Jika kita tidak reti sejarah sendiri, maka kita berkemungkinan besar membawa aura bangsat dalam diri dan keluarga malah masyarakat dan negara. Kebengongan kita boleh membahayakan nasib satu bangsa dan generasi ke generasi seterusnya.
Seperti kes penjelajah Perancis yang bertanyakan siapakah yang membina Angkor Wat kepada penduduk tempatan sekitar abad ke-19 yang lalu, mereka menjawab, ianya dibina oleh orang luar atau para dewa dan gergasi yang hebat.
Padahal ianya dibina oleh manusia macam mereka, yang punya dua lubang hidung dan dua cuping telinga. Padahal ianya dibina oleh nenek moyang mereka, bukannya orang luar. Bila kita tidak tahu sejarah kita yang lalu, kita cenderung menghakimi sejarah kita berdasarkan nasib kita hari ini. Jika pengkaji Barat tidak membuat kajian lanjut dan rujuksilang dengan pelbagai rekod, mungkin hari ini orang Khmer hanya berpuashati Angkor Wat dibina oleh ‘orang luar’ itu dan gergasi monster yang gagah perkasa. Dan kemungkinan besar Thailand akan mengaku ‘orang luar’ itu adalah mereka. Pasti.
Kalau tidak tahu siapa bina, cepat kata ‘orang luar’ bina. Kalau tak tahu asal-usul sendiri, cepat judge diri tu asal dari sekian-sekian ‘orang luar’. Semua ‘orang luar’ yang buat. semua ‘orang luar’ yang punye. Yang dia ada hanya spende dia.
Korea Selatan tidak bina replika kapal perang Un’yō milik Jepun bagi melambangkan sejarah maritim negaranya. Korea Selatan malah memusnahkan bangunan dan struktur penjajah Jepun untuk memberi laluan kepada pembinaan semula istana-istana raja mereka. Kita di sini selalu terkagum-kagum melihat satu negara Asia yang tubuh badan mereka lebih kurang sama macam kita, yang makan nasi dan sayur-sayur boleh menjadi amat maju dan canggih kehidupan mereka, menjadi peneraju dalam perniagaan dan bioteknologi. Kita pun merasa amat ralat dan mula menyalahkan nasib mengapa kita ditakdirkan menjadi bangsa sekian-sekian dan tidak dilahirkan sebagai bangsa yang maju macam Korea.
Idiot. Masalahnya, mengapa kita tidak mengikut apa jua sikap dan langkah Korea Selatan dan negara-negara maju lain dalam memelihara SUMBER KEPADA SEGALA SEMANGAT, MOTIVASI DAN KEKUATAN DALAMAN yang memacu segala macam kemajuan dunia yang mereka kecapi hari ini?
Manusia bukan robot tiba-tiba boleh bekerja dengan penuh semangat dan dedikasi. Petik butang terus jalan. Tak. Manusia perlukan ‘battlecry’ untuk dia bekerja dan bertindak dengan penuh rasa hebat dan bangga.
Kita nak maju macam mereka tapi kita musnahkan tempat-tempat sejarah sendiri. Kita nak maju macam mereka tapi kita bina replika keagungan bangsa asing yang menjajah kita malah ada yang tidak ada kena mengena dengan kita. Kita nak maju macam mereka tapi kita kedekut nak support pembangunan sejarah di negara kita. Adakah kita cacat atau terencat akal dari kecil? Kenapa pemikiran kita tak sama macam mereka? Mengapa kita suka kondem sejarah sendiri tetapi mereka tingkat dan naikkan sejarah mereka sampai satu dunia tahu. Adakah kita masih kurang matang dan kebudak-budakan manakala mereka sudah matang dan bersikap dewasa?
Maka layaklah mereka maju dan jauh mengatasi kita dan kita masih begini.
~Srikandi
Rentaka Sekalian Bijasura
Foto: Kerja-kerja pemuliharaan Gwanghwamun, gerbang utama istana Gyeongbok di Korea Selatan. Ketika penjajahan Jepun, pihak Jepun telah mengarahkan kompleks istana ini dimusnahkan secara sistematik bagi menghilangkan simbol Dinasti Joseon dan kebanggaan orang Korea kepada warisannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
Bila nak hapuskan a famosa di melaka