ‘Bendera Malaysia’, yang keluar pastinya gambar bendera dengan bintang pecah 14 dan 14 jalur. Oleh itu, kesilapan ini sangat tidak masuk akal. Bendera dalam program MABA itu bukan gambar statik copy and paste, tetapi gambar bergerak yang pastinya melalui proses ‘design animation’ terlebih dahulu. You dulu di sekolah rendah tak belajar subjek Kajian Tempatan kah?

Macam mana boleh silap? Hanya 3 kemungkinan iaitu :-
1) Tukang design dan penganjur bukan rakyat Malaysia.
2) Mereka rakyat Malaysia tetapi berniat khianat.
3) Mereka rakyat Malaysia tetapi bodoh.

Untuk bersangka baik, kita anggaplah mereka ini bodoh kerana itulah sangkaan paling minima. Kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Dah la permintaan maaf hanya ditulis ringkas dalam Facebook tanpa menggunakan bahasa kebangsaan. MABA Caca Marba!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.