AIR Asia, MAS dan Malindo merupakan antara syarikat penerbangan awam yang gah namanya seantero dunia dan ianya juga turut menjadi pilihan pelanggan untuk ke Borneo.  Jika ingin tambang yang murah maka pilihlah Air Asia kerana “Now everyone can fly” dan jika ingin nampak lebih bijak tinggi di awan mungkin Malindo Air akan menjadi dambaan dengan mottonya “Smarter Way To Stay High”.

Untuk mereka  sentiasa membayangkan layanan kelas pertama, tiada salahnya membayar tambang lebih sedikit dengan menggunakan perkhidmatan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kerana disinilah “Malaysian Hospitality” bermula. 

Pulau Borneo itu cukup besar keluasannya dan penduduknya mendiami Pulau Borneo berselerak dan selain daripada itu ianya juga mempunyai empat negara di dalamnya iaitu wilayah Sarawak dan Sabah, Malaysia; Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan, Republik Indonesia.  Pengangkutan air sudah tentu menjadi pengangkutan yang popular daripada dahulu sehinggalah sekarang selain ada sesetengah tempat sudah mampu dihubungi dengan jalan darat. 

Menyelusuri sejarah pengangkutan udara di Borneo sebenarnya sudahpun ada sejak menjadi tanah-tanah jajahan pentadbiran British Borneo. Sekitar tahun 1957, pihak pentadbiran British Borneo mendapati keperluan untuk adanya satu perkhidmatan udara bagi menghubungkan tiga tanah jajahan mereka di Borneo begitu mendesak sekali. 

Untuk itu, mereka telah sepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan yang dinamakan Syarikat Borneo Airways Limited pada masa itu.  Selain menjadi penghubung paling pantas antara tiga wilayah jajahan British di Borneo, syarikat ini juga turut menyediakan penerbangan penumpang, kargo dan mel udara langsung dari Borneo ke Singapura. 

Pada tahun 1962, sebuah syarikat penerbangan yang dinamakan Sabah Airways Limited kepunyaan Straits Steamship Company Limited menghadapi kengkangan kewangan yang meruncing untuk terus beroperasi.  Pada ketika itulah, Borneo Airways Limited telah membeli saham-saham syarikat lantas mengambilalih kesemua operasinya.  Sabah Airways dan Borneo Airways Limited bergabung dan dijenamakan semula dengan nama Borneo Airways. 

Tanggal 16 September 1963, Sabah dan Sarawak membentuk Negara Malaysia bersama-sama dengan Singapura dan Malaya turut memberi tempias ke atas operasi perkhidmatan udara yang disediakan oleh Borneo Airways.  Ini kerana pada masa itu segala hal ehwal perkhidmatan penumpang, kargo dan mel udara daripada Sabah mahupun Sarawak telah diambilalih sepenuhnya oleh Malayan Airlines yang menyediakan penerbangan antara Singapura-Kota Kinabalu dan Singapura-Kuching. Sementara itu Borneo Airways hanya dibenarkan untuk beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo bagi wilayah Borneo sahaja iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Pada tahun 1965, Singapura secara rasminya telah keluar daripada Malaysia lantas menubuhkan syarikat penerbangan sendiri yang dikenali sebagai Singapore Airlines. Malayan Airlines yang dijenamakan semula pada tahun 1963 sebagai Malaysia Singapore Airlines bertindak menukar nama syarikat tersebut kepada Malaysia Airlines. Pada ketika inilah kesemua saham-saham dan milikan Borneo Airways dibeli oleh Malaysia Airlines System dan kesemua urusan pengangkutan udara telah didominasi oleh MAS. Sejak daripada itulah, Borneo Airways yang beroperasi di Borneo dari tahun 1957 terkubur dan hanya diingati di dalam lipatan sejarah penerbangan Borneo.

Jika kita menyoroti sejarah bagaimana operasi pembelian dan penjualan tiket Borneo Airways di Sarawak sebenarnya langsung tidak mempunyai kaunter jualannya sendiri.  Sebaliknya urusan pemasaran dan jualan tiket dilakukan oleh sebuah syarikat milik kerajaan yang dinamakan Sarawak Steamship Limited yang beribupejabat di Kuching, Sarawak sebagai agen jualan tiket mereka bagi wilayah Sarawak pada waktu itu. Hanya setelah keseluruhan operasi syarikat diambilalih oleh Malaysia-Singapore Airlines yang kemudiannya menjadi Malaysia Airlines, kesemua urusan diuruskan oleh mereka sendiri. 


Sekitar tahun 1997, satu syarikat penerbangan yang dinamakan Borneo Airways ditubuhkan semula namun ianya langsung tiada mempunyai sebarang perkaitan dengan sejarah Borneo Airways 1957.  Ini kerana ianya adalah entiti perniagaan yang berlainan yang mana melibatkan Royal Brunei Airlines telah memutuskan perniagaan mereka dengan Hornbill Skyways. Namun begitu “Borneo Airways” yang baru setahun beroperasi pada ketika itu terkubur jua apabila operasinya ditutup atas beberapa masalah yang tidak mampu dielakkan.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

  1.  Book title “The Fork Once Taken: From The British Crown Colony” by Charles. W. Parton
  2. Borneo Airways.https://www.revolvy.com/page/Borneo-Airways
  3. Borneo Airways. https://www.flightmalaysia.com/borneo-airways.php
  4. History of Malaysia Airlines.https://www.seatmaestro.com/airlines-seating-maps/malaysia-airlines/history/
  5. The Sarawak Steamship Company Limited.http://www.sarawaksteamship.com

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Comments are closed.