Bangtan Sonyeondan atau lebih dikenali sebagai BTS merupakan sebuah kumpulan hiphop yang digagaskan oleh 7 orang pemuda di Korea Selatan pada 2010. Kumpulan itu memulakan debut pertamanya pada tahun 2013 dibawah label Big Hit Entertainment.

Bermula sejak itu, genre muzik mereka telah berkembang dan telah menjadi sebahagian daripada muzik Kpop. Malahan BTS telah meneruskan legasi yang ditinggalkan beberapa kumpulan seperti Super Junior dan EXO untuk menakluk dunia.

Tahukah anda, angka jualan album BTS telah menyamai rekod jualan album 1 juta unit di dunia yang dipegang oleh The Beatles.

Album terbaru mereka iaitu Map of the Soul: 7 adalah album fizikal terlaris di dunia dengan lebih 500k salinan berjaya dijual di Amerika Syarikat.

Malahan rekod jualan tiket untuk konsert BTS di Amerika Utara mengatasi angka jualan tiket bintang pop Amerika Syarikat iaitu Ariana Grande dan Taylor Swift.

Hal ini adalah satu situasi yang mengejutkan apabila kumpulan berasal daripada negara yang pernah menjadi antara termiskin di dunia mampu mengalahkan selebriti barat.

Kemasyhuran BTS bukan sahaja mengubah dunia muzik bahkan memberi banyak manfaat kepada ekonomi Korea Selatan.

Pada tahun 2019, BTS telah menyumbang sebanyak $4.65 bilion untuk ekonomi Korea Selatan melalui penjualan album, tiket konsert dan barangan rasmi kumpulan.

Boleh dikatakan peminat BTS ataupun lebih dikenali sebagai Army juga memainkan peranan penting dalam menjadikan kumpulan itu mampu menjana berbilion dolar.

Hari ini sahaja, BTS bernilai 0.3 peratus daripada keseluruhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Korea Selatan. Kumpulan ini dijangka akan memberi  $48 bilion untuk ekonomi Korea Selatan menjelang tahun 2023.

Perkara ini adalah sangat luar biasa kerana artis di negara kita sendiri belum mampu menyumbang sebanyak itu kepada ekonomi negara walaupun memiliki kumpulan berbakat seperti Search, Butterfingers dan Raihan.

Walau bagaimanapun, semuanya bermula dengan budaya muzik Kpop itu sendiri dimana mereka akan merekrut individu yang berpotensi menjadi terkenal. Individu itu akan dilatih serta dibentuj menjadi sebuah kumpulan sedari usia muda lagi.

Jika individu tersebut tidak mencapai kriteria yang ditetapkan, mereka akan disingkirkan. BTS juga dipilih menggunakan sistem seperti ini tetapi kumpulan itu diberikan kebebesan untuk membentuk muzik, lirik dan media sosial sendiri.

Mungkin di masa hadapan kita bakal melihat BTS memainkan muzik grunge, heavy metal dan rock alternatif memandangkan kumpulan itu bermula sebagai hiphop sebelum menjadi pop.

Dari aspek pemasaran pula, semuanya akan diuruskan secara agresif oleh pihak pengurusan disamping sikap BTS yang mesra peminat.

Sikap itu memberi pemasaran yang percuma kepada BTS apabila laman sosial seperti Twitter dibanjiri tanda pagarnama kumpulan tersebut.

Secara tidak langsung, BTS semakin dikenali dengan muzik dan produk yang dibawa oleh mereka. Malahan dalam kalangan Army, BTS dianggap sebagai tokoh masyarakat kerana pernah berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bukan itu sahaja, produk-produk BTS juga telah mula dijual di Amerika Syarikat dan mudah didapati melalui rangkaian kedai runcit Wallmart. Kumpulan itu juga menjadi duta untuk Fila, Seoul, Hyundai Palisade dan Formula E.

Senang cerita, BTS ada di mana sahaja melainkan beberapa negara yang mengamalkan dasar tutup pintu.

Jenama yang dibawah oleh kumpulan itu sangat hebat sehingga barangan bukan rasmi yang digunakkan oleh BTS turut menjadi buruan walaupun sekadar tshirt biasa sahaja.

Perkara ini juga memberi masalah kepada kumpulan tersebut apabila imej mereka digunakan tanpa izin untuk sesetengah pihak menjana keuntungan.

Tambahan pula, ada segelintir Army yang membeli barang tersebut kerana ketidakmampuan kantung kewangan mereka mendapatkan produk rasmi BTS.

Army juga memainkan peranan penting terhadap muat turun lagu yang tinggi di platform penstriman seperti iTunes dan Spotify lantas memberi banyak keuntungan kepada BTS.

Sementara itu label yang menguruskan kumpulan itu bercadang untuk memperkenalkan taman tema BTS bagi memudahkan peminat mendapatkan produk mereka.

Dijangka ianya akan memberikan keuntungan yang sangat besar sehinggalah kumpulan itu mencecah umur 30-an jika menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Natijahnya, sokongan peminat memberikan peranan penting untuk BTS menjana berbilion dolar disamping teknik pemasaran daripada syarikat rakaman.

Keuntungan itu dipulangkan kembali kepada negara mereka lantas memberi manfaat kepada ramai pihak. Jadi jika anda serius bermain muzik, anda juga boleh menyumbang kepada KDNK negara.

Artikel boleh dibaca di laman portal dan kewangan kami juga, The Outlook.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.