Brassiere.
Ya, umumnya telah tahu fungsi utama pakaian dalam milik manusia ini, khususnya diciptakan untuk berjantina perempuan tulen dan bukannya untuk pondan jadian.
Kalau diteliti kembali sejarahnya, sebelum kemunculan bra modern, perempuan Yunani memakai selendang atau kain yang dililit rapi di dada mereka khususnya dalam acara sukan, berdasarkan dari lukisan mozek abad ke-4 M, yang terdapat di Villa Romana del Casale, Sicily. Pada zaman tersebut, ia tidak disebut sebagai bra, tetapi dikenali sebagai apodesmos, stethodesme, mastodesmos dan mastodeton (bahasa Yunani) yang mana semuanya membawa satu maksud. Gelang dada atau bungkusan dada. Maksud saya, bungkusan buah dada.
Pemakaian sebegini turut ditemui pada zaman Mesir purba dan tamadun lainnya. Bungkusan dada ini melalui pelbagai perubahan rekabentuknya dari zaman ke zaman seperti pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M.
Sehinggalah pada tahun 1914, seorang wanita dari New York, Mary Phelps Jacob, mencipta bra modern dan mematenkannya melalui inspirasi pakaian dalam wanita dari abad ke-18 M.
Bra mula dikenali sebagai pakaian dalam wajib bagi wanita dari sekitar tahun 1918 melalui perkembangan fesyen di negara Amerika Syarikat. Dari saat itu, ia mulai diterima di seluruh dunia.
Baik, kembali kepada tajuk utama.
Bra tertua didunia yang dianggarkan dibuat pada sekitar tahun 1390-1485 M ini ditemui oleh ahli arkeologi ketika membaikpulih istana Lengberg, Tyrol di Austria pada tahun 2008. Pentarikhan ini dilakukan melalui analisis radiokarbon dari Universiti Innsbruck ke atas bahan fiber yang terdapat pada bra tersebut.
Ia ditemui di dalam sebuah ruangan rahsia yang terletak di tingkat dua, yang dimana di dalam ruangan tersebut turut memuatkan 2,700 bahan tekstil lainnya, termasuk kayu yang diproses, bahan kulit dan kasut. Turut ditemui beberapa helai seluar dalam lelaki.
Beatrix Nutz, ahli arkeologi yang melakukan pentarikhan radiokarbon tersebut, mengemukakan teori yang perempuan pada zaman itu, menjahit dan membuat sendiri bra mereka tanpa bantuan tukang jahit lelaki. Dan mereka memanggilnya sebagai ‘breastbag’. Beliau mengeluarkan sebuah kertas kajian tesis berkenaan penemuan pakaian-pakaian di istana Lengberg pada tahun 2012.
Beatrix mengungkapkan:
“Ia sesuatu yang mustahil yang bra sudah diciptakan pada abad ke-15 M”.
Penemuan ini diibaratkan seperti ‘rewrite’ kembali sejarah pemakaian manusia pada zaman pertengahan.
Nota kaki: Penulis bukan peminat bra. Penulis seorang yang suci dan baik. Ini adalah sebuah penulisan pendek yang tidak mengandungi apa-apa niat yang buruk dan miang.
RUJUKAN:
1. Medieval Fashion Statement oleh Jarret A. Lobel.
2. Medieval Lingerie Discovered, University Innsbruck oleh Beatrix Nutz.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih