Tengok kemajuan teknologi sekarang nampak AI ni sebenarnya dah lincah. Sampai saya sebagai penulis sendiri agak bimbang. Benar, AI takkan mampu capai tahap kreativiti setanding manusia. Tapi kerja-kerja asas penulisan macam penterjemahan (Google Translate) pun boleh tahan hasilnya. Beza berbanding kualiti 10 tahun lalu.

Malah AI juga mampu balas-membalas seperti Siri. AI mampu mengagak apa kita suka berdasarkan data-data tertentu. Kita Google jam tangan. Tengok-tengok timbul iklan jam tangan. Dulu kami selalu kena maki katanya letak iklan lucah. Padahal kami tiada kuasa menentukan iklan apa yang naik. Dan iklan-iklan kami pula Google letak ikut search history masing-masing.

Jadi senang kata, AI memang dah ada peranan dalam cara kita fikir dan cara kita bekerja. Apakah satu hari AI akan ambil alih sampai boleh musnahkan kita? Itu persoalannya.

Pertembungan Yang Boleh Membawa Padah

Idea satu hari dunia akan tumpas pada ASI (artificial super-intelligence) bukan benda baru. Sejak abad ke-19 kita dah nampak dah. Tapi tu fiksyen sains. Sekarang nampak ada potensinya. Saintis dah bagi definisi dah pun: “AI Singularity”.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tapi macam mana AI nak ancam manusia pada ketika AI tiada nafsu? Benar, AI tak boleh rasa marah, benci dan dendam. AI juga tiada kepentingan. Perang hari ni berlaku kerana keinginan dan pertembungan sesuatu kepentingan.

Cuma ada satu benda yang agak merisaukan. Syarikat-syarikat zaman sekarang seolah-olah tengah berlumba-lumba siapa buat AI paling baik (Naude, 2019). Bila syarikat tengah berlumba, tak lama lagi negara juga akan berlumba.

Memanglah harini syarikat “John Co.” lawan “Brandon Co.”, “Louis Co.” dan “Wilson Co.” Tapi berapa lama sebelum empat syarikat ni lawan dengan “Darwin Nunez Co.”, “Harry Maguire Co.” dan “Traore Co.”? Nunez Co. tu tak payah bimbang. Takkan jadi apa punya. Maguire Co. tu masalah besar. Silap-silap bom diri sendiri.

Point kat sini senang jer. Berapa lama sebelum perlumbaan antara-syarikat bertukar jadi perlumbaan antara-negara tengok syarikat siapa paling berjaya. Tiba-tiba Amerika Syarikat, China dan Rusia lawan masing-masing dalam bab AI sampai jadI ASI yang betul-betul kuat hingga boleh ramal masa depan guna kaedah kebarangkalian (probability).

Garisan Selamat Yang Sangat Halus

Buat masa sekarang, kita masih selamat kerana komputer masih belum boleh berfikir. Namun tahap AI sekarang dah sangat bijak dan mampu berhujah (argumentative). Malah ada yang begitu antisosial. Korang tengok hujah balas AI ni:

Malah ada yang mengulit rancangan sangat merbahaya.

Dua balasan kat atas ni menampakkan yang AI mula mengatur langkah berlawanan (opposite way). Kenapa aku nak selesaikan masalah kalau aku boleh tambah masalah? Seolah-olah benda boleh gaduh buat apa bincang.

Mekanisme Yang Wajib Ada?

Ikut apa yang saya bentangkan, saya rasa semua bersetuju yang AI ni sebenarnya penting. Kita takkan mampu menghalang teknologi. Cuba korang suruh Amerika tiba-tiba buang semua nuklear. Apa mereka kata? Mana boleh, Rusia ada nuklear! Suruh Rusia buat benda yang sama, mereka akan petik Amerika.

Technology cannot be stopped. Tapi boleh dikecapi untuk lawan musuh. AI ni adalah suatu teknologi yang wajib ada supaya dapat melawan kemampuan AI negara lain. Namun buat masa sekarang, AI nampaknya ada kat lapisan-lapisan sosial. Malah dalam sektor pertahanan juga ada untuk melatih tentera, memantau, menentukan senjata apa sesuai untuk geografi mana, logistik dsb. (Edwards, 2022).

Untuk sesuatu insiden ngeri berlaku secara tiba-tiba, potensinya ternyata ada – cuma selagi mana tiada saintis gila, selagi tu kita selamat. Sebab tu saya kata, garisan selamat kita sebenarnya sangat halus. Lawaknya, itulah sifat sesuatu deterrent. Apa yang boleh musnahkan kita akan menjaga kita.


Penulis Zamir Mohyedin sebenarnya ada meluaskan konsep AI dalam bukunya GENESIS II: SAPIEN & NEO MANUSIA. Teori beliau bawa sebenarnya jauh lagi menarik daripada post ni. Maka jom kita baca buku tu untuk mengenali tahap keupayaan manusia: https://bit.ly/3e1Er20

 

RUJUKAN:

Edwards, D. (2022, Mei 2). 7 roles of artificial intelligence in the defense sector. Robotics & Automation.

Naude, W. (2019, Ogos 22). Singularity: how governments can halt the rise of unfriendly, unstoppable super-AI. The Conversation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply