Tyrannosaurus rex mendapat populariti tinggi hanya kerana asal-usulnya adalah daripada Amerika Utara. Itu saja rahsia di sebalik keagungan T-rex. Memandangkan Amerika Syarikat dan Canada sebagai mercu ilmu, saintis negara-negara tersebut meluang banyak masa mengkaji T-rex. Lagi banyak penemuan; lagi popular spesis tersebut. Dan nampaknya ada satu lagi haiwan yang diberi perhatian saintifik sampai mendapat darjat tinggi dari segi populariti.

Kajian ini melibatkan buaya. Sains sudah lama mengenal pasti kekuatan gigitan (bite force) buaya masih hidup pada hari ini. Jadi saintis Paul M. Gignac menggunakan angka-angka diketahui pasal 23 spesis buaya sedia ada. Buaya tembaga (saltwater crocodile) misalnya mempunyai kekuatan gigitan sebanyak 260 kilogram bagi setiap sentimeter (kgcm). Aligator pula dalam lingkungan 150 kgcm.

Buaya tembaga.

Banyak lagilah. Semua buaya ini tidak mampu menandingi kekuatan gigitan T-rex iaitu sebanyak 900 kgcm (Black, 2012). Sekadar bayangan, gigitan 900 kgcm adalah sama seperti seekor T-rex menghempap. Betapa kuatnya gigitan T-rex. Walau bagaimanapun, ada satu spesis buaya yang kekuatan gigitannya jauh menandingi T-rex.

Saintis menemui banyak benda pasal kehidupan. Semua ini tidak mungkin sempat diselongkar kerana jurnal-jurnal yang terlalu banyak. Maka kami telah ambil kesempatan untuk memudahkan kerja kalian. Dengan hanya satu pembelian buku BIOLOGIA, kami membuka jendela baru untuk bantu kalian faham pasal kehidupan. Link pembelian: https://bit.ly/3pbNAam

Mengenali Buaya Agung Purbakala

Banyak spesis buaya hari ini berevolusi daripada spesis moyang yang pernah hidup sezaman dengan dinosaur (Strauss, 2019). Buaya seperti yang diketahui adalah “dinosaur masih hidup”. Macam buaya tembaga misalnya adalah buaya moden. Spesis moyang mereka berbentuk lain, barangkali lebih besar kerana persaingan dahsyat dengan haiwan-haiwan besar. Sekitar 85 juta tahun yang lalu, buaya sebesar Lolong dianggap buaya biasa (barangkali buaya remaja). Kerana banyak buaya purbakala bermaharajalela dengan saiz 12 meter. Susun 10 ekor boleh cukup satu padang bola bertaraf FIFA.

Buaya jenis ini bukan spesis tunggal. Senang kata, banyak spesis yang hidup pada zaman itu sememangnya besar. Saintis telah mengira kekuatan gigitan buaya-buaya purbakala ini. Betapa terkejutnya mereka apabila tahu angka sebenar – 1,617 kgcm… hampir-hampir dua kali ganda lebih kuat untuk dibandingkan dengan T-rex sendiri dan jauh meninggalkan kekuatan gigitan buaya-buaya moden (Lane, 2012). Angka ini diperolehi selepas saintis kaji selama 11 tahun lamanya.

Buaya purbakala.

Dapatan ini juga mengesahkan teori yang lama terbayang. Kekuatan gigitan tiada kena mengena sangat pun dengan bentuk gigi, rupa rahang dan kekuatan mulut buaya. Sebaliknya kekuatan gigitan dipengaruhi saiz buaya semata-mata (Erickson, et al., 2012). Buaya zaman dulu semuanya gergasi sampai boleh telan manusia tanpa perlu kunyah banyak (Dell’amore, 2012). Silap-silap tidak perlu kunyah langsung.

Saintis berpendapat ramai manusia prasejarah menjadi mangsa buaya. Sedang elok menadah air daripada tasik, tiba-tiba keluar buaya daripada air yang tenang. Namun pendapat ini hanya berdasarkan potensi dan pendapat semata-mata. Kerana mangsa buaya takkan mungkin boleh ada fosil. Crocodylus thorbjarnarsoni contohnya bersaiz 7.6 meter. Apa-apa saja ia makan, semuanya habis terurai. Tiada apa yang tinggal sebagai fosil. Tanpa fosil, maka tiada buktilah.

Sekadar penjelasan, buaya-buaya sezaman dengan manusia sudah pastinya bukan buaya zaman dinosaur. Hentaman asteroid telah mengakhiri riwayat banyak dinosaur, sekitar 65 juta tahun yang lalu. Manusia hanya wujud sejak sejuta tahun yang lalu, berdasarkan bukti kukuh sedia ada. Dalam tempoh sejuta ini, haiwan buaya semakin bertambah kompleks dengan percambahan spesis-spesis baharu daripada leluhur sama.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Oleh yang demikian, wajar dikatakan – imbangan alam akhirnya berpihak kepada manusia. Kerana jika haiwan kekal besar gergasi, nescaya bumi ini masih aman tanpa manusia untuk berperang dan memusnahkan dunia.

RUJUKAN:

Black, R. (2012). The Tyrannosaurus Rex’s dangerous and deadly bite. The Smithsonian Magazine.

Dell’amore, C. (2012, Mei 10). Biggest crocodile found – fossil species ate humans whole? National Geographic.

Erickson, G., et al. (2012). Insights into the Ecology and Evolutionary Success of Crocodilians Revealed through Bite-Force and Tooth-Pressure Experimentation. PLoS ONE. 7 (3): e31781.

Lane, M. (2012, Mac 16). Multi-year study shows that crocodilians’ bite is ferocious. St Augustine.

Strauss, B. (2019, Mac 7). Prehistoric crocodile evolution. Thought Co.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply