Sejak beberapa tahun lepas, orang muda terutamanya generasi Z sering dianggap lemah kerana gagal berhadapan masalah yang sangat remeh. Antaranya adalah seperti denda potong rambut yang dikenakan terhadap pelajar baru-baru ini. Bagi golongan boomers, setakat potong rambut itu perkara kecil sahaja kerana mereka pernah dikenakan denda lebih teruk.

Namun untuk generasi Z, denda potong rambut dikatakan mampu menjejaskan kesihatan mental sehingga berlakunya depression. Katanya, mereka malu berhadapan dengan rakan dan crush dengan rambut yang sudah sopak. Nak repair balik rambut, generasi Z terpaksa botakkan kepala macam orang baru keluar penjara.

Selain itu, generasi Z juga sering berkata bahawa peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM juga mampu buat mereka depression. Ini kerana persaingan yang tinggi untuk membuktikan siapa lebih jaguh akan memenatkan mental mereka. Ditambah lagi, keluarga dan sekolah akan push mereka macam hamba abdi untuk dapatkan keputusan cemerlang demi nak claim kredit sahaja. Bahkan mental health mereka semakin terganggu kerana perlu menghafal untuk dapatkan gred A dalam peperiksaan. Akhirnya tiada lagi keseronokan ketika belajar kerana semuanya adalah berkisar tentang perlumbaan siapa yang paling pandai.

Baru minta mansur UPSR, terus generasi Z dituduh pemalas

Kerajaan nampak trend sebegini lantas mansuhkan terus peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan PT3. Tindakan ini dianggap sebagai bala kepada ibu bapa dan sekolah kerana mereka tidak boleh lagi berbangga dengan pencapaian generasi Z. Dengan asyik beri alasan mental health di atas ketidakmampuan atasi masalah, adakah generasi masa depan Malaysia sangat lemah?

Sebenarnya, apa yang dihadapi oleh generasi Z hari ini lebih mencabar berbanding golongan boomers. Sebagai contoh, generasi Z selalu dimomokkan untuk dapat kerja best dan gaji tinggi, mereka perlu belajar setinggi yang boleh. Hakikatnya keluar sahaja universiti, mereka perlu bersaing untuk dapatkan pekerja dan terpaksa tanggung pinjaman PTPTN. Memang tertekanlah nak mulakan hidup.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Seterusnya, kehadiran media sosial juga bikin mental health generasi Z juga sangat terjejas. Ini kerana ramai generasi Z berlumba-lumba untuk lakukan sesuatu yang unik agar dikenali. Malah ada yang sanggup bodohkan diri sendiri sehingga dikecam selumat-lumatnya. Lepas itu mulalah mereka bagi alasan “sosial media make my mental health tired”.

Selain itu, generasi Z perlu berhadapan dengan pelbagai krisis apabila mereka memasuki alam dewasa. Dengan keadaan dunia yang tidak menentu, mereka tiada pilihan melainkan hadap sahaja cabaran itu. Seperti hari ini, satu dunia menghadapi kenaikan harga barang dengan sangat mendadak. Generasi Z yang baru nak bertatih terpaksa berjimat untuk memastikan mereka dapat hidup untuk hari-hari mendatang.

Senang cerita, keadaan sekeliling memang tidak pernah membantu generasi Z untuk hidup lebih tenteram sehingga terjadinya depression. Tapikan macam mengada-ngada pula asyik nak depress sahaja. Sebenarnya menurut Journal of Abnormal Psychology, antara tahun 2013 hingga 2017, sebanyak 47% remaja 12-13 tahun, 60% remaja 14-17 tahun dan 46% remaja 16-21 tahun mengalami depression. Jadi memang betul cabaran yang dianggap remeh oleh golongan boomers mampu membuatkan generasi Z tertekan.

Walau bagaimanapun, golongan boomers berpendapat generasi Z sangat lemah kerana tak mampu hadapi cabaran. Malah boomers dengan sinis menyatakan, “zaman aku lagi susah, boleh je hidup” dan cikgu dulu siap rotan aku sampai berbirat, kau baru kena marah sikit dan down? memang lemah”.

Bagi Peter O’Connor situasi ini tidak pelik sejak dahulu lagi, orang tua memang suka memandang rendah golongan muda. Perkara ini boleh dilihat melalui simpanan wang. Generasi Z dikatakan tidak mampu simpan duit kerana mereka suka habiskannya untuk berfoya-foya. Padahal generasi Z terpaksa berhadapan dengan pelbagai hutang seperti pendidikan, kereta dan kenaikan mendadak harga barang.

Dalam sektor pekerjaan pula, generasi Z lebih gemar bekerja dalam keadaan fleksibel. Bermakna mereka tidak suka berada dalam satu tempat yang sama dalam tempoh masa tertentu. Boomers pula melihat keinginan generasi Z ini lebih kepada mahu curi tulang sahaja. Jadi boomers tetap mewajibkan generasi Z bekerja ikut waktu pejabat. Akibat, generasi terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan rakyat setiap hari.

Siapa yang salah dalam hal ini, generasi Z ataupun golongan boomers?

Win-win situation perlu dibentuk oleh generasi Z dan golongan boomers untuk memastikan generasi masa depan Malaysia tidak lemah. Kedua-dua golongan perlu duduk berbincang untuk mengatasi masalah ini. Misalnya, cukup sekadar boomers memahami masalah generasi Z. Jangan terlalu selesa dengan rock kapak sampai cover Raffa Affar dianggap sampah. Generasi Z pula jangan timbulkan masalah sendiri hingga menyusahkan hidup.

Jika gap antara boomer dan generasi Z dapat dirapatkan pasti selepas ini tidak timbul lagi isu, anak muda manja dan boomers kolot. Maka generasi muda yang lebih hebat dapat dibentuk oleh Malaysia mengikut acuan yang bersesuaian dengan zaman.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Bishop, K. (2022, Februari 23). Are younger generations truly weaker than older ones? BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.com/worklife/article/20220218-are-younger-generations-truly-weaker-than-older-ones

Medical News Today. (2022, Mac 24). Is gen Z more depressed? Dipetik daripada https://www.medicalnewstoday.com/articles/why-is-gen-z-depressed

Mstar. (2022, Jun 7). Potong rambut murid sampai tobek, ibu minta guru disiplin kembalikan semangat dan maruah anaknya sebagai pengawas dihormati. Dipetik daripada https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/06/07/potong-rambut-murid-sampai-tobek-ibu-minta-guru-disiplin-kembalikan-semangat-dan-maruah-anaknya-sebagai-pengawas-dihormati

Utusan Malaysia. (2022, Jun 28). Kita mesti berani mansuh SPM, STPM. Dipetik daripada https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/06/kita-mesti-berani-mansuh-spm-stpm/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply