Malaysia dari segi kepelbagaian biologi memang patut dikagumi. Kalau bab ular saja, bersepah dalam hutan dan paya. Dalam banyak pecahan, ada satu jenis ular yang tiada di Malaysia (sebagai spesis tempatan).

Ular itu adalah orok-orok (crotalinae) yang bertaburan daripada Argentina ke Canada. Saiz ular orok-orok boleh tahan juga, dalam lingkungan 0.5 hingga 2 meter dan tidak pelik kalau sampai 2.5 meter pun (National Geographic, n.d.).

Bagi yang tidak tahu, ular orok-orok ada satu keistimewaan khusus. Ekornya boleh bergoyangan sangat laju sampai mengeluarkan bunyi berdetar-detar. Bunyi ini unik untuk pengetahuan semua.

Gelombangnya bagaikan bergema, sepertimana suara kuat dalam sebuah gua (McCauley & Polan, 2021). Dan sebenarmya, bunyi ini dikeluarkan sebagai tanda amaran yang ular berkenaan sedang merasakan dirinya terαηcαm.

Walau bagaimanapun, ada mekanisme menarik yang wajar diceritakan. Detaran ekor ular orok-orok ini lebih rumit daripada disangka selama ini. Ia tidak terhad pada dasar “dentuman suara dalam gua”.

Memang benar, dalam ekor itu sebenarnya ada ruangan bersesuaian untuk dentuman bunyi. Tetapi dentuman ini ada kesan unik.

Bayangkan begini. Seorang lelaki sedang mengembara di gurun Amerika Syarikat. Tidak kisahlah Nevada atau Texas.

Semasa memanjat batu, dia terdengar bunyi detaran begitu kuat. Punyalah dia melompat kerana bunyi terpantul daripada jarak sangat dekat, seolah-olah dalam lingkungan semeter sahaja.

Namun, apabila tengok balik, lelaki tersebut menggaru kepala. Memang ada ular orok-orok…. tetapi masih jauh, dan lebih jauh berbanding semeter. Inilah dikatakan impak yang mempengaruhi sesuatu otak untuk menyangka ular terlalu dekat (walhal jauh).

Dalam bahasa saintifik, perkara ini dipanggil “auditory illusion”. Kemahiran berilusi ini ada pada ular orok-orok, yang boleh melonjakkan frekuensi bunyi sesuka hati.

Contohnya, untuk bunyi jarak sekian-sekian, perlu ada frekuensi sekian-sekian.

Ular orok-orok seolah-olah tahu mengukur jarak dan menggandakan frekuensi untuk menipu pendengar (Turner, 2021). Perkara ini dikaji sebuah institusi saintifik di Austria.

Menurut saintis berkenaan, ini adalah satu isyarat pintar daripada ular. Semasa pengkaji tersebut menghampiri seekor ular orok-orok, beliau mendapati ada bunyi detaran yang tiba-tiba melonjak nada volumenya.

Apabila pengkaji tersebut berundur, detaran itu mula berkurangan.

Fenomena ini amat mengejutkan. Jadi mereka cuba mengkaji dengan beberapa objek berbeza saiz seperti patung manusia dan cakera hitam. Apabila ular nampak objek ini, detaran ekornya naik secara berkala hingga frekuensi 40 Hertz.

Tetapi kalau objek ini mendekati, frekuensinya melontar naik antara 60 Hertz hingga 100 Hertz (tertakluk pada jarak). Lonjakan daripada sifar ke 100 Hertz ini adalah berdasarkan secepat mana objek ini mendekati.

Dan mereka mendapati bahawa saiz objek tidak memainkan peranan. Tidak kisah apa yang mendekati – manusia atau babi, manusia perangai macam babi sekalipun – frekuensinya tetap melonjak.

Untuk menguji teori ini, mereka mengimbas ular tersebut untuk menjadikannya satu objek maya dalam sebuah realiti maya (virtual reality). Segala ilmu dalam pangkalan data komputer mendenyutkan jantung maya ular ini.

Lalu 11 sukarelawan mengenakan teropong maya untuk menghidupkan dunia ini.

Pengkaji meminta semua sukarelawan dekati seekor ular dalam dunia maya mereka. Tetapi ada satu syarat: mereka tidak dapat melihat ular ini lagi (ibaratkan ular sedang bersembunyi). Pengkaji hanya akan memberitahu jika mereka ada semeter dekat dengan ular tersebut.

Sesudahnya, semua gagal. Kerana ular maya tersebut (menggunakan data kajian ular betul) mengeluarkan bunyi detaran 70 Hertz. Jarak antara ular dan sukarelawan? Empat meter! Semua sukarelawan berhenti dalam keadaan terkejut dengan sangkaan bahawa ular terlalu dekat.

Begitu hebat anugerah mekanisme pertahanan ini. Ular orok-orok pandai membuat “zon selamat” untuk diri sendiri.

RUJUKAN:

McCauley, E., & Polan, S. (2021, Ogos 26). How rattlesnakes tails make a rattling sound. Business Insider.

National Geographic. (n.d.). Eastern Diamondback Rattlesnake.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.