Conservative (kadang dipanggil dengan nama lama “Tory”) menang tu tak surprise. Yang surprise ialah majoriti yang begitu besar. Kali terakhir Conservative dapat 360+ kerusi adalah pada zaman Margaret Thatcher (1979-1990). Terdiam orang yang sebelum ni skeptis dan sinis dengan kebolehan Johnson sebagai pemimpin.

Keputusan ini membuktikan 2 perkara:

PERTAMA, rakyat UK dah fatigue dengan isu Brexit yang masih belum selesai. Just f—ing get it done. Dah tak larat nak layan Second Referendum yang akan berlaku kalau Labour menang.

Seperti yang Johnson harapkan, pengundi di kawasan Red Wall telah “swing” dari Labour ke Conservative. Lebih 40 kerusi Labour beralih ke Conservative, termasuk kerusi stronghold seperti Blyth Valley (dipegang Labour sejak 1950), Bishop Auckland (dipegang Labour sejak 1935), Leigh (dipegang Labour sejak 1922) dan Newcastle-under-Lyme (dipegang Labour sejak 1919). Gila dahsyat penangan BoJo ni.

Resipi kejayaan Johnson sebenarnya sama je dengan kejayaan Donald Trump di US, iaitu menjadi jaguh kepada golongan “working class” dan “lower middle class” yang merasa suara mereka tak didengari oleh elit parti yang mereka undi selama ni. Pengundi Democrat di “Rust Belt” undi Trump sebab rasa suara mereka nak lebih banyak protectionism tak didengari oleh Obama dan Hillary Clinton. Pengundi Labour di Red Wall rasa pilihan mereka untuk keluar EU tak dihormati oleh Corbyn, maka undi Conservative je lah jawabnya.

Dengan majoriti yang ada, kemungkinan UK untuk keluar EU pada Januari tahun depan jadi semakin cerah. Dan itulah tujuan sebenar Johnson membubar parlimen. Keberanian Johnson mengambil risiko, diiringi dengan strategi yang betul mendatangkan pulangan yang diharapkan.

KEDUA, sosialisme masih kurang popular di UK. Manifesto Corbyn dilihat terlalu sosialis, dan itu sebabnya dia ditolak. Tahun 1983, Thatcher juga menewaskan Labour di bawah Michael Foot (juga seorang sosialis totok) dengan majoriti 397. Akibat kekalahan itu, Labour di bawah Neil Kinnock, Tony Blair dan Gordon Brown membuang sosialisme dengan memeluk “Third Way” yang lebih mesra kapitalisme pasaran bebas. Kekalahan Labour di bawah Corbyn membuktikan sekali lagi mensosialiskan Labour adalah strategi yang sia-sia.

Benda ni akan mempengaruhi pilihanraya presiden US tahun depan. Parti Democrat mungkin tak akan letakkan Bernie Sanders (seorang “democratic socialist”) sebagai calon untuk lawan Trump, sebaliknya naikkan Elizabeth Warren yang merupakan seorang “progressivist”.

Satu lagi, Corbyn kalah sebab anti-Yahudi. OK gurau. Maklumlah orang Malaysia tak sah sembang politik dunia kalau tak selit cerita Yahudi.

Cuma sekarang orang risau, Brexit akan menyebabkan Scotland bertambah nekad untuk keluar daripada UK, lagi-lagi kedudukan SNP (parti separatis yang anti-Brexit) sekarang menjadi semakin kukuh, sapu 48 daripada 59 kerusi di Scotland. Pemimpin SNP, Nicola Sturgeon dah habaq sebelum PRU, kalau Conservative menang dan Brexit terlaksana, maka dia akan mengadakan referendum kemerdekaan Scotland sekali lagi.

Situasi di Northern Ireland pun bakal jadi lebih rumit memandangkan gabungan parti-parti anti-Brexit (Sinn Fein, SDLP, Alliance) memperolehi jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Democratic Unionist Party (pro-Brexit).

For better or for worse, Brexit ialah proses “rebirth” UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.