Dalam tradisi periwayatan Hadis, ada satu disiplin yang dinamakan sebagai Musalsal. Hadis Musalsal ini adalah hadis yang diriwayatkan dengan satu ciri unik tertentu dimana setiap perawinya akan mengekalkan ciri unik tersebut dari perawi ke perawi.
Ciri unik tersebut merangkumi dari segi persamaan yang terdapat pada latar belakang perawi, persamaan perkataan atau perbuatan perawi dan persamaan sifat atau cara periwayatan itu dilaksanakan.
Dari segi bahasa, Musalsal bermaksud sesuatu yang bersambung antara satu sama lain. Dari segi istilah ilmu hadis pula, menurut Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi, Musalsal bermaksud, “Satu turutan rangkaian perawi pada sesuatu sanad dalam sifat atau hal keadaan tertentu bagi setiap perawi dan kadang-kadang ia juga berlaku pada periwayatan”.
Antara Musalsal yang terkenal adalah seperi Musalsal Awwaliyyah, Musalsal Sunbuliyyah, Musalsal Bil Mahabbah dan pelbagai lagi. Bahkan, Imam as-Suyuti mengarang Kitab al-Musalsalat al-Kubra yang memuatkan 85 buah hadis. Hadis Musalsal yang ingin difokuskan dalam artikel ini adalah Hadis Musalsal Bi Lubs Burtulah.
Hadis ini terkenal dalam kalangan ulama Hadis di dunia Arab bahkan di Nusantara apabila ia diriwayatkan oleh al-Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al-Fadani. Beliau sebenarnya merupakan orang Nusantara yang menjadi guru besar ilmu hadis di negara Arab. Begitu ramai para ulama hadis yang memiliki sanad periwayatan dari beliau.
Hadis Burtulah ini adalah berkenaan pemakaian Burtulah iaitu sejenis topi yang jika dalam bahasa kini, topi itu seakan-akan berbentuk topi koboi iaitu memiliki “payung” (penghalang terik matahari) disekelilingnya. Telah diriwayatkan bahawasanya topi ini dipakai oleh Rasulullah ketika menawan kota Khaybar tatkala panas terik matahari.
ما المظلة؟ قل : البرطلة فأومأ بيده إلى رأسه يشير إلى أنها كانت مفروشة
Pertempuran Khaybar adalah perang antara umat Islam menentang penduduk Yahudi di Khaybar. Orang Yahudi mendiami wilayah Khaybar setelah diusir Rasulullah dari kota Madinah akibat melanggar perjanjian damai. Di sinilah kaum Yahudi merancang pembalasan dendam setelah umat Islam mengalahkan Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah serta membunuh tokoh-tokoh pemimpin mereka.
Orang Yahudi jugalah yang selama ini giat mengatur rancangan bagi mengumpul pakatan dengan kaum Arab lain bagi mengalahkan umat Islam. Begitulah dendam mereka terhadap Rasulullah dan umat baginda.
Pertempuran Khaybar ini berlaku dalam bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah bersamaan tahun 629 Masihi iaitu selepas Perjanjian Hudaibiyah. Setelah mendapat berita bahawa kaum Yahudi mula mengajak orang Arab untuk menyerang Madinah, Rasulullah segera menggagalkan rancangan tersebut.
Rasulullah bersama 1400 sahabat yang bersama baginda di Hudaibiyah berangkat menuju Khaybar bagi memerangi kaum Yahudi. Allah menjanjikan kemenangan buat kaum Muslimin melalui surah al-Fath ayat 20. Tahu akan janji kemenangan ini, orang Munafik dan segelintir orang Badwi ingin menyertai peperangan ini bersama Rasulullah bagi mendapatkan perkongsian harta ghanimah kelak.
Namun, hanya sahabat Rasulullah yang berjuang bersama baginda di Hudaibiyah sahaja diizinkan untuk turut serta. Ini kerana Allah ingin mengkhususkan harta ghanimah sebagai balasan jihad buat para sahabat yang sabar dan ikhlas berjuang bersama Rasulullah sahaja.
Yahudi Khaybar berkelebihan besar dalam peperangan tersebut kerana mereka berlindung di sebalik kubu-kubu. Khaybar ini adalah kota Yahudi yang kukuh kerana ianya mempunyai tiga lapisan benteng dan lengkap dengan senjata sebagai persiapan sebarang peperangan. Jumlah tentera Yahudi juga sekita 10 kali ganda besarnya berbanding jumlah tentera Islam.
Namun, apabila mereka ketahui pasukan Rasulullah telah tiba di Khaybar pada waktu Subuh, mereka semua gementar ketakutan lalu bersembunyi disebalik kubu. Rasulullah dan Saiyidina Ali mengetuai pengepungan melawan kaum Yahudi ini.
Setelah berlakunya pertempuran yang dahsyat, akhirnya kemenangan berpihak kepada umat Islam apabila orang Yahudi menyerah kalah kerana sudah tidak mampu bertahan lagi dari dalam kubu.
Maka kini, apabila berlakunya pertelingkahan antara orang Islam melawan Yahudi Zionis, masyhurlah satu slogan berbunyi :-
“خيبر, خيبر, يايهود! جيش محمد سوف يعود!”
Khaybar, Khaybar, Wahai Yahudi! Tentera Muhammad bakal tiba!
Jemput follow penulis : https://instagram.com/khairiasyraf_17
RUJUKAN:
– Pengenalan Hadis Musalsal oleh al-Musnid Syeikh Husni Ginting al-Langkati al-Azhari : https://www.facebook.com/muhammad.h.ii.12327
– Sanad Hadis Musalsal Bi Lubs Burtulah dari al-Musnid Syeikh Yasin Isa al-Fadani : https://www.facebook.com/kurnia.ilham.31
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih