Selepas kejayaan live-action One Piece, korang boleh layan Avatar: The Last Airbender. Banyak budaya tamadun lain tau. Cuba check, betul atau tidak tekaan korang.

Water Tribes diinspirasi daripada pribumi Inuit dan Yupik. Korang boleh perasan pakaian daripada kulit dan bulu binatang diorang. Seperti kaum tersebut, diet pengolah air adalah ikan. Sebab tu diorang suka memancing.

Sokka pula menggunakan boomerang, sejenis senjata pribumi Australia. Pengolah air juga mengenakan cat pada badan, sama seperti pribumi Amerika. Seni mengolah air pula serupa dengan seni beladiri Tai Chi.

Earth Kingdom diinspirasi daripada tamadun China. Ibukota Ba Sing Se menyerupai Beijing. Istana pun ambil konsep Kota Larangan China. Maharaja tidak dibenarkan keluar daripada kota.

Gaya propaganda dan kawalan polis mengingatkan kepada Dinasti Ming. Lake Laogai merupakan nama kem reeducation yang dibina Mao Zedong. Dai Li pula adalah nama Polis Khas China.

Sementara itu, pengolah tanah di Pulau Kyoshi mengambil budaya tamadun Jepun, sementara di padang pasir mengambil budaya etnik Tuareg dari Afrika Utara. Seni mengolah tanah pula serupa dengan seni beladiri China, Hung Gar. Toph punya teknik serupa dengan gaya Southern Praying Mantis.

Fire Nation diinspirasi daripada Empayar Jepun dan Dinasti Cina. Visi imperialisme diorang sama macam cita-cita Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ada juga pengaruh budaya Cina dan Asia Tenggara. Istananya mengambil senibina Mesir Purba dan Cina. Ada sikit pengaruh Kota Larangan China. Kuil Api pula diambil daripada pagoda.

Zuko memakai shenyi, busana tradisi Cina. Seni mengolah api pula serupa dengan seni beladiri Shaolin Utara, yang banyak menggunakan kaki. Agni Kai, perlawanan di antara pengolah seumpama budaya pahlawan Asia Tenggara.

Air Nomads diinspirasi daripada sami Budhha Tibet, Sri Lanka dan Shaolin. Gaya hidup, pakaian dan kepala botak mereka sama masam sami betul, kecuali anak panah la. Begitu juga, Air Nomad adalah vegetarian, tak makan daging macam Buddha.

Cara mengenalpasti Avatar dengan meletakkan pilihan mainan, sama macam pemilihan Dalai Lama menurut sami Tibet. Binaannya pengaruh senibina pagoda Cina. Pakaian yang dipakai Aang semasa musim ke-3 sama dengan Dalai Lama. Seni mengolah angin pula serupa dengan sini beladiri Ba Gua.

Banyak lagi budaya yang korang boleh kenalpasti. Apa kata korang tambah lagi kat komen bawah ni!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang yang meminati budaya tamadun, mesti teruja nak baca TAMADUN UNTUK PEMULA. Banyak lagi sejarah yang mempesonakan korang! Klik: https://shope.ee/VicM2TSuH


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply