Mengikut mitos Yunani Kuno, ada sebuah kaum yang aneh: bertubuh gergasi dan bermata satu di dahinya. Makhluk ini bernama Cyclops yang bermaksud ‘bermata bulat’.  Dalam karya popular Homer iaitu Odyssey, hero bernama Odyssey bertempur dengan Cyclops bernama Polyphemus, anak dewa Poseidon dan Thoosa.

Walaupun lagenda Cyclops berasal dari Eropah, mengapa Filipina yang berada jauh di timur mempunyai lagenda yang sama, menamakan makhluk itu sebagai Bungisngis?

Bungisngis: Apa yang Kita Tahu

Dr. Maximo Ramos telah lama mengkasi mitologi Filipina dan telah menerbitkan bukunya bertajuk “The Creatures of Philippine Lower Mythology”. Beliau menjelaskan, dalam kisah lagenda Batangas, raksasa Bungisngis digambarkan sebagai ‘lelaki bertubuh besar yang sentiasa ketawa’. Nama Bungisngis dikatakan berasal dari kata ‘ngisi’ dari bahasa Tagalog, bermaksud: menunjukkan giginya. Makhluk ini juga mempunyai bibir yang besar sehingga apabila dia memuncung, bibirnya mampu menutup mukanya. Kekuatannya ditunjukkan dengan pertempuran dengan kerbau sehingga kerbau tersebut tumbang oleh lutut Bungisngis.

Bungisngis tinggal di hutan dan dietnya seperti manusia, memakan apa saja terutamanya mangsa mengikut saiz gergasinya. Dalam lagenda Batangas, Bungisngis mendengar percikan api yang memanggang daging kerbau. Kemudian dia inginkan bahagiannya setelah bertemu penduduk yang memanggang daging itu. Kemudian dia memakan daging dengan lahap.

Bungisngis: Menjejak Asal-Usulnya

Amat mudah untuk menjejak asal-usul makhluk lagenda ini jika melalui manuskrip epic Ibalong. Manuskrip yang juga dikenali sebagai Handiong atau Handyong adalah 60 buah kepingan rangkap yang mengandungi kisah lagenda di kawasan Bikol, Filipina, dipengaruhi oleh kitab Ramayana dan Mahabrata pada zaman Srivijaya (abad ke-7 Masihi).

Dalam Ibalong, raksasa bermata satu itu digelar sebagai Buring, manakala melalui kitab Hindu itu makhluk itu dikenali sebagai Kabandha. Biag ni Lam-ang, iaitu puisi epik orang kawasan Ilocano dari Filipina juga dipengaruhi oleh Ramayana dan Mahabrata.

Kita boleh lihat bahawa masyarakat yang mempunyai kisah lagenda ini telah di-indianisasi-kan. Kita telah sedia maklum bahawa pengaruh Hindu-Buddha telah menjalar di Borneo dan Semenanjung Melayu melalui perdagangan dan migrasi. Kajian DNA menunjukkan penduduk orang India telah wujud di kepulauan Filipina sebelum kedatangan penjajah Sepanyol. Jadi tidak mustahil mengapa kisah-kisah lagenda Bungisngis mempunyai pengaruh Hindu.

Kisah Bungisngis juga mempunyai persamaan dalam kisah lagenda Borneo yang telah dicatat dalam “Filipino Popular Tales Collected and Edited with Comparative Notes” oleh Dean S. Fansler.

 “For a Borneo story of a “Deer, Pig, and Plandok (Mouse-Deer)”.  In this tale, it is the clever plandok who alone is able to outwit the giant. In the latter story there are seven animals,–carabao, ox, dog, stag, horse, mouse-deer, and barking-deer. The carabao and horse in turn try in vain to guard fish from the gergasi (a mythical giant who carries a spear over his shoulder). The plandok takes his turn now, after his two companions have been badly mishandled, and tricks the giant into letting himself be bound and pushed into a well, because the “sky is falling.” There he is killed by the other animals when they return.”

 

Menghayati Kisah Lagenda Tiga Sekawan Filipina – Si Monyet, Anjing, dan Kerbau

Ilustrasi Bungisngis membelasah Si Kerbau

Terdapat tiga ekor sahabat – Si Monyet, Anjing dan Kerbau. Mereka bertiga bosan tinggal di kota jadi mereka pergi ke kampong untuk berburu. Bekalan mereka untuk pergi ke destinasi mereka adalah nasi, daging, dan peralatan dapur.

Pada hari pertama Si Kerbau tinggal dalam rumah untuk memakan makanan supaya dua sahabatnya dapat menikm4ti makanan apabila kembali dari berburu. Setelah dua sahabat itu pergi berburu, Si Kerbau mula memanggang daging. Malangnya bunyi percikan api panggangan itu didengari Bunginsgin yang berada di hutan. Dengar perutnya kosong, Bungisngis tiba di rumah Si Kerbau dan berkata: “Kawan, nampaknya kau sediakan makanan untuk aku”.

Si Kerbau membalas dengan serangannya kepada makhluk bermata satu itu. Bungisngis berang akan tindakan tidak ramah Si Kerbau dan menanduknya dengan tanduk, kemudian tumbangkan Si Kerbau. Bungisngis kemudian melahap daging panggang dan melarikan diri.

Apabila Si Monyet dan Si Anjing balik dari berburu, keadaan rumah mereka berantakkan dan melihat Si Kerbau terbaring di tanah. Si Kerbau beritahu bahawa ada seorang lelaki berbadan besar datang dan membelasahkannya. Mereka bertiga kemudian terus memasak makanan mereka dan lupakan apa yang berlaku. Bungisngis sekali lagi nampak tiga sekawan memasak, namun dia tidak berani menceroboh kerana mengetahui bahawa tiga lawan satu bukanlah suatu kelebihan buatnya.

Keesokkan harinya, Si Anjing tinggal untuk memasak makanan mereka. Setelah makanan siap, Bungisngis tiba dan berkata yang sama seperti semalam. Si Anjing berang akan tetamu tak diundang itu tapi Bungisngis terus menyerang tanpa ragu. Sebaik Si Anjing tumbang, dia berundur ke sudut rumah dan biarkan Bungisngis melahap makanan. Dia boleh memanggil kawannya dengan salakkan namun dia tidak berani kerana takut dia bakal dibvnuh oleh makhluk itu.

Tiga sekawan itu tidak tahan dan mereka harus lakukan sesuatu. Hari ketiga, giliran Si monyet tinggal di rumah. Sebelum memasak, Si Monyet menggali lubang di depan periuk. Selepas dia siapkan makanan, dia letakkan nasi dalam periuk. Apabila Bungisngis muncul semula, Si Monyet mempelawanya: “Tuan, makanannya telah sedia. Harap tuan terima dengan senang hati.”

Bungisngis terima tawaran itu, kemudian duduk di kerusi dan menghulurkan tangannya. Si Monyet mendekatinya dan memegang kaki kerusi. Tanpa ragu Si Monyet menghumban Bungisngis di lubang yang dia gali, seterusnya menguburkannya.

Apabila dua sekawan balik, mereka bertanya tentang Bungisngis dari Si Monyet. Mulanya Si Monyet tidak endah. Setelah dipaksa banyak kali, barulah Si Monyet bagitahu perkara sebenar. Dua kawan itu terus ke lubang tersebut dan menggalinya, nak tahu sama ada Bungisngis telah m4ti. Malangnya Bungisngis masih hidup. Dia keluar dari lubang dan membvnuh kedua-dua sahabat itu.Si Monyet pula melarikan diri dengasn memanjat pokok.

Bungisngis pun mengejar Si Monyet: “Aku akan bvnuh kau!”

“Jangan bvnuh aku!” Kata Si Monyet memujuk Bungisngis. “Saya berikan kamu tempat ini (pokok yamg dia panjat) tapi saya kena tunggu jam berapa Raja memanggil saya dari telefon di atas.” Kata Si Monyet sambil menunjuk kawasan teratas pokok.

Bungisngis terima kata-kata Si Monyet dan menunggu di bawah pokok. Berjam-jam Si Monyet tidak turun dan perkara ini membuatkan Bungisngis marah. Dia kemudian menggoncangkan pokok tersebut. Tanpa sedar, sarang lebah di atas pokok terganggu menyebabkan lebah muncul menyerang Bungisngis

Bungisngis semakiin berang. Dia temui Si Monyet lagi. Kali ini Si Monet bermain dengan ular Boa yang tidur. “Tak guna kau! Kau jangan berdalih lagi! Aku akan bvnuh kau sekarang!”

“Tolonglah jangan bvnuh saja. Kali ini saya beri kamu tali pinggang pemberian Raja sebagai tanda maaf.” Si Monyet cuba menipu Bungisngis lagi.

Bungisngis tertarik akan warna ‘tali pinggang’ ini, kemudian mengarahkan Si Monyet untuk memakainya. Si Monyet menurut arahan tanpa gentar. Selepas memakai, Si Monyet mengejutkan ular Boa dengan mencubitnya. Dari situ tamatlah riwayat Bungisngis oleh ‘tali pinggang’nya.

Sumber terjemah: https://www.aswangproject.com/bungisngis/?fbclid=IwAR3YDyhJuf6_qjbkt1l8cL2V7e2xIMJ7r68Zm1DY-RYLz9KCyqf-do98HC4


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.