1. Pada tahun 2015, Korea Press University ada mengeluarkan sebuah buku yang mengujakan bertajuk ‘Mongering North Korean Democracy for Inter-Korean Peace – Democratization in North Korea and Inter-Korean Peace.’ Buku akademik ini ditulis oleh Hyug Baeg Im dari Korea University dan Jae H. Ku dari Johns Hopkins University, kedua-duanya tokoh berwibawa dalam pengajian berkaitan hubungan antarabangsa, sains politik dan lebih spesifiknya, Korea.

2. Apa yang menariknya ialah, buku ini cuba menyampaikan mesej ‘think the unthinkable’ dalam hal mewujudkan dan membina keamanan melalui demokrasi antara Korea Utara dan Korea Selatan. Jika anda seorang pelajar, pensyarah atau bekerja dalam bidang berkaitan sains politik, hubungan antarabangsa dan yang berkaitan dengannya, maka sudah tentu anda tahu perkataan demokrasi dan Korea Utara tidak sehaluan. Maka, sudah tentunya ramai antara kita yang akan mentertawa atau mencemuh idea ini.

3. Malah reaksi pertama saya apabila mendengar tajuk buku ini ialah, ‘Wah, people actually can write an academic book about THAT?’

4. Kedua-dua penulis menggunakan pendekatan ‘Theory of Possibilism’ (Teori Kebarangkalian) yang diperkenalkan oleh Albert D. Hirschman, seorang ahli politik ekonomi yang berpengaruh dari Jerman. Teori ini berguna dan praktikal digunakan untuk membina proses pendamaian dan demokrasi dalam keadaan yang sukar (merujuk kepada keadaan politik Korea Utara).

5. Buku ini secara umumnya memberi fokus terhadap elemen kebarangkalian, faktor yang ganjil atau aneh, janggal, keadaan yang tidak dijangka dan sepatutnya berlaku dan kesan daripadanya, serta urutan kejadian selepas itu. Hirschman percaya bahawa ‘kesan luar jangka’ akibat tindakan manusia yang tidak disengajakan ini mewujudkan kebarangkalian terhadap sesuatu (seperti demokrasi dan penyatuan antara dua negara Korea) berlaku.

6. Teori ini juga percaya bahawa hubungan antara manusia yang berlaku secara endogenus (lokaliti atau dalaman) akan membuka laluan ke arah proses penyatuan dan demokrasi, berbanding hubungan antara negara-negara luar, sebagai contohnya. Hal ini bermakna, elemen dalaman (seperti hubungan Kerajaan dengan rakyat, atau rakyat sesama rakyat) memainkan peranan utama dalam memastikan wujudnya lompang kebarangkalian terhadap kemungkinan berlakunya penyatuan dan demokrasi.

7. Penjelasan yang lebih mudah ialah, wujudnya kemungkinan bahawa rakyat Korea Utara dan Selatan masing-masing bersepakat dan menggesa kedua-dua Kerajaan agar bersatu membentuk sebuah Negara Korea. Jadi, rakyat di sini merupakan faktor dalaman yang dimaksudkan.

8. Melalui teori ini, kita dapati bahawa proses penyatuan sesebuah Negara bukannya ditentukan oleh struktur atau budaya, namun dipengaruhi interaksi individu dan strategi pihak yang berkaitan secara dalaman.

9. Namun disebabkan tahap kebarangkalian yang amat rendah, disokong dengan maklumat yang sukar didapati dan dipercayai (terutamanya sumber daripada Korea Utara) serta kesukaran mendapatkan sokongan daripada Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan China disebabkan kepentingan masing-masing (self-interest), maka proses penyatuan dan demokrasi antara keduanya, setakat ini hanya kekal sebagai mimpi semata-mata.

#notaKorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

E. H. Nathasia seorang pembaca buku tegar and positif orangnya. Pernah menulis e-book 20 Tips Motivasi Terbaik dan merupakan penterjemah buku bersiri The Hunger Games. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pengajian Pertahanan dan Strategi dari Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di hermaine22@gmail.com

Leave A Reply