Bila sebut “kartel dadah”, kita selalu bayangkan geng mafia di Mexico atau Colombia. Tapi, pernah tak kita terfikir bahawa kuasa besar seperti British sebenarnya pernah jadi kartel dadah paling besar di dunia?
Inilah yang berlaku dalam Perang Candu (Opium Wars) pada abad ke-19. Waktu itu, British sangat gilakan teh dari China. Tapi masalahnya, China tak berminat dengan barangan British. Tambah pula, China hanya nak bayaran dalam bentuk perak.
Ini buatkan ekonomi Britain merundum teruk.
Untuk selesaikan masalah ni, British ambil langkah paling radikal. Mereka seludup candu masuk ke China secara besar-besaran! Candu ialah sejenis dadah dari biji popi yang dihasilkan dari India dan dijual secara gelap kepada rakyat China.
Lama-lama, berjuta rakyat China jadi penagih dan masyarakat mereka runtuh dari dalam. Ramai rakyat China yang mula tidak bekerja kerana terlalu ketagih dengan candu. Masalah mora juga mula bermaharajalela.
Kerajaan Dinasti Qing di China cuba hentikan kegiatan ni. Tapi bila mereka bakar stok candu dan tahan kapal British, British terus lancarkan perang. Ya, kuasa Eropah ini berperang semata-mata nak terus jual dadah kepada satu bangsa yang sedang sengsara.
China kalah teruk. Mereka dipaksa tandatangan perjanjian berat sebelah. Antaranya serahkan Hong Kong kepada British dan buka pelabuhan untuk dagangan asing. Semua ni berlaku sebab satu perkara: dadah.
Jadi, walaupun hari ni Britain dikenali sebagai negara beradab dan berperlembagaan, sejarah hitamnya menunjukkan bahawa mereka pernah kaya raya hasil menjual candu.
Sejarah telah buktikan bahawa British pernah menjadi kartel dadah paling sistematik dalam sejarah moden. Lengkap dengan tentera, kapal perang dan sokongan kerajaan.
Ironinya, bila negara-negara lain terlibat dengan dadah hari ini, mereka sering dikecam oleh Barat. Tapi sejarah tak pernah lupa. British pun pernah buat perkara yang sama, malah lebih terancang dan ganas.
Bezanya, mereka menang perang. Dan penulisan sejarah, seperti biasa, berpihak kepada yang menang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih