Ini ialah artikel terjemahan tulisan Sébastien Roblin.

Poin penting: kapal selam peluru berpandu balistik menjanjikan kuasa serangan balas nuklear yang tidak boleh dihalang—dan akan mencegah mana-mana musuh yang waras daripada cuba melancarkan serangan pertama nuklear atau menggunakan senjata nuklear sama sekali.

9 tahun selepas pengeb0man b0m atom terhadap H!roshima dan Nag4saki, Godzilla oleh Ishirō Honda menggambarkan raksasa yang terbangun daripada laut dalam untuk menimbulkan kekacauan di bandar-bandar Jepun.

Namun, reptilia gergasi bernafas api ini adalah kurang mengerikan berbanding apa yang akan ada selepasnya.

Dalam masa kurang daripada sedekad, terdapat puluhan raksasa bawah laut yang mampu memusnahkan beberapa bandar pada satu masa. Sudah tentunya, saya merujuk kepada kapal selam peluru berpandu balistik, atau “boomer” dalam istilah Tentera Laut A.S.

Kaiju sebenar yang paling membawa kemusnahan yang berkeliaran di lautan pada hari ini adalah 14 kapal selam peluru berpandu balistik kelas Ohio, yang membawa bersamanya lebih separuh daripada senjata nuklear Amerika Syarikat.

Jika anda melakukan perkiraan, kapal selam kelas Ohio mungkin merupakan sistem senjata yang paling memusnahkan yang dicipta oleh manusia.

Setiap kapal selam yang sepanjang 170 meter ini boleh membawa 24 peluru berpandu balistik Trident II yang dilancarkan daripada kapal selam (SLBM) yang boleh ditembak dari bawah air untuk meny3rang sasaran yang berada lebih dari 7 ribu batu jauhnya bergantung kepada beban.

Ketika peluru berpandu Trident II memasuki semula atmosfera pada kelajuan yang mencecah sehingga Mach 24, ia berpecah menjadi 8 kenderaan bebas masuk semula, setiap satunya dengan kepala peledak 100 kiloton atau 475 kiloton nuklear.

Secara ringkasnya, tembakan penuh (full salvo) daripada kapal selam kelas Ohio—yang boleh dilancarkan dalam masa kurang daripada seminit—boleh melepaskan sehingga 192 kepala peledak nuklear untuk menghapuskan 24 bandar daripada peta. Ini adalah senjata kiamat yang mengerikan.

Pesaing terdekat kepada kapal selam kelas Ohio adalah kapal selam tunggal yang masih tersisa daripada kelas Typhoon milik Rusia, sebuah kapal selam yang lebih besar dengan 20 tiub pelancar peluru berpandu balistik.

Walau bagaimanapun, China, Rusia, India, England dan Perancis semuanya mengendalikan pelbagai kapal selam peluru berpandu balistik dengan pelbagai senjata peluru berpandu—dan bahkan beberapa kapal selam semacam itu akan mencukupi untuk memusnahkan bandar-bandar utama di negara maju.

Apakah alasan yang mungkin ada untuk senjata-senjata pemusnah negara seperti itu?

Logik pencegahan nuklear: sementara s3rangan pertama nuklear mungkin menghapuskan sistem peluru berpandu darat dan pesawat pengebom nuklear sesebuah negara.

Ianya adalah sangat sukar untuk mengesan kapal selam peluru berpandu balistik yang melakukan pengawasan secara senyap-senyap di kedalaman lautan—dan hanya ada sedikit harapan untuk menghapuskan semua kapal selam tersebut dalam s3rangan pertama nuklear.

Oleh itu, kapal selam peluru berpandu balistik menjanjikan s3rangan balas nuklear yang tidak boleh dihalang—dan seharusnya mencegah mana-mana musuh yang waras daripada cuba untuk melancarkan s3rangan pertama nuklear atau menggunakan senjata nuklear sama sekali. Sekurang-kurangnya itulah harapannya.

Oleh itu, kapal selam kelas Ohio yang bersenjatakan peluru berpandu Trident akan berjaya dalam misi mereka jika mereka tidak sesekali melancarkan senjata mereka dalam keadaan marah.

Kapal selam kelas Ohio memasuki perkhidmatan pada tahun 1980-an sebagai pengganti kepada 5 kelas kapal selam peluru berpandu balistik yang berbeza, kapal-kapal selam yang secara kolektifnya dikenali sebagai “41 for Freedom.”

Mensesarkan lebih daripada 18,000 tan yang tenggelam, boomer yang baru kekal sebagai kapal selam terbesar yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat—dan merupakan kapal selam ketiga terbesar yang pernah dibina.

Dengan pengecualian terhadap kapal Henry M. Jackson, setiap kapal selam peluru berpandu balistik dinamakan sempena negeri-negeri dalam A.S., suatu bentuk penghormatan yang sebelum ini diberikan untuk kapal p3rang permukaan yang besar.

Dalam situasi berlakunya s3rangan berbalas nuklear (nuclear exchange), boomer berkemungkinan akan menerima arahan penembakan peluru berpandunya melalui transmisi radio Frekuensi Sangat Rendah.

Sementara peluru berpandu kapal selam tidak ditetapkan sasarannya lebih awal sepertimana peluru berpandu yang ada dalam silo yang tetap, peluru berpandu kapal selam boleh ditetapkan koordinat dengan cepat. 8 kapal selam pertama kelas Ohio pada asalnya telah dibina untuk melancarkan peluru berpandu balistik Trident I C4—versi lanjutan daripada SLBM Poseidon yang terdahulu.

Walau bagaimanapun, sekarang semua boomer dipersenjatai dengan peluru berpandu balistik Trident II D5 yang unggul yang mempunyai jarak 50 peratus lebih besar dan mampu meny3rang dengan sangat tepat, membolehkannya mensasarkan dengan tepat pangkalan tentera sebagai senjata s3rangan pertama nuklear.

Kapal selam kelas Ohio juga dipersenjatai dengan empat tiub 21 inci yang boleh melancarkan torpedo Mark 48. Namun, ini adalah bertujuan terutamanya untuk mempertahankan diri.

Tugas sebuah kapal selam peluru berpandu balistik bukannya untuk memburu kapal permukaan dan kapal selam musuh, tetapi adalah untuk menyelam dengan sedalam dan sesenyap yang mungkin untuk mengelakkan pergerakannya dikesan dengan cara apapun oleh musuh.

Reaktor nuklear kapal selam tersebut memberikannya daya tahan bawah air yang hampir tidak terbatas dan keupayaan untuk mengekalkan kelajuan pelayaran 20 knot (23 batu sejam) sambil menghasilkan bunyi yang sangat sedikit.

Sementara cabang tentera yang lain mungkin dikerahkan sebagai tindak balas terhadap krisis yang berlaku, kapal selam nuklear mengekalkan rutin tetap rondaan dan berkomunikasi secara jarang untuk kekal sesenyap yang mungkin.

Setiap kapal selam kelas Ohio mempunyai dua krew yang terdiri daripada 154 pegawai dan anggota yang berkhidmat yang ditetapkan sebagai Gold dan Blue, yang bergilir-gilir berlepas untuk melakukan rondaan yang rata-ratanya berlangsung selama 70 hingga 90 hari di bawah laut— dengan rekod terpanjang selama 140 hari oleh USS Pennsylvania. Rata-rata sebulan dihabiskan dalam rondaan, dengan proses bekalan semula dibantu oleh tiga hac bekalan yang berdiameter besar.

Pada masa ini, 9 boomer berpangkalan di Bangor, Washington untuk meronda Lautan Pasifik, manakala 5 lagi ditempatkan di Kings Bay, Georgia untuk operasi di Atlantik. Pengakhiran P3rang Dingin dan Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) khususnya, telah menatijahkan kepada pengurangan angkatan nuklear A.S..

Walau bagaimanapun, daripada menamatkan perkhidmatan beberapa kapal selam tertua seperti yang dirancangkan pada asalnya, Tentera Laut Amerika memutuskan untuk memasang pulih 4 daripada 18 kapal selam kelas Ohio untuk berfungsi sebagai kapal selam pembawa peluru berpandu krus untuk melancarkan s3rangan konvensional terhadap sasaran darat dan laut—bermula dengan USS Ohio.

Sementara itu, perjanjian New START yang berkuatkuasa pada tahun 2011 mengenakan had tambahan kepada jumlah senjata nuklear yang digunakan. Pelan terkini adalah [1] untuk memastikan 12 kapal selam kelas Ohio aktif pada setiap waktu dengan 20 peluru berpandu Trident II pada setiap kapal selam tersebut.

Sementara dua lagi boomer kekal dalam keadaan baik pulih, memastikan sejumlah 240 peluru berpandu aktif pada satu masa dengan 1,090 kepala peledak pada semua peluru berpandu tersebut. Jangan bimbang, helang-helang yang keresahan (restless hawks): itu masih cukup untuk memusnahkan dunia beberapa kali!

Kapal selam kelas Ohio akan berkhidmat sehingga penghujung tahun 2020-an, dan bahkan mungkin menerima beberapa peningkatan kalis akustik (acoustic stealth) tambahan [2] sehinggalah kapal selam tersebut digantikan oleh penggantinya, kapal selam yang sementara waktu ini dijuluki sebagai kelas Columbia.

Dengan anggaran kos sebanyak $4-6 bilion untuk pembuatan setiap satunya, boomer generasi akan datang mungkin lebih sedikit dari sudut jumlahnya dan akan menggunakan reaktor baru yang tidak memerlukan baik pulih dan pengisian semula bahan bakar yang mahal, membolehkan kapal-kapal selam tersebut berkhidmat sehingga tahun 2085.

*Sébastien Roblin menulis tentang aspek teknikal, sejarah, dan politik bagi keselamatan antarabangsa dan konflik untuk penerbitan termasuk The National Interest, NBC News, Forbes.com dan War is Boring. Beliau memiliki ijazah Sarjana dalam Conflict Resolution daripada Universiti Georgetown dan berkhidmat dengan Peace Corps di China.

(Tulisan ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2017. Ia disiarkan semula di The National Interest kerana minat para pembaca laman tersebut)

[1] https://fas.org/sgp/crs/nuke/R41219.pdf

[2] https://news.usni.org/…/submarines-to-become-stealthier-thr…

Terjemahan: Muaz Malik


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pelajar agama yang (entah macam mana) minat hubungan antarabangsa. Buat terjemahan berkaitan subjek IR sebagai hobi masa lapang.

Comments are closed.