Semenjak Dasar Pandang Ke Timur (Look East Policy) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982, wujud banyak pertukaran budaya di antara Jepun dan Malaysia. Bahkan, ada beberapa budaya orang Jepun di Malaysia yang telah berakar umbi di kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.
Data dari Japan Tourism Statistics menunjukkan sejumlah 36,870,148 pengunjung dari seluruh dunia telah melawat Jepun pada tahun 2024 dan 1.4% atau 506,883 adalah dari Malaysia. Data ini menunjukkan tidak sedikit rakyat Malaysia yang melancong ke Jepun samada menerusi pakej ke Jepun ataupun secara DIY.

Dari makanan sehinggalah ke gaya hidup, pengaruh budaya Jepun sebenarnya agak ketara dalam kehidupan rakyat Malaysia. Soalnya, adakah ianya sekadar cakap-cakap kosong atau kebenaran yang tersembunyi dalam masyarakat kita? Kami kongsikan buktinya dalam artikel ini.
1. Budaya Makanan Sihat Dari “Washoku”
Budaya makan orang Jepun mendapat tempat istimewa di hati rakyat Malaysia. Restoran seperti Sushi King, Sakae Sushi, dan Ichiban Boshi menjadi tempat kegemaran warga kota. Apa yang lebih menarik, restoran Jepun bukan sahaja dibuka di pusat beli-belah besar, tetapi juga di kawasan kejiranan seperti Subang Jaya, Bangi dan Johor Bahru.
Rakyat Malaysia mula menghargai nilai makanan sihat, segar dan berasaskan prinsip “washoku” yaqni makanan tradisional Jepun yang menekankan keseimbangan rasa, warna dan nutrisi.
2. Konsep “Omotenashi” Dalam Servis
Omotenashi dalam bahasa mudah adalah semangat layanan ikhlas dan profesional Jepun. Konsep ini sebenarnya telah lama diterapkan dalam industri perkhidmatan Malaysia dan juga di kilang-kilang yang berasal dari Jepun. Dari hotel, restoran dan kilang, ramai pekerja kini mengamalkan nilai-nilai seperti :
- Fokus pada perincian tugas
- Menyambut pelanggan dengan mesra
- Melayan pelanggan dengan penuh sopan
Konsep ini memberi impak positif kepada mutu perkhidmatan, dan menjadikan pengalaman pelanggan lebih menyenangkan.
3. Konsep Minimalis & Rapi
Budaya minimalis ala Jepun seperti “Danshari” dan “KonMari” juga mula mempengaruhi rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang mula menyedari keindahan hidup dengan kurang barang sebenarnya lebih teratur. Gaya hidup ini popular di kalangan mereka yang tinggal di rumah kecil atau kondominium dan inginkan suasana tenang serta bebas dari tekanan visual.
Konsep reka bentuk dalaman rumah gaya “Zen” atau “Muji” berteraskan warna lembut, kayu asli dan susun atur lapang semakin digemari dalam kalangan pemilik rumah di bandar dan juga restoran.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, banyak premis perniagaan seperti cafe dan klinik kini mula menerapkan rekaan dalaman minimalis Japanese style.
4. Bahasa & Hiburan Jepun
Rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, semakin fasih dengan bahasa dan budaya pop Jepun. Anime, J-drama, J-pop dan manga menjadi saluran utama mereka mengenali budaya Jepun sekaligus mempelajari bahasa Jepun dengan lebih baik.
Memang ada rakyat Malaysia yang hanya mendengar lagu-lagu dari Jepun dan menonton drama dan filem dari Jepun.
Bukan itu sahaja, sekolah-sekolah dan universiti di Malaysia kini menawarkan bahasa Jepun sebagai subjek elektif, dan banyak pusat bahasa swasta seperti The Japan Foundation di Kuala Lumpur menyediakan kelas bahasa Jepun dan bengkel kebudayaan Jepun.
5. Etika Kerja & Ketepatan Masa
Budaya kerja Jepun yang mementingkan disiplin, tanggungjawab dan ketepatan masa turut menjadi inspirasi kepada sebilangan syarikat tempatan, khususnya yang bekerjasama dengan firma dari Jepun. Etika seperti :
- Datang awal ke tempat kerja
- Menghormati waktu mesyuarat
- Bekerja dalam kumpulan dengan harmoni
Anda akan nampak perbezaan yang besar di kalangan pekerja yang bekerja dengan firma dari Jepun dan firma dari Eropah dan Amerika Syarikat.
6. Asimilasi Fesyen
Golongan wanita di Malaysia pasti sedar akan evolusi fesyen yang berlaku di Malaysia untuk tempoh 10 tahun ke belakang adalah sangat besar dan positif. Kini, golongan wanita mampu menggayakan kimono baju kurung, satu koleksi pakaian gabungan kimono dari Jepun dan baju kurung dari tanah air.
Pertukaran budaya yang melibatkan fesyen ini dilihat sebagai satu trend yang membuktikan wujudnya perkongsian budaya yang besar di antara Jepun dan Malaysia.
Kehadiran budaya Jepun di Malaysia barangkali hasil rakyat Malaysia yang melancong ke Jepun bukan sekadar satu trend, tetapi cerminan bagaimana masyarakat Malaysia terbuka untuk belajar dan menghargai budaya asing. Budaya Jepun yang mementingkan kesederhanaan, menghormati insan lain dan menghargai keindahan dalam kehidupan seharian, telah menjadi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih