Cuba baca tangkapan layar kat bawah:
Tiada masalah kalau ingin berasa selesa dengan status quo sekarang. Tetapi jangan sampai remehkan hal pertahanan. Satu dunia sekarang tergantung tanpa tali dengan kerenah kuasa-kuasa besar yang belum tentu ‘waras’ pada masa akan datang. Percaya atau tidak, inilah realiti pahit yang ditelan Rusia pada tahun 1904.
Sekitar zaman tu, Rusia sedang gigih berbelanja untuk memodenkan negara. Banyak jentera perindustrian mereka cuba bina. Kilang tumbuh bagaikan kulat selepas hujan. Landasan kereta api berselirat sana sini untuk mengangkut barangan demi produktiviti negara. Macam biasa, tender dibuat secara tertutup yang menyebabkan ketirisan.
Pandangan Tsar Nicholas II dan kerajaan baginda masa tu mudah: Rusia kena setaraf dengan Barat (Hickey, 2011). Limpahan daripada industri boleh digunakan untuk belanja benda lain. Dasar ekonomi sebegini memang logik. Tetapi itulah – kalau negara terlalu fokuskan ekonomi, padahnya adalah pada pertahanan. Segala sistem dan peralatan ketenteraan kena ‘tunggu’ kerajaan dapat untung hasil perindustrian dulu.
Negara sendiri boleh tunggu. Tetapi musuh akan tunggu tak?
Jepun Bertukar Wajah
Pada awal abad ke-20, Rusia sedang cuba melawan imperialisme Barat. Rusia berpendapat Jepun juga pegang pada pendirian sedemikian. Imperialisme Barat terlalu kuat. Jadi lebih baik berganding bahu. Namun Jepun pula berpendapat zaman Rusia sudah tamat. Dan Rusia pula semakin berpengaruh di Korea dan Manchuria (History, 2018). Jepun tak suka benda ni.
Jadi sekitar tahun 1901, pengatur strategi sudah mula mencari kelompangan untuk menyerang Rusia. Dan pada Februari 1904, mereka melancarkan serangan mengejut yang Rusia betul-betul tidak sangka. Ini yang saya ingin tekankan: ketidaksangkaan.
Rusia memastikan sempadan baratnya kukuh kerana takut musuh Eropah mudah tembus. Tetapi tiada angin tiada ribut, dengan sistem perisikan serba serbi lemah, sempadan timur mereka lemah.
Tiada Dana Yang Mencukupi
Sebab apa sempadan timur lemah? Macam pelik. Amerika Syarikat zaman sekarang selamba saja kuatkan perairannya dengan Fleet Forces Command dan Pacific Fleet masing-masing menjaga kedaulatan negara di lautan Atlantik dan Pasifik. Siapa nak serang mereka? Siapa yang berani buat gila serang Amerika? Takkan ada musuh cukup kuat yang mampu menyerang Tanah Besar Amerika. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk mereka kukuhkan sistem pertahanan.
Rusia pula over-focus sempadan barat, tanpa penekanan serius di sempadan timur. Lebih teruk, infrastruktur logistik yang menghubungkan Saint Petersburg ke Vladivostok juga sangat teruk. Akibatnya, Tentera Rusia di Sempadan Timur ibaratkan “tentera negara lemah” yang diasak Jepun secara bertubi-tubi. Tentera Rusia tidak mudah datang membantu secara konsisten.
Jadi ini kita kena fokus dalam aspek negara. Jika musuh menyerang sini, kita boleh tahan tak. Jika musuh menyerang situ, macam mana? Sebab itu perlu perbelanjaan tinggi untuk pertahanan. Taburan senjata untuk blok-blok pertahanan empayar Rusia tidak sekata. Benda ni Jepun dah perasan selama beberapa tahun. Maka mereka terus menyerang.
Dunia Politik Abad Ke-21
Memang betul bekalan makanan negara penting. Kami sendiri ada cabang makanan seperti Kebun Kita yang nekad membantu negara dari segi jaminan makanan. Namun situasi ini adalah seperti bertanya, “mana lagi penting – makan atau minum?” Atau “mana lagi penting – isteri atau anak?” Soalan-soalan ini tidak bangang, ya. Kalau musuh serang, soalan tersebut boleh jadi realiti.
Ukraine sudah bayar padah yang pedih kerana berpuluh tahun membangang dalam keselesaan. Perang Rusia-Ukraine ni mendedahkan ‘kebodohan politik’ yang memamah republik tersebut sejak kemerdekaan. Banyak benda mereka alami. Pada 7 Mac 2022, Tentera Rusia berada 70 kilometer dari Kyiv.
Di sini, ada sepasang suami isteri yang diserang tentera Chechnya: si isteri dirogol; si suami ditembak mati. Maka situasi ini menampakkan dengan jelas padah menanti kalau kita sengaja biar negara lemah. Musuh takkan tunggu kita kuatkan negara. Dan Rusia tak sangka Jepun pada tahun 1905 akan jadi musuh yang memalukan mereka. Sampai sekarang Rusia agak ‘berat’ nak ajar anak murid mereka pasal kekalahan dalam Russo-Japanese War ni tau.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN:
Hickey, M. (2011). Competing Voices from the Russian Revolution. ABC-CLIO. Halaman 6.
History. (2018, Mac 23). Russo-Japanese War.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih