Etnik Punan Bah iaitu salah satu daripada pembentuk Kaum Orang Ulu di Sarawak dan tatkala berbicara mengenai etnik minoriti yang mana nama etniknya sendiri diambil bersempena dengan satu nama sungai yang dikenali sebagai Sungai Bah atau Sungai Boh. Lokasi sungai ini terletak berhampiran dengan Long Pila, Busang Tijok dan Busang Asuh di Baram. Ianya berkedudukan kira-kira 36 meter dari aras laut.
Menyelusuri cerita legenda etnik Punan Bah amat mempercayai bahawa asal keturunan mereka adalah dari seorang pahlawan Punan yang bernama Bua. Bua ini pula dikatakan seorang pemuda yang berasal dari kawasan Sekapan iaitu satu lagi etnik minoriti di dalam Kaum Orang Ulu di Sarawak. Beliau bukanlah seorang pemuda yang sembarangan kerana turut mempunyai kuasa supernatural “eton oa” iaitu kuasa ghaib atau sakti.
Diceritakan pada suatu hari, Boa sewaktu mengembara telah jatuh hati dengan seorang gadis yang sangat cantik iaitu yang bernama Lapan atau Jali. Oleh kerana beliau mempunyai segala ciri-ciri keperkasaan seperti yang biasa dituntut oleh masyarakat dahulukala maka tiada masalah bagi beliau untuk mengahwini gadis yang beliau cintai. Setelah berkahwin, Boa telah membawa suri hatinya dan beberapa orang pengikut untuk mencari tanah pamah yang lebih subur bagi membina penghidupan yang lebih baik.
Hendak dijadikan cerita dek kerana kesaktian yang Bua miliki maka beliau terlebih dahulu mencipta satu kawasan sungai yang kaya dengan hasil hidupan sungai dan hutannya penuh dengan sumber rezeki untuk diburu serta tanah yang cukup subur untuk bercucuk tanam. Sungai ciptaan beliau itulah yang dinamakan Sungai Bah dan sesiapa sahaja yang mendiami kawasan Sungai Bah, beliau gelar sebagai masyarakat Punan Bah yang kita kenali sekarang.
Difahamkan biarpun sudah mempunyai penempatan yang tetap namun Bua tidaklah berada di Sungai Bah lama kerana kita sedia maklum suatu waktu dahulu perang kayau atau perang wilayah itu sentiasa ada. Dek kerana itulah Bua dikatakan banyak menghabiskan masanya dengan berperang bagi mempertahankan wilayahnya. Keperkasaan dan kesaktian Bua jugalah yang banyak membantu survival masyarakat Punan Bah di Sungai Bah bertahan daripada dihancurkan oleh masyarakat di sekelilingnya suatu waktu dahulu.
Alkisahnya pada suatu hari, diceritakan Bua berada di rumah panjangnya di Sungai Bah dan dikala itulah ada serangan hendap telah berlaku yang mana menyaksikan Bua di dalam keadaan tergopoh gapah untuk melarikan diri telah tertinggal anak panahnya di satu kawasan di Sungai Bah. Dikatakan kerana kesaktian yang dimiliki oleh Bua sebagai “eton oa” menyaksikan anak panah itu telah bertukar menjadi batu. Dan jejak anak panah menjadi batu itu boleh kita lihat di Sungai Bah sekarang seperti membenarkan kewujudan Bua di dalam masyarakat Punan Bah suatu waktu dahulu.
Selepas peristiwa serang hendap itulah Bua tidak lagi kelihatan malah tidak pernah pulang ke rumah panjangnya lantas hanya meninggalkan legasi keturunannya untuk menjadi ketua Punan Bah di Sungai Bah. Melalui perkahwinan beliau dengan Lapan/Jali dikurniakan dengan dua orang cahayamata iaitu yang bernama Tadou dan Taga. Oleh kerana tidak sempat mewariskan ilmu “etun oa” yang dimilikinya dikatakan kedua-dua puteranya hanya menjadi manusia biasa sahaja. Namun begitu oleh kerana kedua-dua puteranya berasal dari golongan aristokrat atau menurut strata sosial Punan dari golongan “Panyin” maka mereka berdualah diangkat menjadi ketua Punan Bah lantas menjadi penerus legasi Bua yang menjadi nenek moyang asal keturunan masyarakat Punan Bah yang kita kenali sekarang.
Dalam pada itu dari sumber cerita lisan masyarakat Punan Bah juga mempercayai bahawa penempatan asal mereka adalah terletak di bahagian bawah Sungai Bah sebelum cucu kepada Bua iaitu yang bernama Aviang Yabu berpindah dan membawa pengikutnya mendiami kawasan persimpangan Sematai-Bah. Dari penghijrahan itulah terbentuknya beberapa lagi rumah panjang asal milik Punan Bah seperti rumah panjang Kavu Oka, rumah panjang Beang dan rumah panjang Seriang yang terletak di Sungai Sematai. Kemudian rumah panjang Pajou di Sungai Ayo dan rumah panjang Gele di Sungai Punan.
Cerita Bua si “eton oa” mungkin bagi sesetengah masyarakat moden hanya satu pengindahan cerita penglipurlara tetapi sebenarnya mampu mencorak asal keturunan masyarakat Punan Bah di Sarawak sekarang. Inilah antara keunikan masyarakat Punan Bah yang amat jarang diwar-warkan kepada dunia.
Tidak kenal maka tidak cinta.
-HB-
#KamekSayangSarawakBah!
Rujukan:
- “Pantun Mo’ Semasa Upacara Bungan Dalam Masyarakat Punan Di Rumah Panjang Punan Biau – Daisy Bato, Unimas (PDF)
- The Origin Of Punan
http://kelovi2020.blogspot.com
- Etnik Punan Bah, Sarawak, Borneo – Borneo Oracle
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih