Kacau orang melatah ni memang seronok sebab kita baru agak sikit sahaja, diorang dah terkejut beruk.

 

Kita terhibur dengan gelagat orang yang kuat melatah kerana akan buat perkara pelik-pelik.

 

Jangan terkejut sebab orang kita punya melatah ni buatkan British pelik sebab dekat negara diorang tiada sifat tersebut.

 

Buktinya, sifat ni ada diterangkan dalam buku Malay Sketcher yang ditulis oleh Frank Swettenham.

 

Ketika memasuki kawasan Kerian di Perak, Frank Swettenham berjumpa dengan ramai orang yang kuat melatah.

 

Pada mulanya, dia ingat orang Kerian je yang berperangai macam tu.

 

Tapi bila Frank Swettenham duduk bersama 25 orang askar Melayu di Langat, dia dapati ada dua orang askar begitu kuat melatah.

 

Frank Swettenham pelik sebab dua orang askar tersebut berasal dari Melaka dan takde kaitan langsung dengan Perak.

 

Perhati punya perhati, Frank Swettenham berpendapat melatah adalah sifat khas orang Melayu.

 

Kenapa rakyat Malaysia kuat melatah?

 

Menurut Hugh Clifford, budaya melatah dalam kehidupan masyarakat Tanah Melayu berpunca daripada cuaca yang tak menentu.

 

Benda ni menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat kerana mereka akan terganggu untuk melaksanakan tugas seharian seandainya cuaca tiba-tiba berubah.

 

Dari situ dikatakan masalah latah ini muncul kerana rasa gelisah jika ada sesuatu yang mengganggu.

 

Apabila diusik, mereka akan terus terkejut sehingga mengeluarkan carutan dan meloncat-loncat.

 

Budaya latah ni pun dikaitkan dengan tempat tinggal orang Melayu yang kebiasaannya duduk di kawasan kampung ataupun luar bandar.

 

Jadi orang Melayu dah terbiasa dengan kesunyian dan kesepian.

 

Bunyian yang agak kuat sangat asing bagi mereka sehingga jika diusik atau disergah pasti akan terkejut.

 

Sedikit demi sedikit budaya latah muncul setelah perbuatan mengusik dilakukan berulang kali sehingga terkeluarnya carutan.

 

Salah satu cara untuk atasinya adalah duduk di kawasan bandar. Ini kerana suasana di bandar adalah sangat bising sehingga mustahil untuk rakan-rakan mengusik sehingga melatah.

 

Budaya latah ni pun wujud kerana refleks kita yang mahu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya.

 

Sama macam kita pegang cerek panas, dengan pantas kita akan alihkan tangan bagi elak melecur.

 

Jadi apabila seseorang itu diusik atau disergah secara mengejut, segala carutan tersebut boleh dianggap sebagai mahu mengusir anasir jahat daripada datang mengganggu.

 

Malah ada yang beranggapan budaya latah ini wujud angkara penjajahan barat terhadap Asia Tenggara.

 

Penjajahan tersebut telah mewujudkan ketakutan dalam kalangan rakyat tempatan kepada kuasa asing. Mungkin sebab British, kita semua kuat melatah.

 

Tapi, dalam konteks sains lain pula penjelasannya.

 

Tindak balas ni digelar (startle response) iaitu sejenis tindak balas yang dikawal oleh batang otak (brainstem).

 

Apa yang menjadi ketara adalah, apabila si ‘pelatah’ memberi respon secara berlebihan tanpa sedar malah kadang-kala membahayakan diri sendiri atau orang lain.

 

Fenomena ni dianggap tak normal dan merupakan sejenis sindrom. lanya tergolong sebagai ‘sindrom terkejut berlebihan’ (hyperstartle syndorme). Reaksi yang bukan dibuat-buat bahkan berlaku pada kadar di luar kawalan.

 

Latah lebih cenderung berlaku pada orang yang pernah melalui pengalaman yang amat tertekan contohnya kematian orang tersayang.

 

Pelatah lebih cenderung mengalami kemurungan (depression) dan gangguan rasa cemas (anxiety disorder).

 

Walau bagaimanapun, melatah taklah sampai dikategorikan sebagai penyakit kerana ianya diterima umum.

 

Tak ramai menganggap latah memerlukan rawatan malah sebenarnya takde rawatan spesifik yang intensif yang berfungsi untuk menyembuh sindrom unik ni.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

PBAKL kembali lagi! Temui penulis-penulis kami dan dapatkan buku-buku kami hanya di reruai kami di Dewan Tun Razak 4, PWTC pada 25 Mei hingga 3 Jun nanti!

 

Nak tahu apa lagi kejutan yang akan kami sajikan di PBAKL nanti? Boleh lawati laman web kami: https://thepatriots.store/pbakl/

 

Jumpa anda disana!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply