Dengar cerita masih ada pesta yang melibatkan beribu-ribu orang. Tiket ke Korea masih fully booked. Walaupun YAB PM dan YBMK dah gesa segala mass gathering ditangguhkan dan elakkan pergi ke negara-negara yang berisiko tinggi (basically semua negara berisiko sekarang).

Nak stop penularan COVID-19, tiada cara selain “self-quarantine” dan “social distancing”. Nak faham macam mana virus ni merebak, bayangkan seorang yang baru balik dari Korea. Kena jangkit, tapi tak kuarantinkan diri, siap berjumpa dengan 3 orang kawan. Then 3 orang kawan ni masing-masing jumpa lagi 2-3 orang. Dari 1 orang jadi 4 orang, jadi 13, jadi 52, jadi 208, dan seterusnya.

Jadi hanya dengan duduk diam-diam, kurangkan bersosial, maintain jarak 1 atau 2 meter dengan orang, pakai mask, cuci tangan, baru penularan virus ni dapat diperlahankan.

Negara yang ada sistem healthcare terbaik pun, ada barisan kakitangan kesihatan yang paling berdedikasi pun, ada KPK yang paling profesional pun, kalau rakyat tak bekerjasama, tak ambil endah, tak guna juga.

Itali mula-mula macam tu juga. “Alah, 150 kes jer” (24 Februari). Rileks. Santai. Aperitivo. La dolce vita. Orang pakai mask kena gelak. Then apa berlaku dalam masa dua minggu? 9172 kes. 463 m4ti (9 Mac). Hospital dah tak mampu nak tanggung jumlah pesakit, sampai pesakit dihantar balik ke rumah tunggu ajal.

Korea mula-mula dapat kawal. Teknologi kesihatan diorang canggih. Tapi disebabkan ada kumpulan pentaksub Shincheonji yang anggap diri manusia terpilih, kebal virus, ada simtom tapi tak nak pergi buat saringan, akhirnya satu Korea kena jangkit. Tapi keadaan kembali stabil sebab etika Confucius (Confucian ethics) yang ada pada masyarakat Korea.

Kalau perasan, kebanyakan negara-negara yang berjaya mengurangkan pertumbuhan kes COVID adalah negara masyarakat Confucian: Jepun, Taiwan, Hong Kong, Singapura. Confucian ni nilai hidup masyarakat Timur yang berasal dari China. Tapi kat China sekarang dah tak ada Confucian sebab dah dihancurkan semasa Revolusi Budaya 1966-1976. Ketegaq juga orang China sampai kerajaan kena heret macam kambing baru nak merawat di hospital.

Etika Confucius atau Confucianism ni mengajar individu supaya mendahulukan masyarakat. Bertentangan dengan etika Barat yang melihat individu sebagai asas kepada masyarakat, mengajar orang kena jadi selfish, “jadi diri sendiri”.

Tapi dalam Confucianism, individu adalah “diri yang kecil” (小我, sebutan Cina: xiaowo, sebutan Jepun: shouga, sebutan Korea: so-a) manakala masyarakat adalah “diri yang lebih besar” (大我, sebutan Cina: dawo, Jepun: taiga, Korea: dae-a). Dua-dua penting, tanpa masyarakat, tak akan ada individu.

Sebab tu rakyat-rakyat negara Asia Timur ni memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan untuk membanteras wabak. Bila kerajaan suruh diorang pakai mask, diorang pakai mask; suruh diorang kuarantin, diorang kuarantin; suruh diorang maintain social distance, orang tak mengada-ngada nak buat pesta nak travel nak itu ini lagi.

Di mata orang Barat, orang Asia Timur ni macam tak ada free will, ikut je cakap kerajaan. Sebenarnya bukan tak ada free will, tapi di waktu krisis, kita tak boleh fikir ikut selesa diri dan nafsu. Kita kena fikir apa kesannya kepada masyarakat di sekeliling kita. “己所不欲,勿施於人” (jisuo buyu, wushi yuren) adalah teras etika Confucius, maksudnya kita tak nak sesuatu menimpa kita, kita kena pastikan orang lain tak kena. Jangan mudaratkan orang di sekeliling kita. Betul, diri kita tu kebal, tak sabar nak jumpa Tuhan, tapi fikir-fikirlah orang di sekeliling. Tak semua orang macam kita. Jangan selfish.

Dan mungkin juga disebabkan kita kurang dilanda krisis, kita tak develop “sense of crisis” macam orang-orang Asia Timur ni. Orang Jepun dah biasa dengan tsunami dan gempa bumi selalu. Orang Korea Selatan hari-hari risau dengan jiran diorang di sebelah utara, semua laki cukup umur kena masuk tentera kena lanyak. Begitu juga dengan Taiwan dan Singapura yang ada national service. Taiwan dan Singapura juga pernah melalui krisis kesihatan awam SARS yang masih segar di ingatan.

Diorang ada kemampuan untuk mendisiplinkan diri, menangguhkan keselesaan sekarang untuk keselesaan masa depan. Kita boleh gelak orang Singapura kiasu kiasi, tak sedar bahawa kiasi (takut mati) adalah instinct asas untuk survive. Orang Singapura ni kalau dilanda bencana besar diorang boleh terus mobilize.

Kita pula masih boleh hidup rileks, santai, bahagia. Bergaya, bermutu, berkualiti. Tak ada sense of crisis walaupun satu per satu negara telah isytiharkan kecemasan. Kerajaan kita masih berprihatin lagi, masih memberi kebebasan, jadi pandai-pandailah guna kebebasan tu untuk melindungi diri. Jangan sampai keadaan jadi makin teruk, terpaksa “lockdown”, baru tau menyesal.

Inna Allāha lā yughayyiru mā biqawmin ḥattā yughayyirū mā bi-anfusihim. God help those who help themselves. Maka berwaspadalah, PATUH arahan KKM, pastikan Malaysia dapat mengharungi ujian wabak kali ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.