Dalam lipatan sejarah Eropah, terdapat banyak kisah tentang penentangan terhadap kekuasaan Rom. Salah satu kisah yang paling masyhur adalah kisah perjuangan Boudica, seorang ratu dari puak Iceni di Britain yang memimpin pemberontakan besar-besaran melawan penaklukan Rom.
Boudica merupakan isteri kepada Prasutagus, raja puak Iceni, yang selama ini menjadi sekutu kepada Rom. Namun, selepas kematian Prasutagus pada tahun 60/61 Masihi, harapan baginda untuk memastikan keselamatan tanah dan harta puaknya terjaga dengan mewariskannya kepada kedua-dua anak perempuannya dan Maharaja Nero (54–68M) hancur.
Rom dengan angkuh ‘mengoyak’ wasiat tersebut. Mereka rampas tanah dan harta puak Iceni. Boudica digertak sehingga cedera, sementara anak-anak perempuannya diperkosa oleh tentera Rom.
Tindakan zalim ini mencetuskan kemarahan Boudica. Beliau bangkit memimpin puaknya serta beberapa puak lain yang turut merasa tertekan dengan kekuasaan Rom. Dengan semangat juang yang membara, Boudica kumpulkan tentera besar dan memulakan serangan terhadap petempatan Rom di Britain.
Sasaran terawal mereka ialah Camulodunum (Colchester), pusat pentadbiran Rom di Britain. Mereka menghancurkan bandar tersebut dengan kekuatan luar biasa. Dikatakan rakyat Rom di Camulodunum dibantai sehabis-habisnya dengan pasukan Boudica. Darah mereka membasahi setiap ceruk Camulodonum.
Kemenangan awal Boudica tidak berakhir di situ sahaja. Beliau meneruskan kemaraan ke Londonium (London) dan Verulamium (St Albans) yang merupakan dua kota penting di bawah kekuasaan Rom.
Kedua-dua kota ini juga mengalami nasib yang sama, rakyatnya dibantai, rumah-rumah dihancurkan dan dibakar oleh bala tentera Boudica. Kemenangan berturut-turut ini memberikan harapan besar kepada penduduk tempatan bahawa mereka akhirnya dapat mengusir penjajah Rom dari tanah mereka.
Namun, kejayaan Boudica tidak bertahan lama. Gabenor Rom di Britain ketika itu, Gaius Suetonius Paulinus, yang sedang berperang di tempat lain, segera kembali dan mengumpulkan pasukannya untuk menghadapi ancaman Boudica.
Dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Watling Street pada 61 Masihi, tentera Rom yang lebih teratur dan berpengalaman berjaya mematahkan pemberontakan Boudica. Walaupun jumlah tentera Rom lebih kecil, strategi dan disiplin mereka menyebabkan kemenangan berpihak kepada mereka.
Pemberontakan tersebut berakhir dengan kekalahan besar bagi pasukan Boudica.
Selepas kekalahan di Watling Street, Boudica dipercayai melarikan diri sebelum mengambil racun dan mati bagi mengelakkan dirinya ditangkap oleh pihak Rom.
Kesannya, Rom berjaya mengukuhkan lagi cengkaman mereka ke atas Britain. Walaupun begitu, semangat juang dan keberanian Boudica terus dikenang hingga ke hari ini. Beliau menjadi simbol penentangan terhadap penindasan dan ketidakadilan.
Monumen Boudica di tepi Sungai Thames di London berdiri sebagai penghormatan kepada keberanian beliau. Kisah Boudica mengingatkan kita bahawa walaupun dalam menghadapi kuasa besar dan penindasan, semangat kebebasan dan keadilan tidak pernah padam.
Oleh: Fakhry Harraz
Nak tahu apa lagi Rom buat di Britain? Jom dapatkan KITAB TAMADUN ROM, dalam buku ini terdapat banyak trivia dan fakta menarik tentang Empayar Rom. Dapatkan segera: https://s.shopee.com.my/7UvfpWUBpM

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply