Sepanjang lipatan sejarah, ada saja berita palsu yang menggunakan subjek berbeza-beza. Ada memalsukan kematian figura tertentu atau mengada-adakan cerita tentang negara asing, kononnya bagi menampakkan diri mereka gah. Siapa sangka pada abad ke-19, bulan juga merupakan subjek berita palsu!

Tetapi itulah yang terjadi pada 25 Ogos 1835 hasil penulisan kreatif akhbar New York Sun di Amerika Syarikat. Siri enam artikel yang dinamakan di bawah tajuk “The Great Moon Hoax” ini mendakwa telah menemui bukti wujud hidupan di bulan. Ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat Sir John Herschel dari sebuah balai cerap di Capetown, Afrika Selatan.

Antara hidupan yang didakwa wujud di bulan mengikut keterangan rakan Herschel, Dr Anthony Grant ialah unikorn, beaver berkaki dua dan makhluk humanoid berbulu dan boleh terbang. Sementara permukaan bulan pula dikatakan mempunyai kawah-kawah yang besar, kristal-kristal kecubung, sungai-sungai yang mengalir deras dan tumbuhan menghijau.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Menerusi penerbitan enam artikel berkenaan, jualan akhbar New York Sun laris macam pisang goreng panas. Ramai orang terpedaya dengan kisah itu termasuk ahli jawatankuasa sains dari Universiti Yale. Dan itu sesuatu yang gagal disedari mereka, “The Great Moon Hoax” ialah kisah satira dengan para pembaca diberi banyak petunjuk berkenaan hal ini.

Pertama, jurnal yang dipetik sebagai penerbit artikel iaitu The Edinburgh Journal of Science sudah tidak lagi beroperasi bertahun-tahun sebelumnya. Sementara Grant pula hanyalah watak fiksyen. Hanya Herschel sahaja figura sebenar tetapi pemerhatiannya di balai cerap di Capetown tidaklah terlalu gila seperti digambarkan dalam artikel New York Sun itu.

Siri artikel “The Great Moon Hoax” ini dipercayai dikarang oleh seorang wartawan Sun bernama Richard Adams Locke. Dengan alma maternya Universiti Cambridge, pastinya dia masak dengan jurnal-jurnal seperti The Edinburgh Journal of Science.

Ini termasuk artikel-artikel lucu dan pelik seperti artikel Reverend Thomas Dick yang mendakwa bulan mempunyai 4.2 bilion penghuni. Justeru, dengan menghasilkan berita satira sebegini, ia merupakan satu ejekan kepada mereka yang menjaja berita palsu dalam jurnal saintifik.

Tetapi yang paling teruk terkena sudah pasti Herschel. Sebaik saja membaca siri enam artikel “The Great Moon Hoax” itu, beliau sudah tahu ini merupakan cerita satira. Tetapi adakalanya, Herschel merasa kurang senang apabila ditanya sama ada wujud hidupan di bulan seperti didakwa dalam New York Sun.

Pada 16 September 1835, barulah New York Sun mengakui penerbitan enam artikel sebelumnya itu ialah palsu dan hanya bersifat satira. Ia sama sekali tidak menjejaskan jualan akhbar dan terus beroperasi sehingga 1950-an.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Semasa tempoh itu, ia kemudian digabungkan dengan The New York World-Telegram tetapi ia hanya bertahan sehingga 1967. Pada tahun 2002, akhbar New York Sun dilancarkan tetapi ia tiada kena-mengena dengan penerbitan akhbar sebelumnya.

RUJUKAN

History. (2020, 24 Ogos). “The Great Moon Hoax” is published in the “New York Sun”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply