Wong Swee Chin, seorang lelaki berbangsa cina yang dilahirkan di ibu kota Kuala Lumpur pada 3 Mac 1951 dan dibesarkan seperti orang kebanyakan yang lain. Swee Chin atau dengan nama ‘glamour’-nya, Botak Chin mempunyai bilangan adik beradik yang ramai iaitu seramai 10 orang dan hal ini memaksanya menamatkan persekolahan pada usia 15 tahun demi membantu keluarganya mencari rezeki.

Dia kemudian bekerja sebagai seorang pembantu di sebuah pasar borong di Jalan Tun Ismail. Di situlah titik permulaan kerjayanya sebagai antara penjenayah terbesar negara pada suatu ketika dahulu.

Nama Botak Chin yang digunapakai olehnya itu sebenarnya bermaksud ‘Cina Tiada Kerja’ dalam dialek hokkien dan bukannya berkait dengan rupa paras fizikalnya. Dia juga dikenali dengan gelaran Robin Hood Moden (Modern Robin Hood) semasa kemuncak ‘kerjayanya’.

Bermulanya Kisah Seorang Penjenayah

Berdasarkan rekod, Swee Chin atau Botak Chin ini pada mulanya menyertai kumpulan gengsterisme 360 semasa dia bekerja di sebuah pasar borong di Jalan Tun Ismail pada sekitar tahun 1967.

Dari situ, dia bersama-sama dengan tiga orang rakannya telah melaksanakan sebuah r0mpakan bers3njata mereka yang pertama pada tahun 1969 iaitu pada usia Botak Chin yang begitu muda semasa dia baru sahaja berusia 18 tahun.

Botak Chin seterusnya menubuhkan geng kongsi gelapnya sendiri bersama-sama dengan tiga orang rakannya iaitu Ng Cheng Wong, Beh kok Chin, dan The Bok Lay. Mereka ini sangat agresif kerana pada bulan September tahun 1969 sahaja, mereka telah melakukan 8 rompakan bers3njata. Ini seterusnya menyebabkan Botak Chin dipenjara 7 tahun atas pertuduhan kesemua rompakan yang dilakukannya pada bulan tersebut.

Dia yang dibebaskan dari penjara 5 tahun kemudian, telah menjalankan perniagaan menjual sayur-sayuran di pasar dalam usahanya untuk berubah kembali menjadi orang biasa. Namun, hasil yang diterimanya daripada perniagaan tersebut tidak lumayan dan dianggapnya tidak berbaloi dan itu menjurus kepada Botak Chin melibatkan diri dalam jenayah semula.

Botak Chin kemudian kembali bergabung bersama rakan-rakannya. Negara Thailand menjadi destinasi mereka bagi mendapatkan bekalan s3njata api dan peluru untuk mereka kembali ke lembah jenayah yang biasa mereka lakukan sebelum dipenjara.

Kegilaan dan keagresifan mereka menjadi membuak-buak hasil daripada pembelian s3njata api di Thailand itu. Ini menjurus kepada sebuah r0mpakan bers3njata api di sebuah pusat perjudian haram di ibu kota. Hasil daripada rompakan itu sahaja, mereka berjaya melarikan keuntungan melebihi angka RM5000.

Keuntungan yang dilarikan mereka itu tidak dibazirkan begitu sahaja, mereka menggunakannya untuk sekali lagi membeli s3njata api di Thailand supaya boleh digunakan pada r0mpakan yang berskala lebih besar.

Pada sekitar pertengahan tahun 1975, mereka telah melakukan beberapa siri r0mpakan seperti yang berlaku di sebuah bank di Jalan Imbi di ibu negara. Hasil daripada r0mpakan tersebut, mereka berjaya melarikan wang hampir RM100, 000.

Namun begitu, aktiviti jenayah mereka tidak terhenti di situ, tidak lama selepas r0mpakan di bank tersebut, mereka mer0mpak pula beberapa orang pemain mahjung di sebuah kuil di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur dan Botak Chin bersama rakan-rakannya berjaya melarikan wang dan barang kemas yang bernilai lebih RM10 000.

Tanggal 26 Oktober 1975 merupakan satu tanggal di mana Botak Chin berjaya melakukan rompakan terbesarnya di mana dia dan rakan-rakan berjaya mer0mpak dan melarikan sejumlah wang bernilai RM218 000 dari sebuah kelab lumba kuda. Daripada hasil r0mpakan tersebut, beberapa pucuk s3njata api dan kira-kira 5 butir bom tangan berserta lebih 1000 butir peluru dibeli olehnya di Thailand.

Botak Chin yang terkenal dengan sifat yang agresif telah men3mbak m4ti ketua geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek dan raknnya sendiri, Ng Cheng Wong atau juga dikenali sebagai Ah Wong pada tahun yang sama di sebuah kawasan lombong tinggal di Jinjang, Kuala Lumpur selepas mendapati kedudukannya sebagai ketua kumpulan seakan dicabar oleh kedua individu tersebut.

Pada tahun berikutnya, Botak Chin mula merekrut ahli baru untuk masuk ke kumpulannya. Dia bersama kumpulannya kemudian melakukan 3 siri r0mpakan dan berjaya melarikan wang sebanyak kira-kira RM400 000. Dalam 3 siri r0mpakan tersebut, polis berjaya menembak m4ti 7 orang ahli kumpulannya dan berjaya merampas 15 pucuk s3njata bersama beberapa butir bom tangan.

Kejatuhan Botak Chin

Botak Chin yang menyedari dia semakin kuat diburu oleh polis lebih-lebih lagi selepas sebuah pasukan khas polis ditubuhkan hanya untuk mengangkapnya, dia telah membuat keputusan untuk membvnuh pegawai kanan polis, DSP S. Kulasingam yang mengetuai pasukan khas tersebut. Usahanya itu gagal dan dia akhirnya ditangkap pada tanggal 16 Februari 1976 selepas terselamat walaupun telah dit3mbak sebanyak 6 das t3mbakan oleh pihak polis.

Dia kemudian dijatuhkan hukuman gantung mandatori ke atas semua jenayah yang telah dilakukannya sebelum itu. Semasa di dalam penjara, Botak Chin tidak mendiamkan diri namun bertindak untuk cuba melarikan diri dari penjara. Dia juga telah menyebabkan beberapa orang warden yang mengawasinya c3dera akibat dis3rangnya. ‘Penantiannya’ akhirnya berakhir pada tanggal 11 Jun 1981 selepas dia digantung sehingga m4ti pada tarikh tersebut.

Artikel dikirimkan oleh Sang Taming Marhaen untuk The Patriots.

RUJUKAN

1. ExecutedToday.com (2019). Posts filed under ‘Malaysia’. https://www.executedtoday.com/category/where/malaysia/

2. The Star Online (2010). Where Botak Chin met his end. https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/06/27/where-botak-chin-met-his-end

3. ILUMINASI (2019). 5 Kes Jenayah Tergempar Di Malaysia Yang Berakhir Dengan Hukuman M4ti. https://iluminasi.com/bm/kes-tergempar-yang-membawa-hukuman-m4ti-di-malaysia.html

4. LIBUR (2019). Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Diraja Malaysia Ada Jawapannya https://www.libur.com.my/siapa-penjenayah-botak-chin-muzium-polis-di-raja-malaysia-ada-jawapannya/

5. BH Online (2015). Botak Chin serang wadar ketika cuci tong najis. https://www.bharian.com.my/node/83390

6. Jom berhibur (2013). Sejarah Botak Chin. http://jomberhibur10.blogspot.com/2013/04/sejarah-botak-chin.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sangat berminat menulis mengenai tokoh-tokoh negara/melayu dalam terutamanya bidang sukan dan keselamatan.

Comments are closed.