25 juta tahun yang lalu, binatang persis helang yang diberi nama saintifik Archaehierax sylvestris dianggap raja di darat dan di langit Australia. Haiwan ini dianggap unik dan merupakan pemangsa utama jika diletakkan dalam rantaian makanan pada ketika itu.

Justeru, tidak hairanlah mengapa sekumpulan saintis merasa teruja apabila menemui fosilnya yang lengkap di sebuah stesen ternakan lembu berhampiran Tasik Pinpa di selatan Australia. Tasik ini terletak berhampiran dengan Empangan Coombalarnie, Empangan Cooraninnie dan Tasik Namba.

Pakar paleontologi Profesor Ellen Mather menerusi kajiannya dalam jurnal Historical Biology memberitahu fosil ini berasal dari era Oligocene yang berlaku antara 33.9 juta hingga 23 juta tahun yang lalu. Pada ketika itu, kawasan Tasik Pinpa yang kering dahulunya terdiri daripada kawasan tasik yang dikelilingi oleh kawasan hutan yang subur.

Dengan penemuan fosil yang hampir sempurna itu, ini menjadikan fosil Archaehierax ini sebagai antara yang tertua dan paling terpelihara yang dikaji oleh saintis. Haiwan persis burung helang ini menjadikan haiwan-haiwan seperti koala, posum dan burung flamengo sebagai makanannya.

Haiwan-haiwan ini diburu Archaehierax dengan cara menyambar mangsanya dari udara menggunakan kakinya panjang. Dengan kaki berukuran 15 cm panjang, ini menjadikan haiwan sebesar anjing kecil atau kucing besar turut tersenarai dalam menu makanannya.

Profesor Mather menambah haiwan ini sedikit kecil dan kurus jika dibandingkan dengan helang berekor baji yang mewakili spesies burung helang terbesar di Australia yang masih wujud hari ini. Disebabkan ia tidak dikelaskan dalam mana-mana genera atau keluarga dan mewakili cabang keluarga burung helang yang unik, ia tidak mempunyai kaitan yang mana-mana spesies burung helang yang wujud hari ini.

Kajian terbaru ini turut menunjukkan haiwan ini mungkin mempunyai sayap yang pendek tetapi kelemahan tersebut ditampung dengan kaki yang panjang. Ini menjadikan Archaehierax lincah sebagai pemburu hendap yang berkesan. Disebabkan statusnya sebagai pemangsa utama, bilangannya sudah pasti sedikit. Ini menjadikan sebarang penemuan fosil haiwan berkenaan sebagai satu penemuan istimewa dan unik kepada komuniti saintifik.

Begitupun, di sebalik kebanyakan rekod fosil ikan paus, ikan lumba-lumba dan cetacea dari era Oligocene, ia hanya dijumpai di beberapa kawasan saja. Museums Victoria berpandangan perkara ini berlaku kerana kebanyakan fosil ditemui secara tidak sengaja dan pencarian tidak dibuat secara sistematik.

Bagi mengubah situasi ini, pembiayaan dana untuk usaha penyelidikan lanskap Australia harus mendapat sokongan semua. Ini bagi memastikan generasi seterusnya dan komuniti saintifik berpeluang melihat dan mempelajari lebih banyak penemuan baru termasuk fosil-fosil haiwan pra-sejarah seperti Archaehierax.

RUJUKAN:

Cowie, Ashley. (2021, 29 September). 25-Million-Year-Old Raptor Dominated Land and Sky At Australian Lake. Ancient-Origins.

Sumber gambar: Jacob Blokland/Universiti Flinders.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.